Thursday, May 14, 2015

Bali 2015- part IV (Nusa Dua, Pandawa Beach & GWK)


Assalamualaikum

marilah menyambung cerita basi ni. Seriously aku malas bebenor semenjak-dua menjak ni.
hari terakhir di Bali kami isikan dengan beach hopping. ni pandangan aku la, beach hopping ialah aktiviti yang so-so, kalau aku tau, baik aku p Bedugul lagi baik. Tapi sebab aku tak tau, just take a breath and enjoy the view je lah.

mula-mula supir bawak pergi Nusa Dua Beach, sini tempat yang banyak resort-resort mewah dan ada waterbom. Malangnya, kami lupa pasal waterbom tu, dah balik baru tau. cit!


Batu bersurat
ntahla dewa apa ni
Kitab hindu saiz mega, tapi rosak pulak. Ni ada kat bawah patung tadi
Macam biasa, gate kat Bali
ni pantainya, berbatu-batu dan pasir kuning

 

bebek bengil- cuisine terkenal di Bali, tapi weolls tak try sebab kebanyakkan non Halal



Lepas Nusa dua, kami dibawa ke Pandawa Beach. Yang ni macam biasa je, cuma dikelilingi batuan yang ada diorang korek dan letak patung dewa-dewa dalam tu. Pantai ni banyak kedai jualan, boleh mandi-manda dan pasirnya lebih putih




Sempat beli selipar sorang satu. IDR 20k je

Lepastu, supir Tanya "nak tak pergi GWK?" kitaorang pun setuju je tanpa mengetahui GWK tu mende haha.
Rupan-rupanya GWK short form for Garuda Wisnu Kencana. Cultural Park dan menjadi tarikan terbaru di bali ni. nama GWK tu pun berdasarkan satu mitos hindu tentang dewa naik garuda or something. Ada board kisah tu dalam park ni. Entrance fee IDR 100k.
Agak mahal sebenarnya, tempat ni pun separa siap, banyak yang masih ditutup/tak boleh masuk.
Ngam-ngam masuk, time untuk persembahan kebudayaan, rembat jelah. dan barong dance pun ada, memandangkan kami tak pergi barong dance masa ke Ubud, kitaorang pun tak melepaskan peluang untuk tengok (padahal aku bukan peminat seni sangat pun)
Ada 4-5 tarian untuk satu sessi. Tak sampai sejam pun kalau tak salah.

Tarian Bunga Jepun
tarian monyet yang lawak
tarian tentang pendekar diorang katanya
Barong dance. Barong ialah singa


Lepas tu kami jalan-jalan la sikit dalam ni. Sini juga menjadi tempat artis-artis buat konsert. Pernah ada Dewa, Kotak dll yang aku tak kenal. Masa kitaorang dating ni pun tengah setting up untuk satu concert. Entrance free, just bawak gambar selfie je. Mampu?


Patung dewa wisnu-dewa keamanan katanya



kolam air suci
ada lookout point dengan view yang sangat breathtaking



Patung garuda-tak boleh masuk lagi kat tempat ni
keadaan sekeliling

So, kalau ada duit lebih, masuk je GWK ni agak menarik sebab tema dia ialah kisah dewa-dewa hindu. Lepas tu kami terus keluar adan ajak supir singgah makan. sebab semalam dah makan besar, hari ni makan Nasik padang je hehe.

Jumpa tengah jalan, bantai la..


bersambung

dzuli

11 comments:

  1. Pesal cam sunyi sepi je pantai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai usa dua tu sebab pagi lagi, pandai pandawa tu ramai orang jugak, tapi kami jalan jauh sikit tempat orang takde

      Delete
  2. gwk tu pun aku masuk tetiba takde dalam plan...hehehe tetiba tekejut nampak patung besar giler tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ingtkan GWK tu benda apa la...cultural park rupanya. aah mmg besar patung tu

      Delete
  3. korang tak mandi dan berkejaran ke kat pantai tu? mcm tak ramai orang mesti best kan bole buat sesuka hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi tak, berkejaran tu ada la jugak hehe..
      ramai jugak sebenarnya, just port yg kitaorang duduk tu nmpk cam sepi sikit

      Delete
  4. Masa di GWK, tak lama pun kitaorang kat sana. Sekejap jek. I rather spend my time at the beach. Sebab tue duk beach hopping tak sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beach hopping by supir tak best sgt..ntahape2 beach dibawaknya.

      Delete
  5. masih tak bercantum-cantum lagi tangan si wisnu tu?!
    dah lima nam tahun gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la..ye ke...ingatkan GWK ni baru lagi

      Delete
  6. Aku gi GWK masa last day kat Bali haritu. Alkisah patun Wisnu tu nak kena sambung ngan patung Garuda kan tapi sampai sekarang x tercantum lagi. Lack of fund xsilap aku. Pengsan gak tu nak mengangkut patung super bagak tu.

    ReplyDelete