Friday, March 20, 2015

playing tourist- Penang, Part II (Penang Street art & Marking Georgetown)

Assalamualaikum

Aku tujukan perenggan diatas buat DJ

Asal usul dzulichan.blogspot
- Zaman aku akil baligh dulu, aku tersangat la suka tulis diary. Memang aku selalu ada diary untuk tulis macam-macam (jijiks betul jika difikirkan kembali). So, around 2009 aku start masuk alam pekerjaan. Sebab 1st serious job semua pun aku rasakan indah dan aku start tulis blog since then. Dulu2 blog aku ilmiah sikit haha, aku cerita pasal site management, segala mak nenek testing yang dibuat dekat site dll. Aku pernah jugak terjebak dengan wordpress dan livejournal tapi aku lebih suka BlogSpot yang mesra pengguna.
Around 2010, aku suka travel/jalan-jalan pulak. so, sampai sekarang aku masih la tulis pengalaman travel yang tak seberapa ni dicampur dengan sedikit royanan dan benda2 menarik yang aku rasa nak share.
Nama Dzulichan tu pulak sebab dulu aku tersangat la suka J-drama, J-pop segala. Bajet2 Jepun, aku bubuhla chan dekat depan nama aku. Itu je pun.
Take a breath and enjoy the view tu pulak tagline yang aku guna. dicilok dari lirik lagu Hoobastank -If I were you

sekian.


Okey, sambungan daripada part 1 haritu.
Sebab memang niat nak cari street art kan, maka kami gagahi jugak merayap. Tanya budak kerja kat camera museum tu sikit campur-campur dengan pengetahuan Kak cik tentang jalan-jalan area Penang, so jumpa la jugak beberapa street art. Kalau yang 3D daripada besi tu dipanggil "Marking Georgetown". Yang tu memang banyak, ada dalam 40 lebih dan scattered around penang. Marking gerogetown lebih menarik sebab ada cerita dan kadang-kadang ada yang bersambung dekat bulding sebelah, atas dll.


Ini dari Ernest Zacharevic- Kung Fu Girl namanya
Sebelah museum camera aku jumpa hostel ni. Cute.
Aku rasa ni pun hostel. Ni moments "kakak, ambik gambar weolls kat sini, macam ni"
ni dekat Lebuh Muntri. Ada cerita disebalik street art ni. Kena la baca untuk tau sejarah.
Tempat Jimmy Choo internship suatu masa dulu
Masuk Coffee & Chocolate Museum Kejap. Coffee Luwak RM 70 satu tin tu. Durian coffee tu tak sedap.
Museum Kesenian Islam Penang kalau tak salah.
ini pun dari Ernest Zacharevic- Uncle and rickshaw (kot, aku tak ingat)
Beca dekat Penang idoklah se glamer beca Melaka
Patah balik Museum camera dan makan kek. Kawan Kak Cik buat kek ni dan hantar dekat Exposure Café dalam
Museum Camera tu. Dijamin halal. Air tu ialah French vanilla latte dalam mug bentuk lense.
street art dekat Victoria Street
Tak ingat dekat mana, tapi dekat2 dengan street art ada buaian tu
Zaman dulu, polis dan bomba ialah orang yang sama.
Ni paling famous, kena beratur jugak kalau nak bergambar, Also by Ernest Zacharev

Lepas tu kami nak pergi Chew Jetty. Penempatan cina sejak mid 19 Centuries. dah jadi Unesco World Heritage site ni. Marilah tengok.

Jambatan Pulau Pinang dari kejauhan.
Salah tempat, yang kat sini hanya rumah orang dan bot-bot untuk tour
Yang betul kat sebelah dia je. kena jumpa signboard ni
Banyak orang jual souvenir
Kedai aiskrim yang cute. Kena beli makanan dulu kalau nak posing atas ni

Sepatutnya ada satu lagi mural dari Ernest Zacharev dekat sini, tapi dah terpadam. Maybe sebab dekat kayu kot, cepat sikit hakisan.


Lepas jalan kat Chew Jetty ni, kami pun beransur pulang. Nak pergi makan dekat Line Clear, beratur sampai 2 marhalah, kami malas dan makan je dekat Nasi Kandar Yasmin apa ntah yang so-so.
Sebab tak puas hati jumpa street art yang sikit, InsyaAllah program ini akan diripit haha..



dzuli

17 comments:

  1. ko refer kat my entry. ada link utk google map yg map kan semua street art nih. hehe. aku berjaya memburu 59 street arts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wau...banyak..nanti aku recce sebelum pergi lagi..hui, lama tak Nampak dlm I.G? mana hilang? thanks ye pasal bali itin tu..

      Delete
  2. IG dah tutup..huhu. ada prob sket. btw..ni dh pegi blum bali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituu...dah..around last week. masih post travel blues ...I jatuh cinta dah dekat bali..hehehe

      Delete
  3. Eh! Nak tumpang promote jugak. Kena refer to my entry, ada link utk google map jugak, hahaha!

    Anyways, street marking idea tu bagus jugak. Boleh belajar sejarah sikit2. Surprisingly tak ada yg nak curi besi2 tu semua, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorang download apps untuk street art tu, tetiba la xleh guna sebab apa ntah hehe...
      kan..I pun terfikir benda yang sama, maklumlah, kadang2 penutup longkang pun kena curik, inikan pulak besi2 di celah lorong

      Delete
  4. Wahai Penang, akan ku jejak ko suatu hari nanti. Asyik dapat fm street art je selama ni. Benci tau diri sendiri belum menjejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..mai2..kalau datang penang jangan lupa roger aku (macamla aku dok penang kan)

      Delete
  5. rare giler mug bentuk lense tu...aku lom sampai lagi sini tatau bila nak sampai nak singgah time balik kg macam dah takde harapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tau MS, kawan aku pernah bagi mug lense tu masa birthday aku 2-3 tahun lepas sebab tu aku tak terkejut sgt bila jumpa hehe...agaknya ko kena apply cuti sehari dua utk jalan2 penang, kalau menyinggah mmg payah sikit kan...

      Delete
  6. seksilah bangku motor tu...menarik dan strikking

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..sebab tu awal2 dia bubuh sign jangan duduk kalau tak beli makanan hehe

      Delete
  7. kalau byk street art tu agak susah lah nak cari...beratur line clear panjang 2 marhalah..mmg SEDAP lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang JM, tambah pulak buta map belaka haha...adik saya ckp mmg line clear tu sedap

      Delete
  8. Hahaha wei bab tulis diari tu sama mcm aku.siap dolu2 ada yg jnis ada kunci lg kan.kahkahkah...pastu dulu aku ada buku aku tulis cerpen dan sajak...hahaha gler aku pun minat mnulis weh...hehehe

    Eh mesti ko minat citer bola tampar tu kn?apetah tajuk dia...miraie kot eh..ke attack apetah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh..tidak, cerita bola tampar tu sangat purba,zaman aku sekolah rendah kot haha..
      masa wujudnya dzulichan aku suka tengok boys over flower (japan), gokusen dll..gitulah..

      samala kitaaa...buku cerpen ada, sajak takde hehehe

      Delete
  9. berpeluh ketiak mencari street art ni kan..!
    tapi berbaloi

    ReplyDelete