Thursday, January 1, 2015

throwback 2014


Assalamualaikum

HAPPY NEW YEAR 2015!!!!
semasa aku menaip entry ni, aku berada 52 minit dalam tahun 2015.

untuk aku, tahun 2014 bukanlah tahun yang hebat sangat, tapi syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melaluinya dengan tabah. I survived..haha

untuk negara, banyak berita sedih tahun 2014 seperti MH370, MH17, banjir yang masih lagi melanda negeri pantai timur, isu dekat sabah dan lain-lain, harap rakyat Malaysia lebih tabah dan bersatu dalam menghadapi ujian.


summary 2014

1) Life
masih sama. Masih bekerja di tempat yang sama, Alhamdulillah dah 2 tahun setengah.
masih single..ehem
masih belum kurus haha..aku dah 3-4 bulanjadi ahli gym  tapi kecintaan pada makanan yang tidak berbelah bagi, maka jangan harapla nak kurus kan.
tapi tahun ni aku telah menjadi mak sedara dengan kehadira anak sedara aku yang pertama iaitu Muhammad Khairul Adam atau dipanggil Dadam.
Dadam dah 10 bulan, dah boleh jalan 2-3 lagkah, dah boleh membebel dan dah tumbuh gigi 4 batang.

muka curious dapat belon



2) Travel
Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk melihat tempat orang, walaupun jumlah tak banyak, tapi setiap trip mengajar sesuatu terutama tentang hubungan dengan kawan-kawan dan kehidupan  masyarakat tempatan.
Tahun ni aku sempat pergi Melaka, Singapore, Perlis-Kedah, Melbourne dan Ipoh.
semuanya trip fovourite sebab aku pergi dengan kawan-kawa yang aku sayang. tapi personal favourite mestilah Perlis-Kedah sebab trip ni diinspirasikan dari short film "passport express".
Melbourne? mestilah lagi aku suka sebab it's like a dream come true.
harapnya tahun ni, Allah bagi lagi rezeki dan kesempatan untuk pergi tempat orang dan belajar sesuatu.

Padang Besar, Perlis
Victoria State Library, Melbourne
Kampung Morten, Melaka
Skytree Groove, Singapore
3) Azam 2015

..............................
*krikkrik*


Akhir kata :


14 comments:

  1. *krik krik..nk tolong isikan tmpt kosong tu boleh tak? hehehe

    slmt tahun baru dzu..moga 2015 ne akan terus gemilang dan terbilang hendaknya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..boleh je nak tolong isikan...
      sama dengan zilla, happy new year jugak

      Delete
  2. Happy New Year Dzuli...ehem2..apa azam tahun baru tu..kongsi lah sikit..nak beli rumah ke, nak tukar kereta ke...atau nak KAHWIN hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya belum buat lagi azam 2015..itu yg tinggal tempat kosong tu..haha

      Delete
  3. Dzuli! Happy New Year to you too!

    Dalam banyak banyak trip tue, paling tak suka sekali trip Perlis Kedah tue sebab tak ajak join pun. Keep on travelling!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insyaAllah
      thanks
      apa lagi, 2015 bolelah pergi trip perlis Kedah ala2 henry golding

      Delete
  4. Selamat tahun baru dzuli..oh tetiba rindu dgn kampung halaman nampak gambar padang besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year jugak utk MS,
      saja je letak gambar tu supaya MS teringat kampong halaman..hehe

      Delete
  5. Ensemnya anak sedaraaa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..bolelah booking nk buat menantu..haha

      Delete
  6. Happy 2015!

    Semoga tahun ni dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik oleh Nya. Xpe jadi ahly gym xsemestinya akan kurus tapi ko akan jadi lagi fit. Akan larat memgukur banyak jalan kat tempat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....thanks
      itulah pasal..konon2 join gym nak fit la..
      dah la kuat ponteng, tak diet...haha *hangat2 taik ayam*
      tapi ada la rasa perubahan sikit...

      Delete