Monday, September 22, 2014

Melbourne, Australia- Part 2.1 (GOR tour)


Assalamualaikum
 
bersambung kembali,
selepas 12 apostles yang memang breathtaking, kami dibawa pula ke Loch ard gorge. Tak banyak beza dengan 12 apostles, cuma loch ard ada menyimpan ceritanya yang tersendiri. Loch ard ni ialah kapal yang karam dan hanya 2 orang yang terselamat iaitu Tom dan Eva. Mula-mula Tom sorang je, lepas tu dia nampak Eva  terkapai-kapai dan dia Berjaya menyelamatkan Eva. Setelah beberapa lama, Tom melamar Eva tetapi lamaran ditolak dan Eva balik semula ke UK. gitulah ceritanya lebih kurang.
Kat sini ada 3 lookout point dan setiap satu tu agak jauh. sebab masa yang kurang mengizinkan, aku hanya pergi 2 lookout dan tak turun tepi pantai sebab malas nak bukak kasut. hahaha.
dekat sini jugak bateri kamera abis. Nasib baik camera handfon ada.
 
Lokasi pertama dipanggil Lord Ard wreck.
 
 
lokasi pertama boleh turun dan jalan-jalan
view di lokasi pertama lagi
boleh turun ke persisir pantai.
Tangga nak turun kat bawah
 
Ada gua kat sini. port ni lokasi kegemaran Wookie.
          

Lokasi ke dua dipanggil The island Archway, mebi sebab ada batu bentuk macam arch kot. Masa jalan nak pergi sini, macam takde orang je. jauh pulak tu. Tu yang kitaorang tak dapat pergi lokasi nombor 3 yang dipanggil Razorback. Pasrah jelah



 
Akhirnya, sampailah ke lokasi terakhir di GOR ni iaitu London Bridge. London bridge ni falling down pada tahun 1999. Ada la diedarkan gambar sebelum runtuh masa kami dalam tour bus. Dekat London Bridge ni memang battery camera totally kaput. huhu

London Bridge is falling down

falling down
falling down....

Itu jelah gambar scenery yang sempat diambik. Lain-lain just gambar selfie, selkie dan sebagainya yang tidak elok diupload untuk tontonan umum..hehehe

Tour Bus kitaorang. nampak tu namanya "platybus"


Sebab destinasi terakhir, naik je bus, majority semua orang membuta je sampai lah Wookie stop sekejap dekat sebuah pekan apentah untuk light dinner. Wookie cakap memang undang-undang tour bus wajib berhenti after 2 hours perjalanan. Bagus betul undang-undang ni. Around tempat yang kami stop ni ada KFC, McD dan Subway. Aku dengan Zu tak beli ape-ape pun sebab kami makan bekal yang kak Azma bagi. Puas hati dapat nasik akhirnya.


Kami reach Melbourne CBD around 8.00 p.m dan Wookie drop kami dekat Southern Cross Station. Terkesima jugak sebab waktu malam di Melbourne sangat cantik (gambar takde)
Kami sampai rumah kak Azma dalam pukul 9.00 lebih sebab sesat. Sesat area rumah lepas turun dari bas, padahal guna GPS hehe. Area perumahan diorang waktu malam agak menakutkan, dah la gelap, sunyi sepi. Kalau kat Malaysia pukul 9.00 tu orang baru nak keluar makan la, pergi main futsal ataupun balik Masjid.

Hari yang sangat panjang, sampai je rumah dihidangkan lagi dengan nasik.. huntungla kami dapat host yang rajin memasak hehe..Jasamu ku kenang wahai kak Azma..

Esok hari, cabaran lain pulak menanti..


 
dzuli

4 comments:

  1. Dzuli..your pic membuatkan my heart gone with the wind..cantik sgt..kenapa tak letak watermark! Subhanallah view yg sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak edit letak watermark hahaha...aah, view sangat cantik sebab cuaca yang baik

      Delete
  2. terbaik lahh gambo...wahhh untung laaaaa dpt host rajin masak.......hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..thanks.. guna auto mode je semua..
      tulah..huntung sangat, kalau kitaorang dok hostel ntah2 makan maggi je memanjang

      Delete