Monday, January 26, 2015

ipoh 2014- El Negra & Gerbang malam


Assalamualaikum..

sambung sikit la pasal trip pergi Ipoh tahun lepas tu..haha
setakat 26 Januari 2015 ni, masih takde pergi mana-mana lagi kecuali balik kampung & KLCC
haa...pergi KLCC pun nak bagitau..(sebab last pergi KLCC tahun 2008, padahal KLCC tu hanyalah 5-6 stesen LRT dari opis aku). Maklumla, akak ni orang desa, bukan boleh pun nak soping dekat KLCC tu.

okey, melalut
Apalah gunanya pergi Ipoh jika tidak ke gerbang malam ye dok?
gerbang malam ni macam uptown la.
Pekan lama Ipoh ni mati sikit bila malam-malam, takdelah banyak aktiviti yang boleh dilakukan kecuali makan, makan,makan

so, untuk menghadamkan makanan, kitaorang pun saja-saja la pergi melawat Gerbang Malam ni.
kawan-kawan aku punya statement dalam kereta " ala, aku taknak beli apa pun, nak tengok-tengok je"
keluar dari gerbang malam, ada yang beli payung, tudung, scarf rambut, wood arts berkeping2, charger handphone, shades.
hah, taknak beli apa-apa la kunun.


ikon ipoh
ni la wood art. ala gambar2 dicetak dekat plywood. unik jugak. boley beli buat souvenir ke, collection ke
sunyi je, kalau nak havoc bolelah pergi jalan Yang Kalsom..heheheee

Lepas tawaf gerbang malam, kami pun nak pergi mengopi dekat El Negra Distro & studio.
Salah satu pioneer cafĂ© hipster la kalau dekat Ipoh ni. Lokasi dia dekat dengan UTC, atas bangunan lama, corner lot.
Masa nak order, boleh pulak coffee dia habis. Terpaksa la order coolers je iaitu air buah-buahan yang funky. Semua taknak makan sebab kenyang. Menu makanan kebanyakkannya berat dan bercirikan western. Dessert pulak macam tak berapa nak hado sebab dah malam. Tinggal ala-ala kadar je, tak selera.


boleh lepak-lepak dan selfi sikit


briefcase
Order dan bayar dekat kaunter
Ada graffiti sebelum masuk ke dalam
interior



Tu jelah aktiviti kitaorang pada hari pertama, lepas minum dan menyembang, balik hotel dan tido. Bertarung jugak nak mandi dalam toilet open roof tengah-tengah malam hehehe..


 
dzuli
 

5 comments:

  1. dulu rajin balik ipoh tapi takde pulak cafe best camni.......huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la MS, around tahun 2013 camtu kot kafe2 hipster mula mendatangi ipoh

      Delete
    2. maaf tumpang lalu walaupun tempat tak sesuai. Bukan nak reply mesej kau org tapi nak letak tempat tinggi aje


      ASSALAMUALAIKUM SEMUA


      UMRAH PERSENDIRIAN APPL TELEGRAM

      Asalnya menggunakan whatsapp (rengkasnya UP) di wujudkan pada awal 05 jun 2014, kini keahlian melebehi 400 org. Disebabkan group UP telah melebihi bilangan 50 yang dapat di tampung melalui satu group whatApp, UP mewujudkan perantara perhubungan "telegram" yg membolehkan lebih ramai ahli UP di add dlm satu group dgn nama yang sama iaitu Umrah Persendirian. Satu group telegram boleh tampung 200 pax. Kini dah ada group 3.

      Apapun yg di gunakan tidaklah di kesahkan salkan matlamat dan tujuan tercapai. tujuan menyampaikan pengalaman individu atau kumpulan dari kalangan ahli yang telah menunaikan umrah cara persendirian ataupun UMRAH DIY kepada bakal jemaah yang bercadang menunai umrah cara ini. Di dalam kumpulan, terdapat beberapa orang yang telahpun menunaikan UMRAH cara UP sebelum group ditubuhkan dan ada ahli group yang menunaikan ibadah umrah selepas UP ini di tubuhkan.


      Perbincangan group hanya memfokoskan pada cara hendak mendapatkan visa umrah bagi bakal jemaah persendirian, penempahan tiket dan hotel, serta cara melaksanakan ibadah umrah dan lain-lain perkara berkaitan umrah. Bagaimana pun berlaku juga muatnaik perkara lain seperti hal haji semasa musim haji ini.


      UP group memang telah membantu memberi penerangan bagi bakal jemaah umrah cara persendirian dari mula sampailah kepada perlaksanaannya.

      Semangat dan keinginan yang bagitu membara di kalangan ahli terhadap UP telah membawa kepada satu perjumpaan tidak formal yang telah berlangsung pada 14 sept 2014 bertempat di Dewan Mesyuarat DBKL bersebelahan Padang Merdeka Kuala Lumpur. Kehadiran dari pelbagai daerah di Malaysia, ada dari Kelantan, Johor bahkan ada yang sanggup terbang dari Sarawak selain dari lembah Klang termasuk Seremban dan Melaka. Kebetulan juga ada tiga orang yang hadir adalah ustaz yang pernah belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan dan tinggal di Jedah menguruskan perniagaan termasuklah menguruskan para jemaah umrah persendirian. Dalam sesi taaruf memang banyak pengalaman dari para hadirin, sebelum ini kurang terdedah kepada pengetahuan umum khasnya rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah.

      Dindalam group UP terdapat juga penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidil Haram iaitu Ustaz Aswadi yg sering memberikankan maklumat semasa di Mekkah dan beberapa pelajar lain di Mekkah. Dua pelajar Universiti Islam Madinah dan beberapa orang petugas Meccametro (ERL ARAFAH-MINA) dimusim haji yg lepas.

      Jika pembaca di sini berhajat menyertai group telegram ters3but dgn syarat seorang berugama Islam dan berumur melebihi 18 tahun, bolehlah menghubungi dgn memberikan no telegramnya ke email, umrahsenang@gmail.com. Tuanpuan juga boleh menghubungi terus ke ID telegram saya @umrahpersendirian bagi yg arig sistem telegram.


      Tiada apa kewangan terlibat oleh itu tiada apa bayaran di kenakan oleh UP.

      Terima kasih semua pembaca dan terimakasih tuan rumah

      Delete
  2. duduk hotel mana?
    sekeping kong heng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambui...idokla mampu...kami stay dekat the roots (rujuk entry lepas) hehe

      Delete