Wednesday, September 10, 2014

trip down under, Melbourne Australia

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah, aku baru je selesai menamatkan pengembaraan 5 hari di Negara bawah- bawah iaitu
Australia. Actually aku pergi ke Melbourne sahaja.
 
Prelude sikit:
sebenarnya ticket untuk ke Melben ni aku dah beli around awal tahun haritu, lepas kak Azma kena sambung study dekat sana. Konon-konon nak pergi sorang-sorang sebagai percubaan solo trip Terlebih cerdik, tak beli return tiket. So, harga agak mahal dan kena beli travel insurance asing. Mula-mula ingat nak melangkau ke Sydney sekejap tapi tak jadilah memandangkan takut budget burst.
Sebulan sebelum tarikh yang dijadualkan, Zu pulak cakap nak ikut. Ok jugak. Macam biasa lah, 2 is better than 1.
 
Persiapan pulak macam biasa je. Tapi sebab cuaca kat sana ialah awal spring, kena la bawak baju tebal sikit. Tak payah pun winter jacket, cardigan yang tebal or sweater pun dah ok. Tapi bawak la moisturizer dan lip balm. sebagai rakyat di Negara iklim khatulistiwa macam aku, habis bibir merekah, kulit kering. sakit tau.
 
Itinerary pulak banyak ambik dari blog kak kiah sebab budget dan bilangan hari yang hampir sama, Blog John sebab aku ada buat sedikit  roadtrip dan beberapa tips dari blog nota kembara, blog paklang mie, DJ  dll.
 
Aku agak beruntung sebab penginapan totally free. kami stay dekat student house kak Azma. Jauh sikit la dari CBD tapi ok je memandangkan full 3 hari kami memang totally berada di luar bandar.
Lokasi rumah kak Azma ialah di Clayton. lebih kurang 1/2 jam perjalanan naik train kalau nak ke CBD. Frekuensi bas dan tren yang agak efektif membuatkan aku rasa Clayton tu tak jauh mana pun.
Selain dari penginapan, makanan juga banyak ditaja oleh Azma's Kitchen ni.
menu-menu kebanyakkan ialah Malaysian food seperti Nasik lemak, Nasik beriyani,Nasik padprik dan lain-lain lagi. Tenkiu banyak-banyak. nak promote lebih-lebih pun tak boleh sebab hujung tahun ni Kak Azma dah balik Malaysia for good, beliau taknak jadi expats kat Melben tu. Cuba kalau aku, hujung tahun depan pun ntah-ntah tak reti-reti nak balik lagi. hahaha.
 
So, aku pun tak tahu bila aku boleh start blog pasal melben ni memandangkan aku masuk opis pagi tadi pigeon hole dan mailbox pun dah melimpah, hati masih di Melben (di Eureka terutamanya, ehem), otak pulak masih mengantuk, kaki pun masih sengal-sengal dan penuh blisters.
 
Semua gambar dibawah, dari instagram sahaja.
 
 
sehelai checklist amat membantu

touchdown, Tulla Airport, around 8.20 a.m local time
welcome to Melbourne
Bangunan kegemaran aku-Southern Cross Station
Victoria State Library- aku suka jugak
The Melbourne Story - Melbourne Museum
Dinner dengan kawan-kawan baru, bebudak Monash U- Hungry Jacks, Hallam.
 
till then,
dzuli

18 comments:

  1. dzu, balik Msia berapa hb?? entah2 kita satu flight haritu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik flight 9hb, 12.45 dari Melben.
      zilla balik bila? kami jumpe satu group malay students je atas flight haritu hehe

      Delete
    2. owhhh, saya balik 8hb..flight pagi...ingatkan selisih kita haritu huhuhu

      Delete
    3. eeh..jarak sehari je kan..kalau tidak boleh ngeteh kat CBD sama2 hehe

      Delete
  2. hampir2 tertinggal kamera dalam list tu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, konon2 nak buat trip camera-less
      memang tak mampu nak menahan godaan camera hehe

      Delete
  3. Melbourne best! Tapi... tapi... saya tak sempat lagi masuk ke dlm library, train station & muzium tu. Main lalu depan je, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni abam...kenapa tak masuk? hahaha
      yes, melben best. bandarnya cantik, orangnya friendly
      sebenarnya org kata southern cross station tu biasa2 je, tapi ntah la kenapa saya suka sangat kat situ.

      Delete
  4. hish memang best btol dpt pi melben...untung la dpt accomodation free...aussii mahal tahap gaban hostel dia...eh ada apa kat eureka tuuu?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kan, paling murah pun MH. standard hostel biasa dlm AUD 50. bila kawan dpt study kat sana, mcm satu opportunity la untuk explore melben. sebenarnya melben ni duduk dlm wishlist aku no 76863 hehe

      Delete
    2. hamboi jauh nye nombor wishlist kooo.....banyak nau negara dalam dunia ni weh...hahahaha aku plan antara top wishlist aku compared to negara europe...mayb sbb abah aku blaja sana dulu2...jd selalu dgr cerita melben sejak kecil..kehkehkeh

      Delete
    3. ooo..gitu.. ko dah p melben, kira setel la kan? hehe
      berdasarkan kemampuan diri, aku target nak abiskan Asian country dulu la sbnrnya mcm Cambodia, Thailand, jauh sikit pun Japan/korea. Tapi tulah, sbb ada opportunity, grab jelah. dan melben mmg awesomeeee!!!!

      Delete
    4. aku psg angan2 nakpi other part aussie plak...sbb dah jatuh chenta sama aussie....hehehe haah la dlm masa sama, nak abeskan juga la negara asean nih...hehehe slow2 kayuh...hehehe

      Delete
    5. itulah,aku pun sama. balik dari melben ada gak cita-cita nak pergi Tassie la konon nak tgk aurora. insyaAllah

      Delete
  5. Oh melbourne..nampaknya kalau JM nk ke sana boleh tambah satu lagi blog sebagai rujukan yakni blog Dzuli selain dari blog kak kiah, Pak lang Mie, DJ dan kaki berangan..

    Take your time..tulis slow2..JM mmg suka sgt kalau org citer pasal travel nih..rasa seperti pernah ke sana pulak :-)

    Untung lah sbb save kat penginapan dan makan..kira rezeki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya. suka baca travel blog sebab rasa macam dah sampai kat tempat tu. tambah2 lagi travel blog yang bnyk gambar dan info.
      insyaAllah akan blog pasal melben ni sebab ni adalah salah satu pengalaman paling magnificent hehehe

      Delete
  6. Sebabkan aku baca xikut turutan, hati tertinggal kat Eureka sebab mamat jaga lif tu kan. Eh jaga lif ke? Tapi mamat tu hensem bak kata ko, so tu kan sebab hati tertinggal bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati tertinggal sebab view yg cantik and....yes sebab mamat penjaga lif tu hahaha *gataiiii*

      Delete