Wednesday, November 19, 2014

Melbourne, Australia- Part 5.1 ( Melbourne Museum, Melbourne Aquarium)

Assalamualaikum

Dah basi baru nak update kan... macam-macam perasaan sekarang ni.
Malas, serabut (sebab keja & personal sikit), busy membanting tulang.

Tapi, mengenangkan ini adalah antara memori terindah dalam hidup,
terpaksa lah jugak dibadikan dalam blog.

Lepas jalan-jalan dekat Carlton Garden, kami jalan sikit lagi ke Melbourne Museum
aku memang letakkan benda ni dalam list. So, memang taknak skip la.

Bayaran masuk dah jadi AUD12 masa aku datang ni.




Museum ni menarik, ada dibahagikan kepada beberapa bahagian macam art and science, body & mind, 1st people dan lain-lain. Besar sebenarnya, kalau nak layan semua 2-3 jam jugak la kot.
Masa aku datang ni ialah  time pameran World War 1. Sedih pulak masuk gallery tu.

Museum ni memang interaktif & modern la. Puas hati
Sempat aku layan satu video pasal harapan rakyat Melben dan expats yang tinggal di Melben ni.

Masa zaman Gold Rush
Gambar tunjukkan etnik-etnik yang ada di Australia
Barang-barang aboriginal Australia


Little Lone. Tempat kediaman pelacur, homeless dll
Cikgu tengah menerangkan dekat student pasal Jata Negara Australia
Gambar-gambar melben zaman duu-dulu
Ada rangka dinosaur jugak
notes ditulis oleh seorang askar kepada isteri dia sebelum pergi bertugas, romantisnya..awww
Askar yang mengalami kecacatan kekal akibat peperangan
Segala haiwan yang di awet.
Entrance- Kat sini boleh beli tiket & ambik brochure


Sebab kami tak pergi tengok Penguin Parade masa dekat Phillips Island tu, kitaorang pun bercadang nak tengok dekat Melbourne Aquarium. Sesungguhnya, ni 1st time aku masuk aquarium. Aquaria KLCC or Aquarium Langkawi pun aku tak pernah masuk. Dasar betull..

Masa jalan-jalan dekat kedai area Flinders Street tu, nampak satu kedai tour guide ni jual tiket masuk aquarium AUD22 je. Maka kitaorang pun beli lah, kalau walk in AUD 30 tau.

Aquarium ni dekat je dengan flinders street station tu. Dia punya pekerja yg menyambut kedatangan kami sangat aumm!!! kacak oh.. long hair, muscular body..haha.. Astagfirullah..

Sebab tak pergi Brighton Beach, ambik la gambar kat sini buat semangat
ketaq sebab disambut oleh jejaka kacak
atuk dengan cucu yang aktif gila


banyak ikan-ikan, buaya, penyu, tapak sulaiman semua. tapi aku malas nak letak. kita terus pergi kepada highlights iaitu penguin!!!

Dekat sini ada 2-3 species penguin yang diletakkan dalam aquarium. Rasanya tak sama dengan yang dekat Phillips Island kot sebab penguin ni besar dan aquarium ni ada salji. Lantaklah... yang penting puas hati sebab boleh ambik gambar semua.

Jenis ada bulu
comel je perangai masing-masing


kebetulan  feeding time.
Bangunan dari luar.


Lepas dah puas hati, kami keluar dari aquarium dan pergi ke Flinders Street Station semula untuk lunch dengan kak Azma untu kali terakhir sebelum balik Malaysia.
Kak Azma bawak kitaorang dekat sebuah restoran bernama "Sea Salt"
Dekat sini fish and chips dia tak menggunakan beer batter. InsyaAllah selamat dimakan.
Lokasi dia dekat Degraves Street, dekat je dengan Flinders Street Station tu, ada satu lorong kecik.
Aku suka tempat ni, so macam dalam filem Hollywood. haha..small alley with a lot of café.
Dekat sini jugak macam tempat backpackers lepak-lepak la, ada beberapa hostel, tourist center apa semua

Cute kan?
sampai je sini, kami disambut oleh waiter yang kacak. OMG !! Air kat Melbourne ni boleh buat rakyat dia jadi kacak ke? Maafla aku jakun, 1st time pegi negara omputih kot, haha
Kacak kalau ikut description aku senang je, ala-ala Adam Lavine, kacak la tu..

Ok, mula-mula aku kan nak makan Fish n Chips (that's why Kak azma bawak aku datang sini)
tengok menu, Calamari & Chips lebih menggoda,
So, aku oder Calamari & Chips & Zu oder Baked Fish & Chips. Kak Azma dah kenyang katanya, so dia hanya makan sushi. Ada sushi tau kat kedai ni.
Best la, lepak-lepak makan sambil tengok-tengok orang. Masa menaip ni, aku still ingat lagi dia punya feeling.

Our food- Each set lebih kurang AUD 11 only

walaupun sedap, aku makan tak habis!! what.. satu pencapaian yang mengejutkan sebab aku makan tak habis haha.. blame the handsome waiter. aku dah kenyang masa oder tadi agaknya.


nama restaurant yang kami makan


Café-café dan bar.
kecik je lorong ni
Lepas makan kami nak jalan-jalan dekat CBD sikit lagi sebelum pergi Eureka..


Bersambung....

dzuli

14 comments:

  1. Amboi nmpk abg sado terus ketaq lutut...hahaha eh bgus la fish n chips dia xpkai beer kan.kbykn kt negara omputih ni mmg byk yg pkai beer dlm goreng tepung diorg...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kannn...dasar betul taste dekat orang putih *tengok cermin* huhuu
      tulah, kedai ni ada afew option. order la baked/breaded, gerenti takde beer

      Delete
  2. Alamak comeynye penguin tu... Boleh pelok? Hi Hi Hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bolehh...jeles tengok pekerja dia dpt bagi makan & usap2 penguin tuu

      Delete
  3. Again, that fish & chips looks so appetizing to me! Kalau dapat pergi OZ mmg heaven lar sbb i'm totally a fish lover!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang heaven. salmon pun agak murah and they have high quality Tasmanian salmon. kawan I buat masak kicap je..haha

      Delete
  4. dzu, gambar abg kacak takde ke?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan nak capture, bayangkan dia tengah amik oder and saya snap gambar dia..mesti dia takut hahaha..

      Delete
  5. Sebenornya aku suka tengok penguin2 tu! Comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun suka...lama gila lepak depan ni dok tgk diorang..
      ikan, buaya, kura2 semua aku bolayan je...

      Delete
  6. first time tgk penguin yang ada bulu penuh cenggitu :D comel.. setuju dengn Tuan Ren :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Afif...hai ren..
      aah...tu pasal, tatau pulak ada spesis penguin bulu2...

      Delete
  7. ahahah...statement ni paling kelakar..dZuli Dzuli

    "walaupun sedap, aku makan tak habis!! what.. satu pencapaian yang mengejutkan sebab aku makan tak habis haha.. blame the handsome waiter. aku dah kenyang masa oder tadi agaknya."

    ReplyDelete