Wednesday, December 3, 2014

Melbourne Australia, Part 5.2- Eureka Skydeck & Yarra River



Assalamualaikum
 
Bertemu kembali,
masaklah tak habis-habis lagi...haha..
aku dah agak malas sekarang, kerja hakiki pun menunjukaan tanda-tanda neverending story.
Hujung-hujung tahun ni memang biasanya office akan chaos sikit.
 
Ok, kembali semula ke hari terakhir dibumi Melbourne
Lepas makan, Kak Azma dan Zu nak pergi solat dekat Melbourne Central
so, otw ke Melbourne Central, kami masuk kejap Royal Arcade Building.
Katanya ni bangunan lama yang diubahsuai menjadi shopping complex. Banyak kedai mewah dah i.d yang cantik.
 





Lepas tu hajat di hati nak cari big purse depan Melbourne GPO. Tak jumpe hokey !!! aku siap pergi tanya tourist information counter and still tak jumpa. Takde rezeki la tu.
Lepas solat, kami pun berpisah dengan kak Azma. Kak Azma pesan malam ni ada angin kuat dan hujan, so pastikan jangan merayap sangat malam-malam. Lepas peluk-cium dan ucapan terima kasih kitaorang pun membawa haluan masing-masing.

Aku dengan Zu masih ada 2 misi iaitu Eureka Skydeck dan Docklands
Kitaorang pergi Eureka dulu sebab cuaca dah macam nak hujan. Nanti kalau hujan, tak best la tengok view kan.
Senang je nak pergi Eureka ni, dari depan Federation square tu, jalan je menyusur Yarra River dan Nampak jambatn, cross jambatan tu, jalan sikit lagi dan sampai. Bangunan tertinggi dekat Melbourne CBD, itulah dia.



Belakang Langham tu la Eureka
Hai la cantiknyaaa...kenapa la Sg. kelang tak preserve cmni. Kalau tak bahagia aku pergi kerja hari-hari
Boleh naik cruise jugak. Kalau banyak AUD dan masa, bolelah cuba
 
 
Ada jugak tempat "manggakan cintaku" di jambatan ni. pfft !!!

Cross jambatan ni untuk ke Eureka
 
 
Setelah menikmati pemandangan yang breathtaking di Yarra River, Kami pun sampai di Eureka. Terus beli tiket dan gunakan coupon dari guidebook. Dapat la discound around AUD 1-2 camtulah. Ok la jugak kan, boleh guna duit discount beli souvenir.
Harga tiket ialah AUD 18-19 macamtu lah. tak ingat.
 
 
 
Sampai je, kami disambut oleh seorang jejaka superkacak untuk guide kitaorang naik lift je pun. Yang ni serius kacak, bukan main-main. brown eyes, brown hair, ada stubble sikit-sikit... memang lah macam model iklan Calvin Klein ok. (6 packs tu I tak pastilah ada ke tak hehe).
 
Ok sudah-sudahlah tu, naik lif ke tingkat 88 selama 15 saat. Pening pulak sebab laju dan tinggi.
 
 
 
 
sampai je dekat atas..
tarik nafas
hembus
tarik nafas balik
pensan..
bangun balik
 
Sangat mengujakan!!!. 360 darjah view of Melbourne CBD dari tingkat 88 sebuah bangunan. (lebih kurang 250m++) dari ground level.
 
Layan je lah gambar.
 
ni view belah federation square
Federation square dari atas
ni open space, angin kuat gila, nasib baik I berat, xde la rasa melayang sangat
Flinders Street Station. Panjang kan?
Nampak laut jugak
Yarra River
Maksud Eureka. Ala, sapa tah sebut masa beliau jumpa tarikan gravity kot.
Concrete Jungle
 





Hah, cukup-cukuplah gambar hehe.
Masa turun dari tempa ni dah tak jumpe dah brader kacak tadi
so, Cintaku tertinggal di Eureka.

Dekat atas ni jugak ada skybar, kalau nak minum-minum coffee pun boleh. Harga minuman dalam AUD 5 ke atas kot.
Bawah sekali sebelum keluar ada souvenir shop. Sempat jugak la aku beli-beli sikit sebab nak menghabiskan syiling-syiling.

 

 
Lokasi seterusnya..Docklands
 
dzuli

15 comments:

  1. tak masuk 'the edge' tu? yang glass cube tu?
    yang lantai dia tu pun gelas tu?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah tak..AUD 20 tuuu haha...tak allocate pun dalam bajet. nak gambar kena AUD 15 pulak..karang kena ngamen tepi Yarra River nanti..hee...

      Delete
  2. kat jambatan tu ler tiba-tiba mrs kena maki dengan sorang mamat omputih tu pasal islam...syak dia tengah mabuk time tu sbb jalan pun tak betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS tolak je dia masuk sungai..hihiii
      kot ye pun mabuk, maki2 orang apahal..

      Delete
  3. Replies
    1. tak..lantai konkrit cam biasa. The Edge je lantai kaca

      Delete
  4. Aduh cun btol view atas ni.xdan naik ler aritu.rasa mcm xbest kan.skali cun gler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kannn...itu lah aku kata Cintaku tertinggal di Eureka..hehehe

      Delete
  5. Dem! Cantik gile view dia dari atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...lama gila kami lepak atas ni..I nak try naik level 89 KLCC la pulak..nk try view dekat Negara sendiri hehe

      Delete
  6. tahu perasan entri yang tak habis- habis. Nak-nak kalau malas menjelma memang lagi lambatlah habis. View dari atas tu cantik betul, atau dzuchan yang pandai tangkap gambor sebenarnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. view memang sangat cantik + cuaca gloomy sikit
      takde, saya memang tak berapa pandai ambik gambar, auto mode je pun hehe

      Delete
  7. Akan ku khatamkan entries Melbourne ko ni. Bertabahlah melayan komenS. Cinta tertinggal sangat kan. Dan2 nampak mamat hensem terus cinta wujud. Tapi lawa ah view dari atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...dah beli tiket ke *wink wink*
      itulah pasal, tapi selain dari mamat kedai sushi & mamat aquarium, mamat eureka ni la paling kacak sekali pada pandangan mataku..ahaks..

      memang lawa, sampai melben nanti wajib sediakan AUD 20 naik atas ni tau..

      Delete
  8. ahaha...cinta tertinggal di Eureka katanya...

    ReplyDelete