Assalamualaikum
Ini ialah entry last untuk edisi Ipoh 2014. InsyaAllah aku telah tanamkan tekad untuk kembali ke Ipoh at least setahun sekali haha.. Maklumla, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh cinta..*teeetttttttt*
Ada satu lagi tarikan yang semakin mainstream pada masa kini iaitu street art. Ala, mural je sebenarnya, tapi ada tema tersendiri. Mula-mula benda ni wujud kat penang, sekarang Ipoh juga mengikut jejak langkah. Bukan calang-calang jugak pelukis mural ni, beberapa mural kat Ipoh ni dengan kerjasana Ipoh Old Town ( yes, that kopitiam) dan DBI membawakan Ernest Zacharevic untuk melukis 7 mural di Ipoh. Beliau juga ada buat beberapa mural yang femes nun di Penang sana.
Berbekalkan sekeping peta, sebatang payung, seorang warga Ipoh sejak tahun 2006/2007 kami pun mela menjelajah mencari street art tersebut.
1) Old Uncle with coffee cup.
Park je kereta depan Padang Ipoh/Ipoh tourist Centre/Old Town cantik dekan Jalan Tun Sambathan.
nak angle yang elok susah la, kereta selalu park depan dia |
Dekat sebelah mural tu biasanya ada directori ni. Snap gambar sebagai rujukan |
2) Paper Plane
Hanya beberapa meter dari old uncle tadi. Yang ni kena dongak ke atas. Nak cari street art ni mata kena bukak besar-besar dan gunakan segala sense..haha
Jalan sikit kedepan, jumpa pulak benda ni, Ipoh Heritage Trail dan Birch Memorial.
Tugu ini dibina sempena memperingat JWW Birch. Di sekeliling tugu ni ada gambar 44 orang pemimpin teragung di dunia.
tu la payung sebagai prop utk selfie, wefie, posing maut dll. |
menara jam tu la tugu nya. |
Ada live band |
Sini la tempatnya, dipanggil sekeping square |
Ada jual macam-macam |
Boleh try ais kepal dekat sini |
ni mural by local people je rasanya. |
Post Box |
Love Lock |
3) Girl (3D)
Jalan-jalan lagi jumpa yang ni pulak. Lokasi dekat Jalan Bandar Timah
4) Kopi 'O' (bungkus ikat tepi)
My personal favorite.
Lokasi dekat Jalan Tun Sambathan (Ipoh, bukan KL)
5) Hummingbird
Jalan Panglima
Jalan-jalan lagi, jumpe la benda-benda lain yang menarik
Pepayungan, payung ean nak enterframe |
Concubine Lane, woot woot |
Ini dilukis sempena restoran kat sebelah ni, 3D uolls. Cheers!!! |
6) Evolution
Lokasi dekat jalan Bijeh Timah
Biasa la, kereta tu orang punya, bukan sebahagian dari elemen 3D
7) Trishaw (3D)
Area jalan Bijeh Timah jugak, dekat lorong-lorong sempit. Rajinla jenguk lorong-lorong yang korang jumpa. Kalau pergi weekend, Nampak orang ramai berkumpul, situlah dia haha.
So, lengkaplah pencarian 7 street art by Ernest Zacharevic.
Ada beberapa lagi by local artis ataupun sapa-sapa ntah, tapi aku tak jumpe sebab terlalu focus dekat 7 ni dan panas gila. Gigih jugak la menapak dekat 2 jam cari benda-benda ni.
Bangunan lama yang cantik) |
ni dekat kafe Chokodok reggae, |
Info-info pasal 7 street art tu ada yang aku amik dari blog ni kenwooi .(thanks) Aku kurang ingat nama jalan dan nama street art tu.
Lepas misi terlaksana, kami pun pulang ke KL dengan hati yang girang.
So, dengan ini tamatlah episode Ipoh 2014.
menarik lah...penah sampai kat penang je lau street art camni..ipoh tak penah smpai lagi..huhu
ReplyDeleteboleh la try pergi, lagi senang nak cari berbanding dekat penang tu hehe
Deleteaku takpi lagi sini ni...yg aku pi dulu mural katne tah mmber aku bawak....wahhh best ni...hehehe
ReplyDeleteaah..apa lagi, silalah terjah beb...jangan lupa bawak patung, panas..
Deletedzu,
ReplyDeletelokasi2 ne mmg dekat antara satu sama lain ke? boleh jalan kaki atau kena ada kereta?
dekat2 jugak..kami jalan kaki je, bawak kereta pun boleh, tapi nanti susah nak parking.
DeleteAku tak tahu pun ada street art segini di Ipoh. Len kali balik kampung mil kena gi cari ni. Mekasih
ReplyDeletenanti carilah, menarik jugak...
Deletesama2 :-)