Wednesday, September 24, 2014

Melbourne, Australia- Part 3 (Mornington Peninsular & DFO)



Assalamualaikum

dah hari ketiga di Melben yang indah ni
Hari ketiga ni kami lebih rileks sikit. Dah takde dah acara explorace bagai. Bangun pagi lewat sikit, masak breakfast dulu, makan siap-siap sebelum memulakan aktiviti kami.
Breakfast masih ditaja oleh Azma Kitchen. Pagi tu siap masak pancake dulu dan Kak Azma masak nasik lemak untuk dibuat bekal. Hmm...teringat betul zaman pergi jalan dengan family masa kecik-kecik.

Lepas breakfast, aku ngan kak Azma pergi ambik kereta sewa. Dekat jugak la dengan rumah beliau, naik bas beberapa minit je. Nama company tu "Trifty" dan kami dapat Suzuki Swift dengan harga AUD75/day termasuk insurans, GST dan segala mak nenek charges.
Prosedur nak amik kereta sewa ni tak mudah ye, dekat 15-20 minit jugak la, isi borang, car check dan lain-lain.
Ambik kereta, balik rumah untuk loading bekalan semua dan terus ke Mornington Peninsular. Mornington Peninsular ni besar so kena specified tempat yang kita nak pegi, drive dari Clayton dalam 1 jam lebih. Misi kami ialah nak ke Cape Shanck dan cari colorful hut tepi pantai tu dan lepas tu akan terus ke Phillips Island.

Student house yang kami duduk- so inglish.
Kereta sewa kami. Tu lah Kak Azma, pemilik Azma Kitchen :-P


Perjalanan ke Mornington Peninsular ni kita akan dihidangkan dengan view yang indah tapi pemandangan biasa di Sub-urb Melbourne iaitu Farm House, Winery dan Ladang-ladang strawberry bagai. Nampak banyak papan tanda pasar pagi. I tak sempat la nak snap gambar sebab busy jadi co-pilot untuk navigate arah.

Setelah sesat barat masuk jalan ladang bagai (thanks Waze), Kami pun sampai ke Cape Shanck.
Subhanallah, Tempat ni cantik gila. cuaca pulak agak berkabus dan sejuk pagi tu. Nak sampai dekat pebble beach tu kena meretasi boardwalk yang panjang gila. Tulis dekat signboard 400m je, well, aku rasa macam 1km. Ada lighthouse museum jugak, tapi kami tak masuk pun.


Boardwalk. Pergi ok, balik kena memanjat tangga-tangga keji

sneak peek dari lookout point
Jalan nak ke boardwalk.
Lighthouse
syahdu betul kekabus pagi tu

Pebble beach
Pebble beach lagi

Boleh turun bawah jalan-jalan
selfie kaki. Selki
Selfie kaki berjemaah


Memang puas hati la dengan view cantik macamni. Walaupun takde aktiviti selain sightseeing, tapi sangatlah mendamaikan. Ombak kuat sikit. Cuak jugak tengok. Maklumlah Indian Ocean kan. Ramai jugak pelancong kat sini dan kebanyakkannya bila berselisih dekat boardwalk tu akan tegur "hai". "hello" dan lain-lain. Sebagai rakyat Malaysia, ini pengalaman yg rare !!. (in a good way, of course)
Masa nak turun memang best la, bila nak balik semula, ya ampun...mintak nyawa !!

Dah puas bergambar bagai, kami bergerak ke misi mencari colourful hut. Tanya akak yang keja dekat pondok jual cenderamata depan tu dan dia bagi arah.
Follow arah yang dia cakap tu, jumpa la tapi tak cantik sangat. Jalan kedepan lagi...sampai ntah mana-mana ntah. akhirnya givap dah berhenti dekat sebuah pier yang cantik. Rupanya pondok cecantik tu dekat Brighton Beach, bukan mornington hahahaha. Dekat pier tu jugak kami berenti makan bekal nasik lemak.

Nasik lemak Azma Kitchen siap dengan telur dibasuh
Kapal-kapal mewah dan separa mewah


tu lah colourful hut, tak jadi nak pergi tengok anjing berenang-renang. banyak pulak tu


Turun jalan-jalan dekat jetty tu sekejap untuk sessi selfie,posing2 dan sebagainya. Aku tengok ramai orang bawak diving attire turun bawah ni. Ada diving spot ke aku tak pasti pulak. Tapi memang air agak jernih. Dah ada orang diving, ada lah jugak abang sado mat salleh topless berpeleseran tepi-tepi ni haha. Haa..lagi satu banyak la pulak orang main dengan anjing. Siap anjing tu berenang-renang lagi. Bila anjing basah, cuak la kitaorang. Karang tak pasal-pasal kena samak. So, terpaksa melarikan diri.

Lepas tu kami bercadang nak ke Phillips Island dan jam menunjukkan pukul 2 petang, waze menunjukka ETA Phillips Island pukul 4.30 petang. Hmm...agak jauh tu.
So, secara automatic plan asal ditukar. Kami akan ke DFO dan dinner dengan bebudak Monash Uni hari ni.

Terus set waze ke DFO Moorabbin, dekat dengan Moorabbin airport. 
About 3 p.m kami sampai DFO. Biasalah kalau perempuan jumpe shopping mall, meroyan, hilang arah dan lupa terus tujuan asal.
Tapi mengenangkan bajet yang super ciput, we managed to pull ourselves  together haha.
Gambar dalam DFO tak snap langsung melainkan gambar-gambar Correlle untuk tujuan di wassap kepada kaum keluarga. Memang agak murah la, winter knitwear Cotton On AUD 15 only, Knitwear jenama lain-lain pun dalam AUD 15-20. Kebetulan masa ni winter clearance, memang baju-baju winter agak murah. Sebagai rakyat Malaysia, I tak heran la dengan winter clothing hehe. Correlle memang agak murah. satu set around AUD50-70, Pyrex pun murah.
So, beberapa jam spend kat sini aku just beli Correlle satu set (Abah suruh beli) dan knitwear sehelai. Yang shopping banyak warga oz tu dengan kasut, barang2 dapur bagai hehe. Zu pulak just beli knitwear 2 pasang. Haa..Clarks dengan Sketchers agak murah. Converse mahal, baik beli kat Malaysia.


Highway di Melben. Hijau dan tak jem langsung
DFO Moorabbin

Dah selesai DFO, pergi beli barang dapur kat Aldy's. Ala-ala mydin la kalau kat OZ. Beli frozen cheesecake macam Sara Lee tu baru AUD 2.80 kot, Maple syrup 325ml lebih kurang AUD 2, pancake mix dalam AUD 1.29, strawberry AUD 0.99/pack, Kiwi AUD 3 kot untuk 7-8 bijik. Seronoknya lahaii sebab benda-benda ni agak mahal kalau kat Malaysia. (Mode jakun)

Kami balik semula ke Clayton sebab malam ni dah janji untuk dinner dengan kawan-kawan kak Azma dekat Hungry Jacks, Hallam. Sebelum ambik diorang, singgah jap Monash University untuk tengok-tengok. sebab hari dah malam, malas pulak nak photog sangat.


Compound
Multi faith hall, semua agama boleh solat kat sini


Hungry Jacks ni memang banyak dekat sini tapi ada a few chain je yang halal. Hungry Jacks di Hallam salah satu nya. siap ada tampal menu halal kat dinding, so pilihla yang halal tu je. Jangan bantai p oder je. Each set dalam AUD10-12 termasuk soft drink dan fries. Size burger dia agak besar berbanding saiz burger dekat fast food restaurant di Malaysia. Tu je beza. Gambar takde hehe.

Kawan kak Azma ni budak Malaysia study di Monash jugak. Umur muda sikit dari kitaorang. Best jugak la melepak dengan diorang ni, sama je kepala gila-gila.

Lepas makan, singgah Coles kejap lepas tu balik.

So, 3rd day di Melben lebih santai. Balik rumah semua pakat gigih upload gambar dalam i.g dan tengok tv je.




dzuli

4 comments:

  1. eh setahu aku bathing box tu mmg ada kat mornington...dulu aku nakpi situ gk tp tak dan...tu pi yg kat brighton jerr...hehehe

    syiokkkk nye sopping kat sana...murahhhh makanan yang mahal kat sini...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku hanya tengok dari kejauhan je...yg kat brighton lagi lawa kot...
      kan..aku mmg request kat kawan aku nak shopping like local haha.
      kami beli barang kat Coles, Aldy, Woolworth..mengada sangat !!

      Delete
  2. Tangga2 keji untuk pembakaran lemak. Huhu memang ah exercise kaki sungguh. Nengok pun aku dah rasa letih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal...lepas naik terus lapar semula hehehe

      Delete