Monday, February 17, 2014

naik pangkat dan ngeteh bertingkat-tingkat

Assalamualaikum

ngeteh :
perbuatan melepak dengan kawan2 sambil menikmati kudapan ringan(selalunya teh dan kuih muih) lazimnya di warung2 kecil

perkataan ini selalunya dipakai oleh orang2 selatan semenanjung
jom pegi ngeteh warung2 pak atan.  (source: Kamus dialek)

ngeteh, literally (minum teh tarik)
menyirap, (bak kata Mhairitahir)

mengopi (dalam kes ini, minum kopi cap Tupai & kopi Aik Cheong)


weekend hari tu aku menghadiri acara mengeteh secara bertingkat-tingkat
pukul 11.00 aku mengeteh dengan zu sambil mewayang cerita Lego.
movie tu memang lawak tapi not my cup of tea kot. kalau budak-budak ataupun peminat Lego mesti suka.

Petang tu, kawan aku si Khafi tu tetiba roger ajak bergosipan.
Layan jugak sebab lama tak jumpe dia dan dapat la bergosip hangat dengan beliau di Wondermilk yang overrated tu. Gossip paling hangat ialah apabila dia terpaksa akur dengan dunia pekerjaan yang penuh mencabar dan membeli sebuah kereta baru. Jangan lupa bawak aku jalan-jalan amik feel nanti tau !!

Ahadnya pulak Kak Azma yang menetap di Australia tu balik Malaysia 2-3 minggu ni untuk uruskan wedding adik beliau. So, ngeteh dengan dia pulak untuk bergosipan stok 3-4 bulan. warga ostolia sementara ni mengidam nak makan Chawan kekdahnya, maklumla kat melben takde Chawan, Pappa Rich ada la.

ketiga-tiga acara ngeteh di dijalankan di tempat yang sama iaitu Citta Mall. agaknya waiter Chawan tu dah cam muka aku sebab datang 2 hari berturut-turut pada waktu yang sama !!.  Kalau setakat nak ngeteh dan tengok wayang tu Citta Mall agak sesuai sebab orang tak ramai, parking free dan F&B outlet dia pun agak menarik. Tapi acara window shopping/shopping tak sesuai sebab takde mende sangat pun melainkan Times Book, butik apentah, Harvey Norman dengan Macy je yang ada.

Semalam juga, lebih kurang pukul 6.30 petang aku telah naik pangkat menjadi mak sedara. Anak buah aku yang pertama dilahirkan oleh mak dia iaitu kak cik aku. baby boy seberat 3.4 kg melalui kaedah Caesar sebab katanya kedudukan melintang. takpela, Alhamdulillah baby dan ibu selamat.
tazabar nak balik kampong weekend  ni untuk melawat budak itu secara live. sehingga sekarang dia masih anonymous.
maka lepas ni dah kena allocate duit raya, beli souvenir kalau pergi jalan dan kena berpura-pura matang untuk menjadi contoh terbaik. Mungkin kasih sayang mak aku akan terbahagi dua. katanya nenek-atok ni lagi rindu cucu berbanding anak sendiri..hmmphh *jelly*

dicurik dari Fb adik ipar aku hihii. 
semoga menjadi anak yang soleh, tolong mak kamu jaga Awang tau nanti :-D
myGod, lepas ni aku akan dipanggil Mak Ngah..ngeee
I nak urban sikit la, call me auntie dzuli tau :-P





dzuli




Friday, February 14, 2014

drama: kyo no hi wa sayonara

Assalamualaikum

semenjak-dua menjak ni aku agak free dari tugas hakiki sebab ada masalah sikit
so, aku berada dalam tempoh bertenang
boleh balik kerja on time dan tak perlu stayback lagi. so banyak la masa untuk menonton drama or filem

so aku nak suggest satu drama ni
kyo no hi wa sayonara /今日の日はさようなら = Farewell for today
ia sangat berbeza dengan drama Ariana Rose ataupun Playboy itu suami aku
bukan cerita cintan cintun la tapi more kepada humanity & family
satu yang aku suka dengan drama jepun ni ialah elemen kemasyarakatan/keluarga/kehidupan harian yang diorang tunjukkan (put aside hentai/anime/manga/doremon/mystery drama etc)
aku tengok drama jepun ni since form 5 lagi kot. aku suka tengok scene drama diorang yang almost sama macam kehidupan harian. jalan kaki pergi sekolah, dinner dengan family kat rumah,pergi kerja naik train, how calculative bila diorang nak beli barang-barang mahal. camtulah. kurang la drama berangan kaya ataupun waris kepada jutawan yang dipaksa kawin dengan pilihan ibu bapa

ok dah melalut !!!!

drama ni ialah 2 hours drama, bukan bersiri. boleh di download di d-addicts, (torrents download)
pasal seorang lelaki ni  kena penyakit Malignant Lymphoma (blood cancer)
penyakit tu dating masa dia tengah mengecapi kebahagiaan (ewah). dia ada decent job, steady girlfriend dan family yang bahagia.
basically drama ni tunjuk la macammana dia melalui semua tu dengan sokongan keluarga dan kawan-kawan.
4 minit pertama aku dah menagis, untuk survive 2 jam terkorban la jugak sebungkus tisu.
scene paling sedih masa dia melalui chemotheraphy,
paling sedih lagi masa saat-saat akhir dia nak mati tu.
waaa..


so, kalau rasa nak menangis. jemput donlod drama ni.


Google images : hero dia Ohno Satoshi- Arashi

the main reason aku tengok drama ni of kos la sebab hero dia. kalau hero dia orang lain, belum tentu lagi la aku tengok kot :-P. dan drama ni dapat beberapa award.







dzuli

Monday, February 10, 2014

February yang normal

 

Assalamualaikum

wau..sudah bulan February
masih lagi tidak bergiat aktif dengan acara berjalan-jalan mencari pasal, berjalan-jalan mencari makan atau berjalan-jalan mencari jodoh. wah !!

sebulan di tahun 2014 banyak dihabihkan dengan kerja dan balik kampung dengan purata kekerapan 2 minggu sekali.(mengikut rekod foursquare)
baguihnya, anak sapa ni?

selain itu, aku juga menghabiskan duit dengan menukar timing belt kereta, menukar no plate kereta yang patah riuk, menukar bulb lampu kereta yang terbakar, membayar insurans dan road tax kereta, membeli perlatan rumah seperti vaccum cleaner dan kuali yang berkualiti.
mungkin impian aku 2014 ini ingin menjadi lebih ladylike dengan rajin mengemas rumah dan mencuba resepi-resepi baru yang sihat *muntah pelagi*.
hasil-hasil percubaan memasak tu termasuk la caramelized banana yang hangit (not edible at all) dan Rockyroad (edible tapi tak tempting).

selain daripada 1 plan trip yang memang terpaksa dibatalkan atas sebab politik dan 1 lagi masih tergantung di udara sebab kami semua busy !!. bukanlah kami ni career woman sesangat mahupun CEO syarikat multimillion ataupun menteri, tapi kami ni kan makan gaji selain dari menggalas tanggungjawab sebagai "woman who pay their own bill", kena la komited sikit, kalau tak keja kuat sapa  la nak bayo hutang piutang kat bank or sapa nak belikan handbag ataupun mascara kitaorang?takpelah travel tu just a hobby kalau ada duit lebih dan masa lebih.
sekarang ni duit takde lebih, masa lebih tu ada la jugak sikit2. tapi seriously I miss travel a lot. aku rindu buat itinerary, review hotel dalam website atau leave comment dekat TripAdvisor :-P

Acara makan-makan di luar pun dah lama dihentikan. makan tempat biasa-biasa  seperti Chawan, Pappa Rich, Shaari Tomyam, Foodcourt TBS, mamak TBS, KFC tu ada la. malas la nak review.
Tak sempat lagi nak pergi mencuba restoran-restoran baru yang sedang menjadi talk of the town di bangi seperti burgerbytes, Fresco ataupun Tat Nasi Ayam.
 

ni sesi mengeteh, mengumpat dan test suara sendu :-P
 
Nasik lemak  The Tarik Place - Sedap
 
Hujung minggu,aktiviti macam biasa je. kadang-kadang keluar mengeteh sambil bergossip seraya meluahkan perasaan dengan kawan kawan-kawan baik. kalau malas nak keluar duduk je rumah sambil menonton drama-drama terkini ataupun J-TV show di website sambil menjalankan operasi membunuh lipas, mencuci peti ais, bilik air dan lantai dapur. kalau masih boring, pergi je rumah abang, makan dan tido macam kat rumah parents aku. hiks.
 
Sekarang pulak aku tengah menguruskan 3 projek yang berjalan serentak. 2 daripadanya in-house dan 1 lagi mempunyai team yang sangat proaktif. asyik mengejar progress sampai ke malam-malam buta pun. siap buat group wassap lagi. untuk memudahkan komunikasi katanya. jangan group tu jadi tempat menghebahkan dakyah politik sudah, aku backhand je karang. tapi rasa seronok jugak sebab dapat belajar banyak benda. setakat ni semua pihak sangat cooperative.
satu lagi pulak dalam dilemma disebabkan survey data. yang ni buat aku nak menangis sebab due date dah dekat, problem masih tak setel-setel lagi.
 
Tiba-tiba jugak bulan ni aku dapat sakit pinggang. Sakit gila, nak rukuk masa sembahyang pun rasa nak menjerit apatah lagi masa nak bangun dari tido. kalau bangun pagi tu ,rasa nak merangkak je masuk toilet amik wuduk. Tak pasti la punca dia kenapa. Sabar je la. Kifarah mungkin
 

dah 3-4 keping tempek benda ni, hasilnya ialah hmpphhhhhh


selamat bulan februari
 
Jemput makan Boston Cheese Cake dan Iced Cappuchino
 
* Iced cappuchino di Gloria Jeans ialah sangat sedap mengalahkan Starbucks. #firsttimeminumGloriaJeans 
 
 
dzuli