Tuesday, September 30, 2014

Melbourne, Australia- Part 4 (Dandenong Mountain & Puffing Billy)

Assalamualaikum
Gooday mate!!
good day la sebab semalam aku cuti, saja je cuti sebab sabtu dan ahad busy menguruskan perpindahan adik aku yang seorang tuh. Terpaksa buat amazing race sikit dari KL ke JB. Rumah aku pun dah tak serupa rumah. So, sajalah cuti untuk uruskan hal rumahtangga sikit.

hari ke 4 di Melbourne
Pagi-pagi lagi kami dah keluar sebab kak Azma & kawan dia nak trekking di Kokoda Track, Mount Dandenong. Aku dengan zu tak trekking pun sebab tak bawak attire, kasut la terutamanya. Kami just lepak dekat satu café kat situ minum hot choco. Track ni tak lawak ye, 5 km & mendaki. Cuma tak extreme sangat la.

Tak lama pun tunggu diorang, dalam sejam je kot. Tengok warga tempatan ramai gila jogging & tracking kat sini. Dekat puncak kokoda track ni ada tempat BBQ jugak.

Ada picnic table, taman permainan sikit

Peringatan kepada tentera yang berperang untuk melindungi Negara.

Hot Chocolate with marshmallow

Selesai je diorang tracking, kita ke highlight aktiviti di Mount Dandenong ni iaitu Sky High Park. Yang menarik dekat sini ialah lookout point dan English Garden.
Sebenarnya ada jugak satu restaurant yang cantik kat sini. Kira best la kalau nak lepak-lepak minum kopi. Tapi masa aku pergi tu ialaha fathers day bagi orang Aussie, so tempat tu tutup untuk reservation.

selkie dulu
rasa nak baring-baring. Tapi malu haha
 
Wishing tree- Tengok ikut lubang kat dahan tu dan wish. katanyeee...
Lepas wish kat pokok, wish dekat perigi pulak untuk effek lebih afdhal
English garden- So English kan..
Spring baru menunjukkan rupa selepas winter
Jambatan menuju ke restaurant

Best betul lepak sini. Sejuk + tinggi. Tapi aku tak lepak pun. Sibuk recce benda-benda menarik lain
ikut je arahan kat signboard tu. akan nampak CBD dan beberapa banjaran di OZ.
yang ada bangunan tinggi tu CBD lah
rasa tak terjangkau pemandangan mata & kamera

Ada jugak beberapa attractions lain macam Maze, Giant Chair, Australian Tree apa semua. Reason kami pergi tempat ni sebab dekat dengan Clayton. So, apa salahnya datang kan. On the way ke sini kita akan disajikan pemandangan pekan-pekan kecil yang comel. Rumah-rumah dan café-café diorang pun comel dengan  influence English architecture.

Dah puas lepak sini, kami ke destinasi seterusnya iaitu Puffing Billy. Australia/World most preserved steam train katanya. Tapi kami tak naik pun walaupun dalam itinerary dah allocate. Tak sempat. Paling pendek perjalanan pun dah hampir sejam. Takpelah, tengok pun jadilah *sobs*
Kalau sesiapa dari CBD, tempat ni accessible by train. Naik train dan turun di Belgrave station. Walking distance je.

Makan cheesecake dalam kereta. Sedap !!. aku yakin tu pisau dari Malaysia haha


Sampai la ke Belgrave. Kak Azma park kereta dekat luar dan aku berlari masuk ke dalam. Gigih!!
Ramai jugak orang datang nak naik Puffing Billy ni. Maybe sebab weekends kot.
Yang mengoperasikan dan menjaga Puffing Billy ni kebanyakkannya sukarelawan je. *Tepuk tepuk*

Signboard pun jadi lah
Keretapi angkut barang. Tak gerak dah ni, Lepak je kat sini
Ikut je walkway ni
Banyak info-info dipaparkan

Nak jadi rezeki, masa tengah dok ambik gambar, ada satu train baru nak berlepas. Meriah gila, siap dengan music bagai. Aku ingat orang ada tiket je boleh masuk, rupanya takde tiket pun boleh je pergi sampai stesen tu. Takpelah, aku hanya melihat dari kejauhan. (jauh tak jauh sangat la)
Aku tak tau kenapa aku memang ada addiction sikit dengan train. Kalau tak takdela aku gigih naik train Surabaya-jogja la, KL-perlis, KL- Singapore semua kan. Mula-mula ingat kalau aku naik Puffing Billy ni dapatla melakar sejarah pengalaman naik steam train pulak. hehe. InsyaAllah next time la kot.

Siap lambai-lambai macam nak balik raya pulak.
satu lagi

Memang express betul la  datang sini. Lepas snap-snap gambar terus gerak balik Clayton untuk hantar kawan kak azma tu, lunch dan solat sebab petang ni kami akan ke Phillips Island pulak.
Dah rupa amazing race dah hehe

Pekan kecik dekat Belgrave station ni
Aku ni kan pantang nampak café comel tengah pekan, geram je rasa nak ngeteh dan people watching.
Tapi tak sempat la pulak



Bersambung..





dzuli

6 comments:

  1. Puffing billy tu cantikkk...tp aku pun xdan naik arituuu....eh ko xpi tesselar tulip festival?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..meriah gila..
      aku tak sempat sebab tesselar start 11 sept,
      aku balik 9 sept...sedih betul

      Delete
  2. Aku selepas tengok entry orang pasal Puffi g Billy, memang siap2 aku tanam niat akan naik train tu. Xde obses sangat ngan train tapi selagi boleh aku pilih naik train kalau pi memana. Tapi! Train Borneo kat KK ni aku belum ada hati nak naik. Hampas x hampas aku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, aku tanam niat nak naik puffing billy ni sejak baca entry "topsy turvy mum" lagi. TTM tu dah tutup blog 2-3 tahun dah haha...apakan daya, xde rezeki. salah aku jugak, planning kelaut sangat masa p haritu.

      eehh..aku teringin nak naik tren tu, yg boleh lunjur kaki keluar tu kan? haha

      Delete
  3. kau klik link ni..
    http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2013/09/north-borneo-railway-kota-kinabalu.html
    mesti melompat-lompat hati nak pergi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang...dah melompat2 depan PC ni hehe

      Delete