Friday, February 20, 2015

playing tourist- Petronas twin towers tour



Assalamualaikum...

*tiup-tiup habuk*
Malas nak update blog haha..
Busy sikit sekarang dengan projek masuk bertubi-tubi, projek aku dah hantar dokumen tender bulan 7 tahun lepas pun tak setel-setel lagi. Sakit pulak hati kite. Bila hati kite sakit, semua benda pun jadi malas.

Last 2 weeks, Pakcik aku dekat gombak meninggal dunia. Memanglah ada sakit sikit, tapi aku ingat makin baik. Moga roh beliau dicucuri rahmat.

Oh, cuti panjang CNY, aku hanya mereput dirumah. Tak kuasalah nak redah jem. Klang Valley heaven gila, boleh baring atas jalan. Sudahlah 4 plug point rumah aku rosak pulak, Puas jugak cari wireman. Aku ni ketua rumahtangga, semua pun kena settlekan sendiri. Housemate pulak jarang ada kat rumah. Bertabah jelah...sikit je dugaan tu. InsyaAllah penyelesaian coming soon hehe.

Around last month, kawan aku Farhana cakap nak datang lepak KL (rindu aku lettew), so memanglah takde plan yang menarik. Biasanya kami megeteh dan cafe hunting menambah lemak. Farhana takpe la tambah lemak, aku ni dah terlebih lemak.
Tetiba aku dapat idea, teringat pulak blog abam RAW pasal petronas twin tower tour. Eh, not bad jugak kan. Farhana setuju je. Kalau aku ajak dia pergi pusat kitar semula pun dia setuju jugak agaknya..hehe
Last aku datang KLCC around 2008 kot, hambik ko dah 6 tahun tak pegi sana walaupun KLCC tu boleh nampak dari tingkap opis aku.

Aku rasa KLCC ni kebanggaan rakyat Malaysia ka. Masih ingat lagi dulu dok tengok dia puya construction process dalam NatGeo/Discovery Channel. Each tower dibuat oleh kontraktor dan diuruskan oleh PM yang berbeza. Dalam rancangan tu tunjuk jugak kenapa Dr. M nak bina KLCC supaya Malaysia terkenal di mata dunia dan rekabetuk yang menggambarkan keharmonian Islam.
wah..
*berdiri tegak dan pasang lagu Negaraku*

Pagi-pagi lagi aku ngan farhana park kereta kat TBS dan ambik LRT ke KLCC. Sampai KLCC around 10.00 a.m kot, terus pergi beli tiket dekat concourse level twin tower. Harga tiket with MyKad ialah RM25 sahaja. Without MyKad RM89 (rasain haha). Tapi kalau tukar dollar kan, around 25 dollar, aku rasa mat salleh still rasa murah lagi kot. Tour ni ada time tertentu dan dibahagikan ikut group. aku rasa selang 15 minit. 
Dan...hanya aku dan Farhana je rakyat Malaysia okey dalam group aku tu. Maybe sebab kami datang hari jumaat kot.

Tiket
Sementara tunggu giliran, snap la apa yang patut- replika KLCC

Tour ni termasuk dengan 2 tempat iaitu skybridge dan Skydeck level 86, Sebenarnya aku pernah naik skybridge ni zaman muda-muda dulu under Universiti punya lawatan. Dulu, skybridge ni free je dan dibuka hanya pada hari rabu, skydeck pulak memang tak bukak lagi masa tu. Lepas baca blog RAW baru aku tau dia dah bukak hari-hari.
So, sebab aku dah pernah datang, aku tak heran sangat pun hehe.

Mintak tolong akak korean -tapi- tinggal- dekat- KL untuk ambikkan gambar
dari skybridge nampak simpang ni je. Ada lambang petronas meh?
nampak rakyat malaysia? nan hado

Nampak jugak solar panel dan KLCC Park
Menara Jagung kataye


Selepas tu, kami terus dibawak naik ke skydeck. Kecik je skydeck ni, pusing-pusing 10 menet pun boleh habis

Haaa...inilah harapan Dr.M 
nampak tower 2..(jakun kejap)

gambar tiru macam abam RAW
nampak segala bangunan ikonik kuala lupur



Mencari opis aku diselerakkan bangunan-bangunan

So, berbaloi tak RM 25? bagi aku berbaloi je. Kalau kita sanggup bayar mahal-mahal naik tower-tower dekat negara orang sana. Kenapa tak boleh naik yang dekat Malaysia ni kan. Skip minum dekat kafe hipster/ skip tengok wayang 2 kali dah boleh bayar tiket naik twin tower ni hehe.
View memanglah tak seindah mana (oops) tapi memang memberikan pengalaman berbeza. Gitew

Oh, Tour ni mengambil masa dalam 40 minit macam tu.

Lepas turun, perut pun lapar. Tapi kami nak pergi Galeri Petronas dulu tengok apa-apa yang menarik dekat situ. On the way ke Galeri Petronas, jumpa la pulak kiosk Wafflemeister ni. So, try la sebab teringin. Nak tau sejarah dan review, boleh pergi blog abang Supermeng Malaya.

Harga 2 ni ialah RM 27++. Waffle termahal dalam sejarah hidup

Lepas makan, pergi usha Galeri Petronas, rugi betul masa ni pameran street art dah habis. Masa aku datang ni pameran ape ntah namanya. Lukisan dan hasil seni dari eropah yang menggunakan lemak, minyak,kertas dipotong, kadbod dll. Ada jugak disturbing images (siap ada warning dekat depan)
Pameran arca dari artis tempatan pun ada,
Admission is free macam biasa.





Kasut dari tanah liat


Aku ada jugak beli keychain. Suka pulak kumpul keychain sekarang. Start dengan kawan-kawan bagi, Aku jadikan habit, pergi mana-mana aku akan beli keychain yang lawa sikit untuk diri sendiri.
Keychain tokyo skytree tu kawan bagi dan menjadi inspirasi nak ke jepang

15 comments:

  1. mati2 aku ingt kena byr rm80++ tu, rupanya ada diskaun utk msian ek..hehe

    dulu2 penah naik ms zaman uitm. view mmg tak seberapa..opsss..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mykad RM 25 je..
      kann..view memang so-so je hahaha

      Delete
  2. Aku xpnh naik wei!pnah pi amek gambo kt bawah jer...baca ni terus nak insoffff dan pergi nanti...hohoho thanks for the info beb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..pergi tau...keinsafan muncul lepas pengalaman aku naik eureka bayar RM 60.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. RM25 je? mmg mampu lah kalau nk naik dan rasai sendiri pengalaman tu kan

    ha'a..ada baca di blog SM berkenaan wafflemeister nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..ada free time nanti pergi la...nak lagi syok pegi masa sunset.
      wafflemeister tu mmg best

      Delete
  5. Adoihh terkena jap! Sanggup gi Tower serata dunia, tapi KLCC punya tak gi. Staff pun belum naik ni, aper citer? Hahaha. I was talking to my colleagues semalam, baru ajak derang lepak kat Wafflemeister kalau ada meeting kat Tower, tapi orang tue, sakan je berjalan time cuti CNY! Untunglar tak payah redah jam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu lah kan..ala, masa meeting cabut la kejap pergi tour hehe.
      untung sangat, bangi macam ghost town hehe

      Delete
  6. aku taknah pegi naik petronas twin tour ni oi...rasa teringin gak lepas bace entry ni.
    tapi aku suka pegi Galeri Petronas...suka tengok art ~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la nana...try sekali, not bad la
      ka..galeri petronas tu g chaghe gak

      Delete
  7. Ni aku tertunduk malu. Opis 3 minit dari KLCC tapi tak sedar rupanyanya dah buka setiap hari. Ok lah.. next terjah

    ReplyDelete
  8. opis aku kat tepi twin tower tu je ..

    aku dah naik twin tower itu!
    [ dengan bangganya ..]

    ReplyDelete