Sunday, December 21, 2014

ipoh 2014- The Roots Eco- Resort


Assalamualaikum

last week sempatlah kami Geng Pulau menjalankan aktiviti trip penutup untuk tahun 2014. simple trip, 2d 1n, Ipoh sahaja. nak pergi obesea-bajet dah habis, nak pergi jauh-jauh sikit- tak sempat nak plan. memang agak impromptu trip ni. tu pun Ean yang suggest sebab dah lama sangat weolls bertiga tak menjalankan aktiviti bonding threegether-gether. Maklumlah, lepas Faezah menjadi businesswoman ni, dia memang busy sikit, lagipun dia ni berlaki so takleh la kidnap beliau lama-lama.

last-last aku cadangkan Ipoh, Ean pernah bagitau pasal The Roots ni tiba-tiba pulak ada deal dalam Groupon. Tanpa membuang masa, teruslah kami rembat.

The Roots ni macam resort/chalet kot. Katanya dah beroperasi 5 tahu tapi sangat kurang publisiti. Owner dia perempuan india. Baik & peramah.

Kami just ambik orchard villa, harga RM248/night. boleh occupy maksimum 6 orang. Harga asal ialah RM298. Untuk harga semua bolelah usha website theroots

Meh tengok bilik


Luas + bersih
coffee making facilities
dalam bilik ada 2 bunk bed, 2 single bed. Ada rak sebijik, aircond, kipas. Luas tapi takde TV. Jangan risau, reception handphone ialah tip top. WiFi takde.

Part paling best ialah bilik air. Ada opening sikit dekat bumbung, bolelah mandi dengan disinari cahaya bulan/mentari. buah rambutan pun ada bergayutan ke dalam bilik air.
bilik air dia macam kebawah sikit. kena turun tangga.

Tapiii, malam agak scary la sikit. haha
dah la bilik air dia luas. hot shower ada, toileteries takde kecuali sebotol shower foam dettol.

awkward jugak mandi atas kelikir. 
nampak sinaran mentari tu?

Jom tengok kawasan persekitaran

ada swimming pool. kids pool pun ada


aku tak tau la kandang apa
tempat breakfast/main game
ni tree house villa. Mahal sikit
Gazebo untuk melepak
Ada sungai. Kalau bawak anak-anak sila berhati-hati
BBQ pit
ni la rumah kitaorang. aku request yang elevated
Ada hammock

Kesimpulannya, tempat ni memang menarik. Tapi sebab activity kai full, tak sempat la nak lepak-lepak tepi pool baca buku ataupun tido-tido dalam hammock.
pekerja dia yang nama Ani tu pun baik. Breakfast pun lazat.

Kesipulannya, tempat ini ialah highly reccommended.


dzuli

8 comments:

  1. Kalu owner India... Cadar mesti merah... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...haha..tapi cute je kaler tu...

      Delete
    2. Kalu tengok design bilik air dia tu... Macam bilik air tak siap... Macam nak jimat belanja... He He He...

      Delete
  2. Senyap senyap gi The Roots ek. Tak tau plak. Ni first time dengar pesal tempat ni. And i'm currently browsing through their website.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...ramai cakap diorang tak tahu tempat ni. kawan2 I bertahun dok Ipoh pun tak tau...selalu ada deal dlm groupon, beli yang tu je, jimat RM 50

      Delete
  3. not bad gak eh sini... :)

    aritu g ipoh ingat nk try stay kat sekeping kong heng...nak rasa duduk bangunan lama...tapi ujung2 budget ngam2...rasa macam nak kuar duit lg semata2 kat Ipoh, malas la plak hehe

    Ipoh best kan...pasti nk explore kuala kangsar plak...jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekeping tu agak mahal kan..per night RM 300++ kot
      betul, Ipoh best, walaupun saya pernah dok Ipoh 2 tahun, tapi setiap tahun mesti nak datang sini.
      Jom, kuala kangsar lepas tu straight ke taiping. best jugak..:-)

      Delete
  4. bumbung bilik air berlubang..risau pulak ada ular masuk ikut lubang tu :-)

    buah rambutan..ada minta kat owner tak nkmkn buah rambutan tu :-)

    ReplyDelete