Tuesday, October 21, 2014

Melbourne, Australia- Part 5 (Flinders Street Station, Federation Square & Carlton Garden)

Assalamualaikum

dah nak habis dah episode Melben.
Hari ni hari last aku berada di Bandar kedua terbesar di Australia ni. Plan hari ni ialah untuk round CBD menggunakan konsep Amazing Race. Flight balik Malaysia malam ni jugak.
Pagi-pagi around pukul 8.00 a.m kami keluar dari rumah kak azma. Azma's kitchen masak spaghetti & pancake pagi tu. Sebab weekdays, pukul 8.00 tu kira peak hour la, orang nak pergi kerja.
boleh pulak pagi tu train ada problem. Tapi sikit je masalah tu.

Sampai Southern Cross, letak bag dulu. Maklumlah anak gajah dah semakin berat dengan souvenir la, baju la, pancake mix la..hehe.
Lepas tu blurr kejap, nak p mana dulu.
Mula-mula kami decide nak ke most iconic building in Melbourne iaitu Flinders Street Station.
Orang kata kira tak sah la kalau datang Melben, tapi tak pergi kat building ni. So, untuk mengesahkan lawatan kami, kami pun naik trem dan berhenti betul-betul depan building ni.

hah, ape lagi
ambik la gambar, ambik, ambik, ambik
tapi kami tak masuk dalam pun. banyak lagi tempat lain nak diterjah


masuk sini pun boleh kalau nak naik train
haaa...inilah yang kita cari
Nampak eureka menjulur kepala di belakang.
Flinders street station

Kemudian, kami berjalan sikit ke Federation Square. Betul-betul depan Flinders Street Station ni.
Kat sini la letaknya bangunan-bangunan dengan modern architecture yang menarik tu. Visitors centre juga ada kat sini. Aku dengan Zu masuk visitors centre ni untuk tanya arah tempat-tempat yang kitaorang nak pergi dan how to get there. Kebanyakkan sukarelawan kat visitors centre ni ialah warga emas. Kalau tengok area ni, banyak sukarelawan akan pegang satu sepanduk. Ada jugak yang tolong ambikkan gambar tourist. Mesra pelancong jugak la Melben ni.

Kat federation square ni pun kami tak la explore beria-ria sangat.
Ambik gambar building yang depan-depan je.
Memang unik la buiding ni. Aku bukan arkitek, so konsep apa building ni aku tak tau la ye.
Kat sini juga ada free wifi. Kalau rasa nak lepak upload gambar kat i.g ke ape ke, bolelah
Tapi, idokla kitaorang. Kami kan amazing race, tak sempat berlagho2

Bangunan ape tak tau. Tanya la abang R.A.W
Federation square
pun building tak tau nama
cable yang berselirat tu ialah hakmilik trem
Melbourne visitor centre
perhimpunan apa ntah

Dah jalan-jalan sikit, kami ambik keputusan nak pergi dekat Melbourne Museum dulu. Atas ajaran makcik dekat visitors centre tadi, kami try ambik City Circle Trem. Free dan ada penerangan pasal tempat-tempat menarik sekitar melben ni. Tapi slow nya ya ampun. Boleh sampai satu stop tu, dia buat announcement "trem ini akan stop selama 8 minit". Kalau amazing race yang betul-betul kitaorang dah kalah tau !!

Dalam city circle trem.

sampai dekat satu stop tu, dia sebut bla bla Melbourne Museum bla bla bla, kami pun turun. sebelum sampai ke Museum tu, kami lalu Carlton Garden yang cantik ni. Dekat sini jugak letaknya Royal Exhibition Building. Tak masuk pun, tengok je. cantik kawasan ni, tapi tak sempat la nak berlama-lama.

kesan peninggalan winter. Pokok masih kering
satu family nak pergi museum
Bestnya kalau boleh lepak-lepak
REB
REB lagi


dari stop tu, kena menapak jugak la nak sampai dekat museum.

Bersambung..





dzuli

5 comments:

  1. Bangunan tu nampak pelik... Tapi unik laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...cantik.. suka tengok kaler & bentuk buildings tu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mak jemah datang singgah rumah awk dan follow awk..feel free to follow me at
    www.labahlabahkenit.blogspot.com
    wowwww..teruja tgk..hikhikhik..bestnya p melben..hikhikhik
    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  4. betul...kalau ke melbourne..tak singgah di flinders street station ni rasa x lengkap kan

    ReplyDelete