Thursday, December 11, 2014

Melbourne, Australia-Summary

Assalamualaikum

Makanya tamatlah cerita aku di Melben.
seriously, semua ni rasa macam mimpi. Macam aku cakap haritu lah, dengan kedudukan kewangan aku sekarang memang susah aku nak memasang impian ke Negara menggunakan currency dollar dollar bil yo. Bila sampai sana, balik dengan selamat dan tak ada adengan menggosok card credit, rasa syukur sesangat.

Ok lah, to sum up this whole trip, aku tuliskan beberapa perkara la untuk panduan/pedoman di kemudian hari. Tips ini kiranya from noob to noob la ye.

1) Budget
Macam aku bagitau, aku untung sebab ada kawan. So, budget aku ni tak kira la accommodation kan
Roughly, budget aku ialah:

i) skybus (return) = AUD 30
ii) Attraction ticket and tour package = AUD 154++ (GOR tour, Phillips island wildlife park, Melbourne museum, Eureka Skydeck dan Melbourne Aquarium)
iii)Myki Card = AUD 6+ top up AUD 30
iv)Souvenir+ misc. =AUD 65
v) Food =AUD 100 or less (tak sure)
vi) Yes Optus sim card + Top up = AUD 15
vii) Kereta sewa + minyak + tol = AUD 83
viii) Correlle = AUD 70++ ( tak kira, ni duit asing)

Total semua lebih kurang AUD 468.

Budget asal aku ialah AUD 500. Sebab banyak sangat attractions yang aku tak masuk macam puffing billy, pennys chocolate factory dan Fitroy Garden, tu yang jadi kurang sikit. Food tu aku rasa macam less than AUD 100 sebab banyak kak Azma sponsor hehe. Makan kat luar dalam 2-3 kali je kot. Coffee dan junk food je banyak beli sendiri. Masa aku pergi ni, kadar tukaran wang hanyalah RM 2.95 kalau tak salah. Cuma, kepandiran aku membawa cash AUD 300 menyebabkan aku kena withdraw money dari ATM dan kena charge AUD 3. Ada jugak aku bayar guna debit card dan tukaran dia tinggi sikit. RM 3.20 ++. ciss.

sim card. call, sms dan 500MB internet untuk kegunaan selama 5 hari


2) Itinerary
ni aku ralat sikit. Padahal aku ada masa yang sangat panjang untuk prepare good itinerary. Tapi takpelah, yang berlalu biarkan pergi haha.
Aku spend masa 2 hari je kat CBD which is sebenarnya tak cukup !!..tak puas tau sebab CBD tu sendiri banyak sangat attractions yang menarik. Rasa ralat jugak tak sempat pergi St. Kilda, Royal Botanical Garden, masuk dalam Royal Exhibition Building, Immigrant Museum dan Art Centre. Paling ralat tak dapat tengok graffiti dekat Union Lane dan pergi Shrine of remembrance.
Don't get me wrong, I really have a good time. Cuma bila teringat, menyesal sikit la.


3) Tips Penjimatan
aku bagi hint je lah. Aku pun takdelah jimat mana pun masa pergi sana.
i) Coffee - dekat 7E AUD 1, kalau cafe' biasanya AUD3-4. Coffee 7E dia sedap sebab gourmet coffee. Bukan bancuh 3 in 1 tau. Takpun beli je coffee dalam kotak/botol. Sedap jugak. Murah pun murah. 600ml lebih kurang AUD3-4. 600ml tu, boleh berulang-alik p toilet 3-4 kali.




ii) Barang dapur (kalau nak masak) - Coles/Aldys. Raw food dia agak murah. Sayur-sayur dalam AUD 2-3, Roti AUD 2-3, Pancake Mix AUD 1.50, strawberry AUD 1-2. Daging or ayam kak azma kata dalam AUD 8/kg. Sayur-sayur kat QVM pun murah jugak

strawberries dekat QVM, AUD 5 je

iii) Drinking water - dekat OZ ni, 500ml mineral water harganya AUD 2-3 tau. So, bawakla botol air. ambik air kat water cooler siap-siap.

iv) Makan luar - yang ni tak dapat la nak nolong. Harga makanan standard je. Tapi portion memang besar. Turkish Kebab AUD 9 tu boleh share 2-3 orang, Fries saiz besar pun boleh kongsi 2-3 orang. Calamari and fries semangkuk AUD 10 bolelah nak share 2 orang. Restoran makanan Melayu aku tak try langsung. So, tak pasti portion dia macammana.

iiv) Transportation- Tram ialah pengangkutan utama di dalam CBD. Train pulak ada by zoning. Kalau boleh elakkan tinggal di kawasan yang berlainan zon supaya jimat sikit. Sebab semua aku main touch Myki. Aku tak pasti actual fare untuk tren. Macam aku berulang alik 4 kali dari Clayton ke CBD (southern cross) dan naik tram untuk 2 hari, total pengunaan Myki tak sampai AUD30. Tram pulak hanya touch myki ketika naik sahaja dan last sekali (dah rasa taknak naik trem dah untuk hari tu) baru touch masa turun. Naik city circle tram ialah free dan dia pusing kebanyakkan attraction di CBD. Tapi agak lembap. Aku rasa tak payah la naik teksi dalam CBD sebab kebanyakkan attractions memang accessible by tram dan walking distance dari tram stop.

Kuncinya, takyah convert kepada RM. walaupun kadang-kadang aku terconvert jugak, namun aku perlu tabah..hahaha


4) Solat
Sepanjang kat sana, aku "cuti" so, tak merasa la solat di Negara orang. Biasanya kak Azma bawak kitaorang solat dekat baby changing room. Masa dekat GOR, Zu solat dekat taman je, di sebalik pokok-pokok. Jangan lupa bawak botol kosong untuk kegunaan di toilet dan wudhu'
Kami ada satu botol yg dah kepek.kitaorang panggil "botol jamban". Botol jamban tersebut menamatkan tempoh tugas masa pergi mornington peninsular sebab zu bagi hilang tutup dia.


5) Shopping
well, memang jarang lah aku bershopping di negara orang (mahupun di negara sendiri). Tapi kalau suka shopping, di Melbourne ada beberapa DFO (direct factory outlet). Kalau sale memang rambang mata jugaklah. Masa aku datang ni winter clearance. So, taklah inzal mana sebab Malaysia takde winter. Tapi memang murah jugak. Knitwear dalam AUD 15 keatas dan berkualiti. Baju baby pun boleh tahan, ingat nak rembat untuk Adam sehelai dua, tapi banyak baju winter la pulak. Ada yang lebih kurang harga kat Malaysia je.
Kalau ibu-ibu, boleh guling-guling la dalam kedai Corelle. Murah oi. Aku beli 1 set 18 pcs hanyalah AUD70. Lebih kurang RM 210. Kalau di Malaysia dekat 400 kalau tak salah (ke salah?)
Sebenarnya mak yang kirim dan bagi duit untuk beli haha. aci tak? Kalau bajet aku tu, souvenir yang aku mampu bawak balik ialah FM je lah.

ni kalau mak aku datang, mau bertapa dalam kedai ni



So, akhir kata
Aku rasa Melbourne sangat awesome dan worth to visit. Hopefully suatu hari nanti aku dapat datang balik kat sini dan lepak-lepak macam Anthony Bourdain dalam rancangan The Layover. :-D






dzuli

21 comments:

  1. Wahhhh siap angkot Corelle lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak saya yg kirim hehe..corelle nya tak sampai2 lagi kat malaysia

      Delete
  2. Xpe kepandiran ko bakal jadi panduan untuk orang. Dah dapat credit sebab tolong orang. Yes, kunci utama bila berbelanja kat luar...jangan convert. Anggap je semua dalam RM. Walau otak dah ligat jadi calculator gak sometimes kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa..gituu.. itulah, puas baca mantra "jangan convert, jangan convert" pura2 je lah rasa fish and chips AUD 10 tu murah...

      Delete
  3. Replies
    1. kan...tiap2 hari beli tukar2.
      latte, mocha, cappuchino

      Delete
  4. hehehhehe..
    baru nak rasa peliksebab Corelle??!!

    rupa-rupanya mak kirim!!!!

    ReplyDelete
  5. haha..kan..kalau nak beli sendiri memang lambat lagi laaa

    ReplyDelete
  6. Haa! Mana boleh tak convert? Hahaha! Air botol teh Lipton yg 500ml pun dlm RM10 lebih T.T Boleh sakit jiwa dibuatnya, hahaha! Tapi Coles & Aldys mmg murah lah. Kalau ke Australia, mmg beli stok makanan & air kat sana utk seminggu terus awal2 sampai.

    Apasal Corelle tak sampai lagi? Guna pos biasa ke tunggu masuk kargo kawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kannn...kawan I beli ice lemon tea 500ml AUD3.80, pedih betul..
      Aldys murah tapi Coles lagi banyak pilihan kan...nak beli kopi pun sampai rambang mata..

      Corelle masuk kargo kawan,..padahal beli 1 set je, punya la malas nak angkut naik A.A heee...

      Delete
    2. Hehe! Saya rambang mata nak beli cereals. Murah & byk pilihan. Btw, cakap beli stok "makanan" kat atas tu macam rajin memasak je. Padahal beli stok makanan2 ringan mcm biskut, coklat & air kotak utk alas perut waktu sightseeing je, hahaha!

      Melampau betul Corelle set 18 piece pun masuk kargo, hahaha! Kesian kat mak tertunggu2, hahaha!

      Delete
    3. kawan saya asyik beli strawberi & kiwi ...5-6 kotak jugak kot, sebab 99sen je.
      masa sightseeing, kami asyik bantai coffee 7e hehe..

      itulah, rasanya macam mak saya dah lupa kot, tak tanya2 dah pasal corelle dia..haha

      Delete
  7. australia tempat impian sy yg entah bila dapat jejak....kewangan x mengizinkan skang ni hehehe

    teringinnnn nak g sanaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oz memang mahal sikit, xpe..kumpul duit pelan2. InsyaAllah.
      saya ni sebab ada kawan je kat sana, kalau tak, ntah bila la baru nak sampai hehe

      Delete
  8. wahh...nk repeat katanya...JM ni teringin nk jejak kaki ke sana tapi bila dgr berita berkaitan pesawat ni gerun pun ada..ntah lah berani ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, boleh punya JM pegi melben ni...
      bab pesawat accident ni tak tau la nak cakap cmne, tapi kena tabahkan hati la kot sebab ajal maut di tangan Allah kan...

      Delete
  9. Tq for sharing! X sabar tp cuak juga sbb bakal pegi solo. Hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. InsyaAllah melben sesuai utk solo traveller. tenang tapi modern gituuu

      Delete
  10. Tq for sharing! X sabar tp cuak juga sbb bakal pegi solo. Hiks.

    ReplyDelete
  11. Hi, nak tanya... Corell tu awak pos ye? Kita bt sendiri or kedai boleh buatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pos,..saya tumpang kargo kawan.

      Delete