Tuesday, April 29, 2014

singapore - Food

 
 
Assalamualaikum.
 
seperti yang sedia maklum, Singapore ialah food heaven seperti yang dinobatkan oleh magazine-magazine terkenal dan Asian food channel.
 
So, last weekend aku berkesempatan untuk ke Singapore. day trip sahaja ( lebih kurang 12 jam la)
tak banyak makanan yang sempat dicuba. tapi ada la signature food yang kami sempat try.
 
sebenarnya Singapore rocks jugak, patut la ada kawan-kawan aku yang pergi almost setiap bulan haha (dia stay kt KL, bukan kat JB). Ini kita trip pengenalan la, berkenalan dengan MRT system, tempat-tempat terkenal dan orang-orangnya.
 
 
1) Restoran Zam-Zam, Arab Street
 
Ni dah takyah diperkenalkan dan sebenarnya. try la google, or # search. gerenti belambak jumpa review. Specialties dia mesti la Murtabak Singapura. Lain sikit dari di Malaysia, dia guna daging cincang dan dihidangkan dengan kari dan sos cili timun. Serious sedap!!!
Nasi Beriyani dia lagi la sedap. memang antara beriyani paling sedap aku pernah makan. Kami sampai sini dengan perut yang sangat kosong, tak breakfast dan tak jamah apa-apa pun lepas turun tren kat woodlands. Tu yang oder serupa naga tu. Amik murtabak SGD 8 (tak abih), beriyani SGD 6.
Total makan & minum SGD 17 je. jangan convert, *buang calculator*
  
Beriyani Ayam
Murtabak Kambing (80% Berjaya dihabiskan)

2) La Marelle Boutique Café
jumpe café ni masa search kat burpee.com. aku ngan travelmate aku ni memang jenis kuat mengopi sebenarnya. Dah tak lalu nak makan berat, kami pilih kafe ni. dah la cute, halal pulak. kalau tengok dalam foursquare orang recommend crumble cheese cake dan ice chocolate. Harga dia standard kat Malaysia jugak jika tidak diconvert *buang lagi calculator tu*
menu kami petang tu ialah Marble Cheese Cake, Crumble cheese cake (sedap), Ice Chocolate ( kawan aku cakap sedap gila) dan Ice Cappuchino. Total price SGD 31. Café ni penuh orang okeh. Lokasi dia dekat Bussaroh Street betul-betul depan Kampung Glam Café.


Crumble Cheese Cake & Marble Cheese Cake
Minuman
Lawa tak? ni baru dekat luar

dzuli

Tuesday, April 1, 2014

melaka 2014- Kg. Morten, Muzium Samudera & Muzium Kesultanan Melayu

 
Assalamualaikum
 
ni last part dlm episode Melaka ni. yela 2 hari 1 malam je pun.
Last day, pagi-pagi buta dah bangun bersiap. masa tidak boleh dibazirkan.
mula-mula pergi Kampung Morten dengan harapan nak breakfast kat situ
malangnya satu kedai makan pun tak bukak. dan kampung morten di waktu siang tidaklah secantik waktu malam (maaf, terlebih honest)
Kampung ni dibiayai oleh kerajaan negeri dan juga dikenali sebagai Malay Living Museum.
bolelah tengok rumah-rumah tradisional yang cantik dan colourful tu.
Aku rasa ni satu usaha yang baik oleh kerajaan negeri bagi memastikan warisan ini sentiasa kekal di Melaka
 
salah satu rumah yang menarik

Jambatan kampong Morten

Jambatan lagi
ni antara rumah yang meriahuolls
replica rumah dia gamaknya.
2 orang model kampung morten

Lepastu, kami terus gerak ke Muzium Samudera. Breakfast pun dekat food court situ je. Muzium samudera ni ialah replica kapal apetah then ada jugak bangunan sebelah tu yang mempamerkan macam-macam barangan berkaitan kapal. Tiket masuk RM 3 kot.
Melaka ni dulu sebuah pelabuhan yang maju tau, ada lebih dari 86 bahasa dituturkan dan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca. Apasal sekarang kita menjadikan bahasa inggeris sebagai lingua franca? hahaha.
dalam ni ada replica bilik nakhoda, bilik kurungan,deck kapal dan lain-lain. seronok jugak


 

Barang dagangan zaman dulu
muzium samudera (bangunan sebelah kapal)


Dah habis muzium samudera, kami pergi pulak ke muzium kesultanan Melaka. Lokasi dia dekat dengan A-Famosa. on the way dari muzium samudera tu, kita juga akan lalu banyak lagi jenis muzium macam muzium seni Islam, muzium UMNO, Muzium Keretapi dll. Kalau rajin bolehla masuk semua.

lalu je depan A-famosa ni
Muzium Kesultanan Melaka

Dalam muzium ni banyak dipamerkan tentang kesultanan Melayu la macam replica istana, replica biliktidur sultan, balairong, pakaian-pakaian tradisional.
ada jugak lukisan tentang pertarungan Hang Tuah.

apekehal korang menghadap sultan patung tu?
Pakaian tradisional
replica istana melayu
 

sepanjang bangunan ni ialah muzium.


Tamatlah sudah percutian ringkas menjejak warisan di Melaka. InsyaAllah akan kembali lagi sebab ada banyak lagi yang belum explore.


takziah kepada keluarga penumpang dan crew MH370 setelah disahkan pesawat itu berakhir di south indian ocean. sebenarnya aku rasa setakat ni, takde sesiapa pun tahu apa yang terjadi dekat flight tu melainkan Allah. so, berhentilah buat teori dan andaian yang semakin hari semakin pelik dah.
kawan aku cakap " Malaysia ni Negara kecik yang aman damai dan tak biasa dengan tragedy yang sangat menyayat hati seperti ni" which is so true. aku percaya seluruh Negara merasai kesedihan yang dialami oleh keluarga penumpang dan crew MH370.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka, untuk crew SAR dan untuk Negara. hopefully pencarian ini berakhir  dengan segera.
 
 
 
dzuli