Tuesday, April 7, 2015

Bali 2015, Part II ( Tegalalang Rice terrace & Mount Batur)


Assalamualaikum

Bersambung balik untuk aktiviti hari pertama di Bali ni. Lepas Puseh Batuan temple tu, kami terus ke Tegalalang Rice Terrace ni. Walaupun hati aku lebih kuat nak ke Jatiluwih, tapi mengenangkan masa yang sangat suntuk, aku terima je lah tempat ni dan aku puas hati.
Tegalalang ni tak la besar mana, tapi mengenangkan ni 1st time aku tengok rice terrace dan aku sangat terkesima. Memang cantik.

Mula-mula kitaorang jalan-jalan je dan just layan view dari lookpoint yang ada, tetiba Nampak ada orang dok jalan-jalan hujung sana. Kitaorang fikir mesti ada cara nak naik atas tu.
Usha-usha, tiba-tiba ada sorang pakcik datang offer untuk bawak kami naik atas. Bayaran seikhlasnya dia kata. So, kami pun rasa oklah kan. why not.
Ni satu pendapat peribadi aku la kan, aku rasa mmg common kalau kat Indo ni ada orang offer service macam ni, bawak kita tour with some payment. Aku rasa ok je, niat kan sedekah, InsyaAllah dapat pahala. bukan ratus-ratus pun nak kena bagi.

Jalan dia agak licin la sebab hujan. so aku yang tak berapa fit dan adventurous ni memang struggle sikit la haha. Ean dengan Zu tu tayah cakap la, diorang tu dah pernah naik Kinabalu sampai puncak, setakat tempat-tempat macam ni memang celah gigi diorang je. Tapi aku berjayaa!!! (tanpa sebarang accident)
 oh, nak naik tegalalang ni kena bayar IDR 5000 untuk 2 checkpoint. Tujuan maintenance jambatan dengan tangga kot. IDR 10k tu bukan per person, tapi per group.

sini view dari parking area


turun sikit
Pakcik baju biru tu la tour guide tak rasmi.
sikit lagi nak sampai puncak
Puncak tegalalang Berjaya ditawan!!!!
 
ni gambar sebelum naik sebenarnya. jangan naik ramai-ramai jambatan tu. buluh je
memaksa pakcik tu ambik gambar kami dalam pelbagai posing.

Masa nak balik tu, kami terserempak dengan sekumpulan orang Malaysia. Very budak-budak kolej la kan dengan dressing mereka dan in group lebih kurang 10-15 orang. Diorang tegur-tegur la jugak. Tapi sebab semua focus nak menuruni bukit yang licin, tak sempatla nak beramah tamah.

Nak naik atas, kami lalu jalan lain, tangga-tangganya ya ampun..45 degrees dengan 450k anak tangga (exaggerate). Siap ada stop point lagi. Kami siap berhenti and minum air mineral yang ada dijual. Offer dekat pacik tu, dia taknak air. Dia kata sehari 10 kali dia naik turun tempat ni, hah!!
Memang terhangap-hangap nak sampai atas termasuk dengan pendaki-penadaki kinabalu tu.
Tapi seriously, kepuasannya ialah berganda. Kalau taknak naik atas, memang stop kat sini around 10-15 minit dah cukup.  

konon nak ambik gambar tangga, tangga nampak sikit je.

lepas bermandi peluh, kami taksabar sabar nak masuk kereta layan air cond. Dah masuk kereta, semua senyap. Letih haha.

Kami dibawa pula ke mount Batur. Ni ialah gunung berapi aktif. Viewnya awesome. tapi utuk menddapatkan view awesome tu kena la makan dekat restaurant-restaurant yang ada. Pasrah jelah, dah la lapar. Nak masuk kat atas ni kena bayar IDR 4000/person dan dia bagi wristband sebagai tanda kita dah bayar. Turun je kereta, kami dikerumuni peniaga-peniaga jual t-shirt bagai. Normal la kalau dekat kawasan tourist kan.

Supir aku bawak ke satu restoren (tak ingat nama). Kat sini ada buffet lunch harga dalam IDR 120K/person. Mula-mula taknak buffet, tengok makanan ala carte dia pun takdelah murah mana. last-last kami ambik jelah buffet tu. Seriously buffet dia tak mengecewakan. sangat sedap.
tambah-tambah ada satay lilit dan goreng pisang yang sangat sedap. Kami dok hangkut 2 benda tu je 2-3 round.

menikmati lunch dengan view macam ni, perghh


Lunch kami. satay tu sedapp. Air tak termasuk dalam harga buffet. Tapi ada free coffee and tea.
lauk pauk yang ada. Nasi je ada 3 jenis.
Round pertama. Malu-malu je ambik makanan haha
Kalau dapat port ni lagi best, tapi kami 4 orang nanti susah nak menyembang



Masa kami lunch ni, supir tak ikut makan sekali. Dia just drop je. Aku ingat dia pergi park kereta je lepas tu datang balik. Tapi takde, dia cakap dia dah makan.
Masa ni cuaca dah mula nak hujan..


bersambung



dzuli

12 comments:

  1. Waahh untung laa berganba di batas batas sawah kakak oii...

    time aku..kejap je kat sini sebab panas gilers. lagipun membawak budak. kene tone down skit adventurissmmm.

    a'ah mkn ala carte rega dia lebih kurang je dgn buffet dan memang seedaaap. view mantops. ah i laf bali.

    ReplyDelete
  2. Waahh untung laa berganba di batas batas sawah kakak oii...

    time aku..kejap je kat sini sebab panas gilers. lagipun membawak budak. kene tone down skit adventurissmmm.

    a'ah mkn ala carte rega dia lebih kurang je dgn buffet dan memang seedaaap. view mantops. ah i laf bali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ni dah travel dgn pendaki kinabalu kan...lagipun masa tu fikir macam saying je kalau tak naik atas sebab alang2 dah sampai.. betul la..cintaku tertinggal di Bali gitu

      Delete
  3. Aku ritu tgk padi tu dr atas tepi Jln je.xde plk nmpk leh turun Masa tu...hehuuu tp mmg xgigih la aku nk turun naik kan..hahaha tp seriously mmg cntikkan...

    ReplyDelete
  4. Aku ritu tgk padi tu dr atas tepi Jln je.xde plk nmpk leh turun Masa tu...hehuuu tp mmg xgigih la aku nk turun naik kan..hahaha tp seriously mmg cntikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik...masa sampai je, kami 4 orang ala2 speechless gitu. Tapi kalau sapa yang dah pernah sampai Sapa Vietnam, view ni celah gigi kot hehehe

      Delete
  5. That is exactly the route yang kitaorang guna masa di Tegalalang. Maksud I, tangga tue la yang we all turun dan naik semula. Kami explore sendiri je dgn supir kami, Agung. Btw, tak tau plak kena bayar, kitaorang tak bayar pun masa tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suruh bayar pakcik guide tu, pasrah ajelah haha..I tengok mat-mat salleh hentam sendiri je naik

      Delete
  6. Aku gi haritu xtau pun boleh explore area sawah tu semua. Akibat pegi tanpa study bersungguh. Masa tu xgigih lagi. Tapi lawa gila ah view walau dari atas, apalagi kalau dah turun tu. Hmm part nak memanjat tangga tu kenalah pejam mata je. The price we have to pay for such breathtaking view katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tangga tu dasat sebab menegak betul. 2-3 kali jugak la pit stop. nasib xde orang, kalau tak malu jugak hehe

      Delete
  7. kalau dah view macam tu..
    tak yah sembang-sembang..
    lupakan je mereka.
    pandang je gunung dan lembah tu.

    ReplyDelete
  8. bapa harga supir dari airport ke ubud?
    pakej ubud-kintamani/mt batur bapa idr?
    sy nak survey2 harga skg..harap leh reply
    shafix1311@gmail.com

    ReplyDelete