Saturday, March 21, 2015

Bali 2015- Edisi Pengenalan

Assalamualaikum
 
Tanggal 11 Maret 2015, Alhamdulillah aku telah berjaya menjejaki Pulau Bali dan kembali ke Malaysia dengan selamat.
Seperti biasa, tiket diperam almost setahun (tiket mur-mur la kan).
 
Sebenarnya memang impian aku dengan Ean nak pergi Bali lepas kitaorang terjah Pulau Perhentian 2 tahun lepas. Tapi faham-fahamla, Bali ni kan top spot, nak dapat tiket mur-mur (aku punya standard murah) memang la susah sikit. Tetiba masa promo air asia around bulan 7 tahun lepas, aku recce jumpa la return tiket RM 270/person. Bolehlah tu kan. Untuk memeriahkan suasana, aku ajak Zu and Zu ajak kawan dia iaitu Mun.
 
Pelan asal ialah 3 hari full sebab flight kul-Dps ialah 7.00 a.m 11 mac. Tetiba air asia reschedule flight to 6.45 p.m. Sebab aku sengal, aku ingat 6.45 a.m, so aku rilex je la. sehingga sebulan sebelum tarikh baru aku perasan PM tu. Nak tukar, memang tak dapat dah, nak extend pulak kena bayar tambahan dalam RM170/person (termasuk segala mak nenek fees) untuk sehari je pulak tu. So, kata sepakat kitaorang carry on je. 2 hari pun ok lah kan. (pujuk hati)
 
Itinerary pulak macam biasa la, diambil dari Zara (thanks babe) dan Supir, dan di advise oleh Agip Roslan.
Supir pulak di suggest oleh Zara dan disokong oleh Agip jugak haha.
Nampak tak sumbangan 2 orang ni? Thanks banyak-banyak.
 
Supir kami ialah Yanto. Ni kira supir muslim yang fames di Bali. Harga berpatutan, service pun ok.
Kalau nak,  boleh email beliau dekat ytobalitour@gmail.com.
 
Hotel kami pulak ialah Ohana Hotel, Jalan Kubu Anyar, Kuta
Harga ialah RM 94/night/room. Booking thru expedia.com
Hotel kecik je, tapi bilik besar,bersih, lengkap semua keperluan. staff yang sangat baik dan peramah, welcome drinks sedap sampai kawan aku ada hati nak mintak lagi segelas hehe.
 
So, ada itin, ada hotel dan ada supir dah boleh start explore Bali.
Bagi aku, Bali sangat best. Mix of culture and nature. Bulding yang cantik-cantik kebanyakkannya mengekalkan ciri-ciri asli Bali Architecture (gate, monument, ukiran batu dll).
 
Industri coffee agriculture pun salah satu keistimewaan di Bali. Pantai takyah cakap la, endless choices. Patut la aku tengok mat salleh bawak motor & surf board macam dekat kampung diorang je.
 Pura (temple) aku rasa setiap 500meter pun ada. Kalau masuk mana-mana kedai pun mesti ada tempat sembahyang diorang which is aku rasa agama Hindu diamalkan dengan kuat disini. Bali juga dipanggil Pulau Dewa.
Makanan Halal pun takde la masalah sangat. Biasanya ada sign Halal depan kedai diorang. Kedai Babi Guling memang banyak, aku pernah tengok pasal Babi Guling ni dalam AFC rancangan Anthony Bourdain dengan Bobby Chin.
Aku rasa kalau betul-betul nak explore Bali ni, 2 minggu pun tak cukup.
 
So, detail akan aku cerita nanti. Siapa-siapa nak pergi bali boleh roger aku, aku nak pergi lagi sekali haha.
 
Kita layan gambar sikit, ambik mood dan #throwback
 
 
 
Silversmith on the way to Ubud
Puseh Batuan Temple
Tegalalang Rice Terrace-Personal Favourite
Lunch dekat mount Batur- sedap !!
Mount Batur
Solat dekat salah satu masjid. Masjid tak banyak dekat sini.
Tanah Lot. Breathtaking betul walaupun ramainya manusia
Tanah Lot lagi
Signboard Hotel, Depan ni ada kedai Babi Guling
Nusa Dua Beach
 
View dari Garuda Wisnu Kencana, Cultural Park baru di Bali.
Padang-padang Beach, Ramai sangat orang.
Uluwatu- Must Visit Place
Kecak dance- aku cadangkan untuk layan benda ni. Menarik!!
1st time overnight kat airport dan Ngurai Rai la airport yang bersejarah itu




dzuli

11 comments:

  1. walaupun Bali orang kata tourist spot...lantakkan sajork
    sejak jejak bali aku pun jatuh suka kat tempat tu..
    atas dasar culture & pantai..
    last time pegi mmg cultural sgt..harap next time dapat jejak pantainya yang lawa-lawa

    psttt ko gi pantai manaaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kan..aku tak kisah pun tempat yang aku nak p tu tourist spot ke, orang kata x best ke, yang penting experience yg kita dapat kat situ.
      Aku p pantai standard2 tourist je Padang-padang, dreamland,pandawa dengan nusa dua. semua so-so je hehehe.

      Delete
  2. huhu..padang2 tu dh ramai org skrg. dulu..sepi semacam jer. anyway...glad u enjoy bali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai agipp..sampai serabut gila, dah la kecik je. Yup, I enjoyed it so much..

      Delete
  3. Serius!antara tempat yg CiK Nun pernah p..Sah2 bali yg buat jatuh Cinta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... cintaku tertinggal di Bali gitu...hehe

      Delete
  4. so, bila aku nak sampai bali ni? ramai dah pegi kata best nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik Malaysia nnti masa untuk ko round bumi asia pulak kot, maklumla bumi Europe dah habis tawaf kann...hehehe

      *ke ko dah taknak balik? ngeeee*

      Delete
  5. suka ayat ni "Siapa-siapa nak pergi bali boleh roger aku, aku nak pergi lagi sekali haha." nampaknya bleh lah JM roger nanti :-)

    ReplyDelete
  6. Mt Batur Bali? ingatkan ada Mt Agung je di Bali...ishh...ada trek utk mendaki tak..rasa dah jatuh hati sama gunung hiksss

    ReplyDelete
  7. 2 hari je di BALI? mmg x puas lah....

    ReplyDelete