Thursday, January 8, 2015

ipoh 2014 - Gaharu Tea Valley

 
Assalamualaikum

Pray for pantai timur & pray for QZ8501
another sad story in aviation history. Harapnya semua musibah ni berkesudahan baik dan menjadi pengajaran penting untuk semua.

Percutian kami ke Ipoh yang sudah basi disambung semula.
Kami bertolak dari KL pukul 9 a.m, tetiba tersangkut jem dekat bulatan segambut menyebabkan perjalanan kitaorang dari Rawang-Ipoh bermula around pukul 11 a.m

Mula-mula singgah makan dulu dekat Yik Mun, Tanjung Malim. Lepas makan perjalanan diteruskan sehingga ke Ipoh. Takde berenti mana-mana dah.


 

 


Around pukul 1 lebih camtu kami dah nak sampai exit simpang pulai. Tiba-tiba faezah google tempat menarik di Ipoh dan jumpe Gaharu Tea Valley which is hanyalah 17 km dari exit simpang pulai.
disebabkan wakt check in dekat The Roots ialah 3 p.m, so macam banyak masa lagi. Kami pun menyinggah la dekat sini. Masuk ke pekan Gopeng, memang banyak sign board. ikut je sehinggalah sampai ke Gate yang macam tembok Besar China ni.



kat sini ada café, souvenir shop dan beli tiket naik van.

untuk naik ke tempat penanaman gaharu ni kena beli tiket+ van ride yang berharga RM 10/person.
Beli tiket dapat la satu sachet teh gaharu.

Van ni akan bawak pengunjung naik ke atas. Jangan pandai-pandai bawak naik kereta sendiri pulak haha.. memang sangat curam dan jalan kecik je. Van pulak memang sentiasa ada, tayah tunggu-tunggu pun.

work hard,play hard ..peminat ne-yo kewww?
 
Masa kami naik ni, dalam van hanya ada 7 orang termasuk kami, so memang selesa habis la.Pakcik driver ni terangkanla serba sedikit pasal Gaharu Tea Valley ni.  
 
burung walit yang dibela untuk keseimbangan ekosistem dan baja
Gaharu ditanam dengan tersusun dan cantik
 


Sampai dekat puncak, pakcik tu berhentikan kami dekat sebuah bangunan yang 80% siap. Katanya bakal jadi observation ower, café dan lain-lain. Ada drawing 3d yang ala kadar dekat sini. Bolelah nak bergambar.

konsep ala-ala gua
Hoga ni nama company yang uruskan tempat ni kot.
pemandangan dari observation deck

lepas tu ada la pakcik tu bawak pusing-pusing lagi. Stop dekat dalam ladang gaharu. bolelah kalau nak gambar/posing guling-guling celah celah pokok macam shah rukh khan.
Ada jugak dia berhenti dekat satu pokok Gaharu yang dah berusia 100 tahun. Aku tak turun dah sebab panas haha.

Pakcik tu kata ramai jugak orang ambik gambar wedding/pre wedding dekat sini.
Pokok gaharu ni hanya boleh dituai hasil selepas 10 tahun kalau tak salah.

Aku kagum jugak la dengan tempat ni. Selain dari diorang tanam gaharu secara modern, diorang guna gunakan kaedah yang organik. Contonya, diorang collect air dari stream berdekatan untuk pengairan. Lepas tu sebab tempat ni cantik, boleh promote eco tourism pulak. Kaya raya la tokey tempat ni.





Lepas berpanas-panas, balik dekat office tadi, bolelah kalau nak try teh gaharu ataupun beli souvenir. Banyak rupanya produk dari gaharu. selain dari wangian, ada maggi, nougat, teh dan lain-lain.
weolls mesti la tak beli apa-apa..hahaha


sesiapa yang datang Ipoh, bolelah kalau nak try melawat tempat ni. Agak ok dan memberikan pengalaman yang berbeza.




dzuli

7 comments:

  1. dulu kat gopeng tak tahu pula kewujudan tempat nie..teruknya mrs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya baru lagi ni...around 2012 or 2013..kalau tak salah la..

      Delete
  2. Exit Simpang pulai tu nak ke Cameron kan? Ke acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...exit simpang pulai ke Cameron, tapi kalau belok kiri lepas exit tu boleh terus ke gopeng

      Delete
  3. Aku nkpi tmpt ni gk nnti...aritu xdan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..sila mai..tapi kalau datang tengahari mcm kitaorang, memang panas meletit...

      Delete
  4. tekejut bila tahu amatlah mahal gaharu tu!!

    tak jumpa yang ada lukisan2 kat batang pokok tu?!

    ReplyDelete