Friday, December 26, 2014

Ipoh 2014 - Edisi makan

 Assalamualaikum
 
#prayforpantaitimur sempena Jumaat penghulu segala hari ni.
sedih jugak baca situasi diorang dekat sana, tambah-tambah pulak bila hospital pun turut lumpuh.
Kesian. Harap-harap situasi ni pulih dengan segera.
 
okey, macam biasa.
Ramai orang memang tahu yang Ipoh ni ialah food heaven kan.
So, masa trip kami ke Ipoh baru-baru ni, dapatlah kami mencuba beberapa tempat baru yang lebih hipster di Ipoh.
kafe-kafe hipster pun sudah mula menyerang Ipoh. masa aku duduk kat Ipoh dulu, mana ada pun, paling hipster pun Yohan Bakery tu..hehe
 
 
1) Yik Mun Kopitiam, Tanjung Malim
 
Rasanya kopitiam ni tak perlu diperkenalkan lagi. Kelazatan Pau Yik Mun ni memang menjadi bualan ramai. Chewah !!
walaupun aku selalu makan pau Yik Mun dekat RnR Ulu Bernam, tapi ni first time aku singgah kopitiam ni.
Kunun nak try pau je, last-last sebab semua kelaparan, kitaorang order heavy food sikit.
Aku pekena Kuew Teow Hailam, Ean order mee kicap dan Fezah order Mee apa ntah. Pau kitaorang tapau je. Makanan agak sedap, harga macam pricey sikitlah tapi acceptable kot. minuman kat kafe ni hmm...aku order white coffee memang out, manis gila. Faezah kata air dia pun tak sedap.
Tapi berbaloi je untuk cuba.
 
kuew teow hailam dan Mee kicap

 
 
2) Ipoh Hainan Chicken Rice - Pekan Lama, Ipoh
 
Yang ni pun rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Ni memang restoran favourite aku la kalau pergi Ipoh. Kitaorang datang sini untuk dinner. Makanan terakhir masuk dalam perut ialah brunch dekat Yik Mun tu, makanya kami pun mengorder umpama naga. Harga makanan sini tak naik ke? AKu tengok sama je macam dulu.
 
Ada beberapa menu tak termasuk dalam gambar seperti kerabu mango dan calamari rings.
Macam biasa, kami order nasi ayam 1 set sorang dan Oyster sauce tofu yang memang lazat.
Total price termasuk minuman ialah RM65 je 


 
 
3) El Negra Distro+ Studio- Pekan Lama Ipoh 
 
Kafe ni letaknya dekat area-area UTC Ipoh tu, dalam bangunan lama,corner lot.
Tapi kitaorang tak makan la sebab perut masih lagi kekenyangan nasi ayam. Masa datang ni, boleh pulak coffee dia habis. terpaksa order coolers je.
Makanan dia banyak western food, tengok orang meja-meja sebelah order, nampak macam sedap jugak.

nama minuman fancy sangat, tak ingat aku.
 
air aku, pineapple+blackberry kot.

 
4) Breakfast at The Roots

Resort yang kami stay tu ada sediakan breakfast. Not bad la jugak, presentation cantik dan diorang buat menu ala-ala hotel breakfast buffet gitu. Ada nasi lemak, roti canai, fruits, cakes cereals, roti & spread. Ada jem rambutan tau, sedap!!. Minuman pun ada coffee, tea (bancuh sendiri) dengan juices.

cantik je dia susun.

setelah diangkut ke meja
 

5) Bits & Bops, Ais Kepal- Sekeping Square
 
Aku pernah tengok pasal tempat ni dalam TV, actually ada satu tempat dekat dengan Plan B Ipoh.
Ada satu kiosk nama Bits & Bops. Dekat sini la jual ais kepal yang nostalgic tu. Saja je kitaorang beli untuk rasa. Ada beberapa perasa. Aku order gula Melaka+ laici, diorang order roselle+ laici dengan sarsi+ asam boi kot. Harga sebijik dragon ball ni RM 3.
Cara nak makan dia memang kelihatan sedih. tengok jelah gambar dibawah, hehe.
Nak kata sedap sangat tu, bolelah, tapi agak interesting untuk dicuba
 
4 bijik dragon ball telah dijumpai
sedih tengok muka diorang...hahahaha
 
 
6) Chokodok Reggae, Pekan Lama
 
kafe ni dijumpai secara tak sengaja, masa pusing-pusing, nampak kafe ni dan terus try.
Rasa sampai kat Jamaica, reggae sangat. Banyak quote-quote dari bob marley. Mat salleh pun ramai dok melepak kat sini. aku tengok dalam swarm nama dia Chokodok Reggae Café & backpackers. ntah la ada hostel ke apa kat atas ni.
menu makanan ada banyak choice dan agak murah. Tapi presentation takde la hipster sangat. takde air dalam mason jar ataupun pinggan putih empat segi hehe.
Aku baca dalam swarm, owner café ni malay yang kawin dengan Japanese. patutla minah yang amik order kami tu cakap bunyi slang jepun. Fruit juices disini ialah layak dicuba.
Sebab masa ni semua kelaparan, kami order nasi goreng macam-macam versi. Sedap jugak..
 
 
menu tulis tangan atas plywood
 

ni antara tempat makan yang boleh anda cuba bila datang ke Ipoh. semuanya ialah highly recommended. sediakan duit dan perut yang kosong je hehe
 
 
 
dzuli

8 comments:

  1. SS suka tengok gambar 3 orang makan berjemaah tu... Comel je... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dah la satu saiz je diorang tu..hehe

      Delete
  2. Lepas mendera diri tengok ig ko. aku cari pasal gak buka entry ni kan. One day aku akan jejak Ipoh ni. Sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..jemput datang ke Ipoh (ewah, macam kampung aku pulak)..
      dekat je dgn KL...aku pun boley bawakan..cehh...

      Delete
  3. Replies
    1. aah, sedap jugak, tapi susah sikit nak makan, messy hehe

      Delete
  4. dragon ball tu nampak unik..beriya tul budak bertiga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak bertiga tu memang...kalau bab berlakon depan kamera, mmg terbaik

      Delete