Thursday, December 11, 2014

Melbourne, Australia-Part Finale ( Docklands & Balik)


Assalamualaikum..

InsyaAllah ni episode terakhir Melben ni
phew...sebenarnya boleh je pendekkan cerita tapi saja jelah tulis panjang-panjang macam jurnal supaya memori yang indah ni dapat retrieve balik  bila-bila yang kita nak kan.

So, destinasi terakhir kami ialah Docklands. Nak pergi St. Kilda dah macam tak sempat + dah gelap.
Bila spring, malam cepat. around 6-6.30p.m tu dah maghrib. Seperti yang diketahui umum, melben ni bukan macam KL, perniagaan banyak dah tutup around pukul 5-6 p.m.

Nak ke docklands ni senang je, naik je trem ke Docklands/Eitihad stadium.
Docklands ni macam tempat parking kapal-kapal mewah le. Macam dekat PETRONAS Quay Langkawi tu. ditambah pula dengan pemandangan Eitihad stadium dan bangunan-bangunan modern disekelilingnya.
Ada duit lebih+ keyakinan lebih, bolelah dinner dekat restaurant2 yang ada dekat sini. mesti best sebab cantik. Tapi kawan aku kata, kebanyakkan restoran dekat sini ialah fine dining so faham-faham la dollar-dollar bill yo yang terpaksa dibayar kan.



 
Eitahad stadium- Justin Timberlake buat concert kat sini seminggu dua lepas aku balik dari Melben
Parking kapal-kapal mewah & separa mewah
cantik la pulak curtain walling kaler pepel
Restaurant atas air- cantik!!
bot-bot lagi
bar-bar, kafe-kafe dan tiang lampu
Jambatan apa pun aku tak tau
arca ala-ala kadar





lepas menikmati pemandangan Docklands ni, masanya tiba untuk kami pulang ke tanah air.
walaupun agak awal lagi, tapi sebab hari yang dah nak gelap dan ala-ala nak hujan menyebabkan kami terpaksa mengakhiri penjelajahan Melbeourne CBD.

Kami kembali ke Southern Cross Station untuk ambik bag sebelum ambik SKybus ke Tulla Airport.
Tapi sebelum tu sempat jugak la jalan-jalan sikit usha pemandangan maghrib dekat CBD. Waktu ni ialah peak hour orang balik kerja, so agak busy sikit.


Grand Hotel Melbourne bersama jabatan ala2 KTM la kalau kat Malaysia ni ( tu sebab ada arca tren terbalik tu)


Masa ni la rasa dah syahdu...1st time aku p cuti rasa malas nak balik. kah kah!! (tu belum sampai Scotland lagi tu)

sampai je southern cross station, aku melayan perasaan buat kali terakhir (buat masa ini) dekat bangunan favourite aku.Ntah la kenapa aku berkenan sangat dengan Southern Cross Station ni. Mungkin bagi aku la kan airport/train station/bus station memegang lebih banyak story pasal travel, pertemuan & perpisahan.
Gituh !! (Akukah yang menulis ni? ke alter ego aku?)


Sebab ada banyak lagi dollar, kami bersoping di Woolworth dalam Southern Cross ni. Beli tim tam la, beli coffee la, chocolate la.

Southern Cross Station di waktu malam. Ni bangunan faveret aku di melben.
Dalam Southern Cross Station

beg yang beranak secara moderate. maklumlah bawak duit sikit je haha..
Sedap !!!, salah satu hasil tuaian dekat woolworth


.
Around 7.30p.m camtu kitaorang dah surrender, terus pergi terminal, ambik SkyBus ke Tulla Airport. walaupun masa panjang lagi sebelum flight kami pukul 12.45 a.m.

Dekat airport takdelah gambar, camera semua dah simpan. sempat la jugak dinner dekat airport. kitaorang makan McD je. Zu makan fillet o fish, tetiba la kan aku takde selera makan, aku just order Muffin and coffee je.
Masa beratur nak check in sempat la borak-borak dengan beberapa budak Malaysia, tapi belajar kat India umur dalam lingkungan 20-21 dan datang ke Sydney-Melben untuk jalan-jalan. Huntungla korang, aku ni umur 30 baru sampai melben .

Around pukul 11 kitaorang masuk departure hall. Maklumla kena lalu kastam 2-3 kali. dah la jauh pulak gatenya. Aku ada beli pancake mix dengan maple syrup, kononnya nak buat breakfast dekat rumah kak Azma, last-last tak sempat makan pun, so buh la dalam beg souvenir yang aku tak check in. Lalu scanner, beg aku kena selongkar sebab ada liquid. Baru ingat pasal maple syrup tu. Maple syrup kena rampas, tapi pancake mix dia bagi lepas. Siap pesan dekat aku " go back home and make a good pancake" hehe.

 Masa ni aku dah start lapar. Usha la sekeliling kot-kot ada benda yang boleh dibeli. Hungry Jacks macam dah nak tutup, convi shop jelah ada. Last2 aku pasrah sebab ada book meal dalam flight.

Around 12.45 a.m kami meninggalkan bumi melben. Masa balik ni, seat sebelah aku kosong. lega vontot boleh bergerak bebas.

Around 8.00 pagi kami sampai ke bumi Malaysia dengan selamat.
Tamatlah pengembaraan kami, walaupun banyak hiccups tapi aku bersyukur semuanya selamat.

so, sapa yang ada rasa nak pergi Melben, silakan!!! berbaloi2





dzuli

5 comments:

  1. memang mendung ke sebab dah petang?

    sikit nho beranak beg tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang dah ni around 5.30 camtu..tapi mendung pun ye jugak, baru lepas hujan rintik2.. sikit la beranak, bawak duit pun ala kadaq je...heee

      Delete
  2. Paling nak tengok Flinders Station tu. Kalau ko da kata rasa xnak balik, sure Melbourne ni dah jatuh kategori best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp...flinders street tu ramai kata kategori wajib. Lagipun dalam CBD je..
      Aku rasa aku suka melben ni sbb bersih,cantik, aman, tak over modern dan ada mix australian culture dgn modern lifestyle..gituuu

      Delete
  3. berbaloi2..ok2 akan cari tiket ke sana :-)

    ReplyDelete