Friday, October 10, 2014

Melbourne,Australia- Part 4.1 (Phillips Island)

Assalamualaikum
 
Masih lagi hari ke-4 di Melben. Lepas balik dari Puffing Billy, kitaorang balik semula ke Clayton untuk hantar kawan Kak Azma, makan dan solat.
Around 2.00 p.m kami gerak ke Phillips Island. 
Phillips Island ni hanyalah lebih kurang 1 jam je dari Clayton. Perjalanan free & easy. Takde jem bagai ni. Sepanjang perjalanan kita akan disajikan pemandangan yang cantik seperti ladang-ladang lembu dan winery. On the way ke Phillips island ni boleh jumpe satu restaurant dalam ladang (tak ingat nama) Kak Azma kata best kalau ngeteh kat situ, tapi sebab kesuntukan masa, tak dapat la nak lepak situ.
 
 





Dah nama pun island, kena cross satu jambatan. Pendek je la, ala-ala 2-3 km je kot.



Lokasi pertama kami ialah Phillips Island Wildlife Park
Dah sampai Aussie, kena la dating tengok kangaroo dan koala..tak gitu

Sampai sini, bayar la entrance fee AUD 17. Dapat sepeket pallet makanan binatang.
Kak Azma tak masuk pun, dia pergi isi minyak dan tunggu kami dekat luar.
Mari berkenalan dengan haiwan-haiwan yang ada.

Pandamelon (tembikai panda?)
wallaby & landak
Kalau tak salah, wallaby, kangaroo dan pandamelon ni satu family. saiz je lain-lain
Pandamelon paling kecik, kangaroo paling besar
Wookie cerita zaman dulu-dulu masa mat salleh UK datang Oz, dia Nampak kangaroo tapi tak tau nama. So dia Tanya la aboriginal Oz. Then orang asli tu jawab "kangaroo" yang bermasuk "I don't know" last2 dapat la nama kangaroo. Nama asal diorang masih menjadi misteri.
Aku takut sikit dengan kangaroo ni, sebab bila dia berdiri sama tinggi dengan kita..aku tak bermesra pun. Zu je lah dok belai-belai dan bagi makan

Akhirnya, dapat jugak tengok Koala secara dekat. Tapi tido jelah binatang ni. Takde maknaya dia nak menghiburkan kita.

wombat. ni species koala gak. tapi aktif sikit
Koala
Koala lagi


berani budak tu bagi makan kangaroo
amik kau, sekumpulan kangaroo
apa tengok-tengok?
Dingo. dikurung dalam pagar elektrik

Dekat wildlife park ni ada souvenir shop yang harganya agak berpatutan. Mula-mula nak beli FM, tapi design ala kadar sangat, terus tak jadi.

So, Perjalanan diteruskan ke Nobbies Centre. Kira wajibla kalau datang Phillips Island ni untuk usha Nobbies ni. Paling best datang la waktu petang. Akan disajikan pemandangan sunset yang breathtaking dan dikerumuni burung seagull. Untung-untung boleh jugak nampak anjing laut.
Masa nak pergi Nobbies tu jumpe sekumpulan burung kiwi. Excited gila, tapi tak sempat la nak ambik gambar. Kalau tak salah, burung kiwi ni susah gak nak dijumpai.

dekat The Nobbies ni ada jugak kafe dan souvenir shop semua. Tapi sebab masa aku sampai hari dah petang after 5, maka semua dah tutup. Tapi nak jalan-jalan dekat boardwalk tu semua takde masalah.

Jalan ke Nobbies. boleh jumpa kangaroo mati, burung kiwi dan burung apentah
seagulls..
Boardwalk

Seagulls lagi
Ramai gila korang ni. Buat ape ntah
Kat bangunan tu la ada souvenir shop, café dll
Sunset sudah mula menunjukkan rupa..Subhanallah


berhenti dekat satu lookout point

Masa dekat The Nobbies ni jumpe satu pasangan Melayu. Aku rasa Malaysian berdasarkan tudung bawal dan muka yang lelaki tu. Yang lelaki tu senyum jugak kat kitaorang, yang perempuan tu pandang tempat lain. What? selalu aku dengar jelah cerita yang Malaysian ni kekwat sikit kalau kat Negara orang (Negara omputih la terutamanya kan?) Ni aku experience sendiri kot. Actually bukan 1st time, dekat Vic Market pun dah encounter benda macam ni. Sukahati la, macam la kalau senyum or beramah mesra tu kena bayar kan. Bukanlah semua kekwat, tapi tak rugi pun kalau senyum
Bila semua senyum, dunia tiada penyakit..kan gituu..
Tetiba berceramah pulak..eh.

Balik dari The Nobbies dah around pukul 6.30 p.m. waktu yang cantik la kalau nak tengok penguin parade kan. Sebenarnya aku tak bercadang pun nak tengok penguin parade. Tak tau la kenapa. Maybe sebab entrance fee yang mahal iaitu AUD 29 dan tak boleh ambik gambar langsung kot hehe. So, kami skip penguin parade dan bercadang untuk tengok penguin dekat Melbourne Aquarium jelah.
Tapi kitaorang singgah jugak situ, konon-konon nak solat dan beli souvenir, malangnya after 6.30 p.m hanya orang yang ada tiket je boleh masuk dalam.


Tempat penguin parade. Ramai orang, parking agak penuh


Sebab semua benda tak jadi, kami terus drive balik ke Clayton. Ingat nak makan dekat kedai Fish and Chips, malangnya tutup pulak. So, dinner malam tu by Azma Kitchen lagi.

So, esok ialah hari terakhir di Melbourne, Sobs..


dzuli

9 comments:

  1. syiok glerrr sunset kat nobbies tuu....byk gler seagull...masa aku pi dulu musim depa mengawan...hahahaha merata-rata seagull buat aksi 18sx...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tapi aku takut sikit burung2 berterbangan ni..hehe
      haha..sabo je lah tgk seagull mengawan

      Delete
  2. hahahahhaa!!
    tudungbawal...!
    memang sah belacan !!

    sunset tu ohsem !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kalau tudung bawal memang Malaysian la..

      ye..syahdu betul masa sunset tu, pasangan2 bercinta dok bercumbu sakan sepanjang boardwalk tu..hehe

      Delete
  3. Bila tengok kangaroo tu... Teringat masa kat Perth dulu... Puas dah tgk free show kangaroo mengawan... Haishh! Kurang pahala! He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...sabar jelah..nasib baik tak sakit mata

      Delete
  4. Salam dzuli..

    Tgh study pasal Melbourne and byk yg saya amik dr ur travelog.. thanks for sharing ya.

    Hee pasal malays yg ek kat obersea tu kan.. setuju sgt. Dah byk kali terkena. Kt vietnam, korea, Jepun. Sentap juga sebenar2.dah sah2 kita muka foreigner kan. Bkn ssh pn nak identify muka n gaya msian. Tp.. gitulah. Ada juga yg ok kan siap salam2 lg. Tapi yg menyombong tu alahaii. Baik x yah berselisih kan.
    Yg paling geram skali ialah kt saigon..saya solo so masa mkn tu mmg mesti nak pandang2..bila dah pandang tu then saya bls pandangan, ada ke boleh diorang berpaling. Hahahaha at least senyum ke. Angguk ke. Saboo je la. Ehhe sorry terpanjang mengomen. Nampaknya saya masih sentap hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam dzuli..

    Tgh study pasal Melbourne and byk yg saya amik dr ur travelog.. thanks for sharing ya.

    Hee pasal malays yg ek kat obersea tu kan.. setuju sgt. Dah byk kali terkena. Kt vietnam, korea, Jepun. Sentap juga sebenar2.dah sah2 kita muka foreigner kan. Bkn ssh pn nak identify muka n gaya msian. Tp.. gitulah. Ada juga yg ok kan siap salam2 lg. Tapi yg menyombong tu alahaii. Baik x yah berselisih kan.
    Yg paling geram skali ialah kt saigon..saya solo so masa mkn tu mmg mesti nak pandang2..bila dah pandang tu then saya bls pandangan, ada ke boleh diorang berpaling. Hahahaha at least senyum ke. Angguk ke. Saboo je la. Ehhe sorry terpanjang mengomen. Nampaknya saya masih sentap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad entry ni boleh tolong you hehe..have fun in melben nanti ya. melben ni boleh bikin jatuh cinta tau. bab melayu sombong tu, doakan kita tak jadi begitu kan..

      Delete