Monday, March 16, 2015

playing tourist- Penang

Assalamualaikum

ini cerita zaman tok kaduk, masa cuti hari wilayah dan thaipusam haritu.
Aku balik ke kampong seperti biasa (rutin bulanan). Kali ni drive la sebab balik dengan adik beradik yang lain. Sebab cuti panjang, aku, najah and kakcik pun plan nak explore street art kat Penang.
Kak cik memang warga penang, kampong aku pulak hanyalah 1 jam dari penang. Tapi, jarang la aku nak explore. Nasi Kandar Line Clear pun aku tak pernah rasa tau.

Pagi-pagi lagi dah keluar rumah sebab nak breakfast kat sana. Kak cik bawak kitaorang pergi Roti Canai Jalan Argyll. Lokasi dia dekat Jalan Argyll.
Sangat sedap. Kitaorang order roti telur daging dengan teh tarik. Aku cadangkan tempat ni la
Gambar roti canai takde pulak. Gunakanlah imaginasi sendiri


 
 
Lepas makan, kitaorang pun parking kereta untuk cari street art. Bawak map siap ni, tapii..semua tak reti baca map. Main hentam je jalan. Tiba-tiba jumpa Camera Museum ni. Try la masuk. Entrance fee RM 20 !!! bagi aku agak overprice sebab museum ni kecik je. Tapi maybe sebab private yang run, maka memang la mahal sikit kot.
 
Entrance Belakang
Cartoon Camera


Yang best, ada orang akan ikut kita, explain tentang asal-usul camera ni semua. Siap cerita cara guna, tahun berapa dikeluarkan dll. Ok la kan, takyah nak baca hehe.

Koleksi kamera Tunku Abd Rahman
First digital camera tahun 1975. Tapi seingat aku, kat Malaysia ni around hujung 90's baru digital camera masuk.
yang ni best. Khusyuk melayan
Camera yang digunakan untuk spying.
Machine gun-camera. WTH?
Dark room untk proses photo. Ingat tak movie shutter?
Masuk dalam bilik ni, umpama kita berada dalam camera

aku berkenan gambar ni. RM 300 rasanya.

Ni masuk dalam map Penang Street art

macam biasa, aku la official photographer diorang. gambar aku memang la sipi-sipi je
artis-artis/orang kenamaan yang pernah datang sini



So, bagi aku berbaloi jugak la RM 20 tu. Syok jugak. Cantik dan picturesque museum ni. Kalau datang ke Penang, bolehla pergi terjah.

Street art akan bersambung di lain hari/minggu/bulan..:-P


dzuli

13 comments:

  1. Aduh..malunya..Cik Nun kerja area situ pun tak penah masuk muzium camera tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh...cik nun orang penang ka..hehe, apa lagi try la masuk. menyamar student dapat tiket RM 10 je

      Delete
  2. dua-dua tempat ni belum sampai lagi..ntah bila lah lai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai JM...Cik Nun bawa jjalan..hehe

      Delete
    2. JM, mai penang, kitaorang bawak jalan2

      Delete
  3. Ala aritu xdan naik atas...mnarik btol...next time klo ke penang kna terjah lg ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas tu lagi menarik sebab banyak benda2 rare.. lain kali terjah ek

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. nasib waktu saya p masih free lagi, dzu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...dulu free ke museum ni..ciskek betul naik harga smpai RM 20 haha..

      Delete
  6. menarik! penang pun dah lama tak pi.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang dekat dgn penang ni pun selalu smpai airport je hehe..maklumla kalau cuti berkembar ke cuti sekolah ke tu memang hazab nak berjalan kat penang. Kalau balik weekend, x sempat pulak nak jalan.

      Delete
  7. siapaaa lah yang cipta phrase ' tok kaduk' tu kan!?/
    i wonder apa asal usulnya

    ReplyDelete