Wednesday, April 1, 2015

Bali 2015- part I (Arrival & Ubud)

 
Assalamualaikum
salam 1GST hehe.
sebagai rakyat marhaen kelas bawahan (kelas pertengahan yang ada rumah 2 juta dengan kereta merc kan?) opkoss la aku tak berapa nak setuju dengan perlaksanaan GST ni. Sepatutnya barang samada lebih murah/sama harga, ni dijadikan alasan pulak untuk menaikkan harga. Takpelah, pelan2 kayuh, aku berharap semua pihak akan memberikan kerjasama dan hasilnya Negara akan menjadi lebih baik. Kesianla kat orang-orang susah di luar sana nun, GST ni takde pengecualian, gaji ko sebulan RM 200 pun kena jugak.
*turun pentas*

Kita mulakan episode pertama Bali 2015 ni.
Oleh sebab flight kami petang, pagi tu la baru aku tergopoh gapah mengemas barang, scan passport, tulis alamat hotel (in case) dan kemas rumah sikit-sikit. 2 hari sebelum tu rumah aku dilanda musibah yakni elektrik rosak, aku tido hotel kot 2 malam sampai la seorang pakcik Kumar datang troubleshoot dan rumah pun kembali pulih. Alhamdulillah.

Around 2.30 aku dah sampai airport, awal gila sebab adik aku @ supir aku ada meeting pukul 2.30, merempit jugak la hantar aku pergi putrajaya sentral. Around 3.30 p.m Ean pun sampai, kami makan dulu dekat Texas Chicken dan pukul 4.00 macamtu Mun dan Zu pun sampai.
Sesi pengagihan tugas ceti pun bermula. Kitaorang collect siap-siap duit supir dan duit makan. nanti senang sikit.


Pukul 4.30, masuk departure hall, solat Asar apasemua dan around 5.30 kami dah dibenarkan untuk board dlm flight. Flight agak kosong, so bolelah conquer 2 seat sorang hehe.

four of us

Masa dalam flight, ada announcement yang arrival card tak diedarkan, so kitaorang rilex jelah sebab ingat mesti ada dekat airport nanti.

Around 9.30 cmtu flight pun selamat mendarat di ngurah rai airport. Ngurah Rai ni cantik dan besar. Masa nak isi arrival card, tengok takde arrival card dekat tempat yang disediakan, Tanya la kaunter visa ke apantah, diorang suh beratur ke kat immigresen, aku ngan lain-lain yang takde card tu beratur jelah sekali smpai dekat turn orang depan kami, immi tu cakap kena isi card dulu then kitaorang cakap la card takde. Tak lama lepas tu baru la terhegeh2 datang bagi card siap cakap "itulah, kenapa naik air asia, lain kali naik Garuda." motip sangat.Nasib baik ganteng, kurang la sikit rasa nak marah.



gedebuk gedebak dalam sejam jugak nak settlekan clearance imigresen. Staff dia agak baik dan peramah la. Around 10.30 cam tu baru keluar dan Nampak la seorang cowok memegang card nama aku. Driver kitaorang zainal namanya, muda jugak la. Terus mintak dia hantar kitaorang sampai Hotel. On the way to hotel tu tanya2 la jugak Zainal ni dekat mana restoran makanan halal sebab semua dah lapar kan. Nasib baik la depan hotel tu ada Restoran Nasi Pedas Ibu Andika yang famous tu. Boleh jalan kaki je dari hotel. Sebab masa tu dah pukul 11 lebih, kami letak beg dan terus pergi makan.
Bagi aku yang tak berapa suka makanan pedas ni, aku rasa so-so je. Bolelah mengisi kekosongan perut. Ripit tidak sekali-kali

nasi pedas, lauk macam ni IDR 22K

Balik makan nasi pedas, Nampak gerai jual martabak manis. Oleh kerana ni must try item maka kami pun dengan tamak beli 2 jenis iaitu martabak keju+pisang+cheese dan martabak kacang+coklat kot.
Ya Ampun sedapnyaa...tapi..tak habis dalam sekeping dua sebab banyak sangat. Ni bukan martabak manis Indoloro yang famous tu, ni gerai biasa je. Pakciknya peramah banget, puas menyembang sementara nak tunggu masak. Harganya dalam IDR 25K untuk pisang cheese tu dan 15k/20K untuk kacang.

martabak manis terang Bulan

Dah kenyang, kami pun mandi, iron baju dan tido sebab esok akan bermula awal.


.................

Bangun pagi, around 6 a.m macamtu sebab subuhnya awal, nanti subuh gajah pulak. Siap-siap dan turun bawah untuk breakfast. Breakfast kitaorang bayar asing sebab masa nak book hotel takut la jugak breakfast sini non halal. Lepas tanya budak hotel tu, breakfast sini halal so kami bayar la dalam IDR 30k/person.

8.30 pagi, zainal pun sampai. Terus kami pergi ke Ubud. Aku rasa itinerary aku standard je untuk sesiapa yang first time ke Bali dan gunakan pakej tours/supir.


Pemandangan sepanjang ke Ubud. Cantik jugak binaanya

Mula-mula kami dibawa ke Kilang Batik
ok, biasa-biasa je...jom cargas
Batik dekat sini lawa, tapi agak mahal la




Kemudian ke Silversmith
kedai dia lawa, bergambar je lah mampu
nak beli tak mampu
jom cargas..






 

dan, ke Puseh Batuan Temple
ha..ni menarik sikit. Etrance fee ialah gree tapi kena bagi sumbangan seikhlasnya.
Nak masuk, macam biasalah, kena pakai kain yang disediakan. Kain dia labuh sikit.
Ada adab-adab tau untuk masuk ke kuil macam jangan bising, jangan pakai pakaian menjolok mata dan wanita period dilarang masuk ( macam masjid pulak).
kebetulan masa kami datang ni, Bali akan menyambut hari nyepi pada 21 March (nasib baik tak dtang time tu). Hari nyepi disambut sempena Tahun Baru Caka. Semua aktiviti tak boleh dijalankan, lampu kena tutup, kedai pun tutup. Kalau langgar undang-undang, polis adat akan saman. 

Ayu betul berkain batik labuh, bersinglet dan ber tshirt.
Ukiran batu yang marveles

ada banyak balai-balai lengkap dengan pentas
gila kemas trim rumput
Makcik-makcik staff temple ni kot


ada satu balai dekat seberang jalan temple ni. Maybe untuk upacara keagamaan kot

Zainal ni takde la turun sekali dengan kitaorang macam tourist guide lain maybe sebab dia supir je kot, so aku tak tau apabenda sejarah tempat ni hehe. Info board pun takde. So, just enjoy the view je lah.

okey, bergerak ke lokasi seterusnya yang sangat breathtaking.


dzuli
 

16 comments:

  1. Kalu SS laa.. Orang tanya SS... Nape naik AA tak naik Garuda... SS akan tanya org tu balik... Belikan tiket garuda boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak tanya, busy memaki hamun hehehe

      Delete
  2. dzu, masa p medan kelmarin pun derang tak edarkan arrival card tu..bila2 tanya, rupanya mmg derang dah tak edarkan arrival card tu..terus derang suruh beratur, cop passport dan lepas..cuma kastam form tu mmg aje yang derang minta isi hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu ok, ni kami beratur, last2 kena kelua balik basrisan untuk isi arrival card tu...tak tau la salah sapa A.A or airport tu

      Delete
    2. tapi pengalaman kat jakarta lain pula..naik lion air..dlm flight dia tak edarkan pun arrival card dia suruh cari kat kaunter..bila cari tak jumpa, bayang pun takde..bila tanya pegawai imi, dia suruh minta dekat petugas lion..cari petugas lion, bayang punn takde..minta di kaunter garuda dia minta boarding pass, tapi bila tgk lion air dia terus kata tak boleh..lepas kami mengamuk beramai2 barulah pegawai imi bergegas cari arrival card..sungguh tak faham dgn procedure derang ne...

      puseh batuan tu tmpt shooting film saus kacang ke, dzu? sekali tgk saling tak tumpahlah...emmm...

      Delete
    3. kan..sebab saya baru 2 kali je ke Indo, memang sakit hati jugak la kitaorang kena memusing2 kat situ, staf immi ramai kemain lepas tu macam salahkan kitaorang pulak takde arrival card..huh

      err..saya tak pernah tengok pun filem tu hehe

      Delete
  3. Glad to hear that you love that terang bulan. Sedap jugak la kan? Pergi mana lagik? Lagik plsss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nnti jap, ambik mood dulu nak update. I suka martabak tu, kalau nipis sikit mesti lagi sedap

      Delete
  4. i pi jakarta dulu naik AA dpt je arrival card

    ReplyDelete
  5. belum pernah sampai bali..dah berkurun nak pegi asyik tak pegi-pegi lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu i tgk malindo ada promo price RM160++ return utk travel time next year. apa lagi MS, rembat le hehehe..

      Delete
  6. Hoho.. berdebar baca. Aku cinta Bali. Tua esok2 nak pindah sana leh tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..aku pun jatuh cinta dekat bali..boley je pindah sana, buat la bises guesthouse ke/resto ke hehehe

      Delete
  7. masa ke Acheh , April
    pun tak payah isi kad putih tu..
    tapi ada jugak di epot.
    kidnap sekeping dua untuk masa depan..

    aku agak marah jugak lah kalau orang kutuk AA ni..
    kalau tak ada AA , aku masih di bawah tempurung..
    aku kan marhaen..
    marhaen marhaen pun kena gst jugak..

    * bagi balik mikrofon.. turun pentas *

    ReplyDelete
  8. baru2 ni nak ke Lombok kami fly ke Bali dulu...naik AA...dapat je Arrival Card tu...geram je dgr bila bapak tu cakap kenapa x naik Garuda...maybe time Dzuli pegi tu AA x sediakan Arrival Card tu..

    ReplyDelete