Thursday, December 18, 2014

edisi makanan- Johor Bahru

  
Assalamualaikum..
 
ini entry zaman purba, maklumlah kadang-kadang aku ni kadang-kadang pro procrastinator. kerja hakiki pun lembap angin, apatah lagi kerja yang tak melibatkan keuntungan..haha 
 
around bulan September hari tu aku kena pergi ambik adik bongsu aku dekat Pasir Gudang, Johor. Dia intern kat sana, so bila dah habis intern kena la pergi ambik barang-barang dia kat rumah sewa. Sebagai kakak yang baik, terpaksalah aku teman (lagipun boleh usha JB)
 
sebenarnya, kami pergi balik hari je. Gigih!!
dah la drive dekat 10 jam (pergi balik). Mula-mula ingat nak tidur sana, tapi memandangkan takleh fikir aktiviti bermanfaat yang boleh dibuat, maka kitaorang jadikan daytrip. Penat gila..
 
Acara paling bermanfaat ialah makan jelah kot.
 
1) Restoran Selera Sambal, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang
 
adik aku kata, ni restoran kegemaran diorang (budak2 Loders Crooklan). Restoran ayam penyek biasa je, nothing fancy, nothing hipster.
Harga agak berbaloi-baloi. Bayangkan kami oder satu set udang & sotong penyek + empal penyek dengan air, harga below RM 35 kalau tak salah. Satu set makanan around RM 8. Banyak pulak tu. Tengok portion sotong dia tu.
 
 
Nasik bentuk love lagi..


2) Jalan Dhoby, JB

ni tempat hipster tau. Banyak hipster café around ni. Aku saja je jalan-jalan sebab tempat ni ada macam Arab Street, Singapore sikit-sikit. Diorang preserve bangunan lama dan cantikkan tempat ni.


colours of rangoli

art gallery tu tutup, tak dan usha
Restoran apa ntah
Mariners Café- katanya menarik


3) Chaiwalla & Co
 
Jangan risau, dekat KL pun ada. Sebab cuaca panas, kitaorang pun stop la untuk minum. Katanya ni containers café yang pertama seumpanya di Malaysia. Siapa yang pernah kerja site (macam ai), tak la heran sangat, kami bekerja,makan,tido dan solat dalam containers/cabin ni. haha.
 
Tapi kelainan konsep layak dipuji. Air dia? sedap la lagi Chatime kot 
 


Thai tea kot, ke thai coffee ntah. dah lupa. Harga RM 7.90.T_T


4) Salahuddin Bakery

Bakery yang wujud dari zaman dulu kala dan masih mengekalkan tradisi dan resipi asli ( yelah tu, aku hentam je). Ni memang lejen. Roti dia memang la tak fancy macam Tous Les Jours ataupun The Loaf, tapi keazaman pakcik Salahuddin layak mendapat tepukan.
Aku try jugak beli dia punya cream horn, cream puff dan roti bulat biasa tu. Sedap !!


Option yang ada
Keratan surat khabar.


5) Pot's Industries

Lokasi dia dekat-dekat dengan Danga Bay. Katanya ada 2 Pot's ni kat JB. Aku pergi yang tepi jalan & standalone building. Adik aku la beriya-iya ajak datang sini. Layankan jelah.
Masa aku datang ni ada sessi meet and greet. meet and greet apabenda ntah, beberapa orang datang, kumpul  kat satu meja dan perkenalkan diri masing-masing. erkk!! what the what. Artis ke ape ke takde pulak. Instafamous ke aku tak tau  la kan.

Kafe ni memang lawa. Makanan pun agak sedap. Kami just order air, buffalo wings dan chocolate cake apa ntah. Semua harga around RM 58 ++






iced cappuchino kot

iced chocolate
buffalo wings yang sedap
 

 
so, sesiapa yang datang JB, bolelah mencuba.

12 comments:

  1. Aku bagi link ni kat kawan aku yang tengah draft iti gi JB. Nak suruh usha container cafe & Pot's tu. Aci lah kan suru wakil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. container café a.k.a chaiwala tu kategori tayah pun x pe haha..
      area situ banyak lagi yg boleh diterjah. try Roost Juice ke, mariners ke..
      Pot's tu o.k..sedap dan menarik

      Delete
  2. yezzaa leh usha next year....hehehe tq for the info....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh... Bukan ke dah masuk dalam senarai cuti2 Malaysia 2014 ke?

      Delete
    2. aritu area batu pahat je aku gi SS...hehee

      Delete