Tuesday, June 2, 2015

bali 2015- part finale (dreamland beach, padang-padang beach, uluwatu & kecak dance)

Assalamualaikum

dah smpai pun episode last. aku dah malas ni. kerja hakiki yang macam tiada surut dicampur pulak masalah peribadi lagi (dah mengalahkan orang anak 3 masalah peribadi bagai). tapi writing ni satu theraphy jugak la, lega sikit rasa hati bila teringat memori memori indah gittew..

lepas lunch tu, supir bawak pulak pergi Dreamland Bech. aku bayangkan dreamland ni dreamy la agaknya, tapi hampa belaka
dari parking kena naik shuttle van yang ala-ala nak roboh dengan bayaran around IDR 2000 kot.
sampai je, kena turun tangga dan lalu deretan kedai. tempat ni macam still under construction lagi.
kecik je pantainya, cit..tak best. jom balik





lepas Dreamland, kami berhenti solat kejap dan terus ke Padang-Padang Beach yang sangat famous sebab  menjadi lokasi filem Eat,Pray, Love. yang ni lagi hazab, kena turun tangga, lalu macam gua bagai. sesampainya kami kat beach tu,,,ramai gilaa..pantai dah la kecik je
*cuci-cuci mata dulu*
ambik gambar sikit, dan balik. kat sini ramai surfing. memang tempat mat salleh je la.




 
 
Dan, destinasi terakhir kami yang menjadi highlight of this trip ialah Uluwatu dan Kecak Dance. Memang awal-awal lagi aku dah masukkan kecak dalam itinerary. walaupun aku tau kecak dance ni berunsurkan agama sikit and ambik pendapat kawan-kawan, kitaorang proceed je. tapi bawak-bawak la beringat jugak. jangan terlebih excited sangat hehe.
 
untuk kecak dance kena tambah around IDR 100k seorang. Tiket masuk uluwatu aku tak ingat la pulak. Ke takde entrance fee ntah.
 
boleh pilih nak kain labuh purple or kain kuning ikat kat pinggang macam belt
kat sini dah teruja sikit
teruja lagi..lawa ah
teruja kuasa lima
teruja sampai menyanyi lagu Ella
tempat kecak dance
dapat satu kertas penerangan cerita
sunset malu-malu
 
 
Dekat pukul 6 lebih barulah kecak dance bermula. basically kecak dance ni ialah penceritaan tentang kisah Ramayana, demi sita semua tu dalam bentuk tarian. kecak tu macam background music le. menarik jugak sebanarnya. highlight dia opkoss la ada dewa monyet berdiri atas api bagai. aku rasa benda ni around sejam lebih kot.
 
 
abang,pakcik,adik topless. tak sexy okey
dah cukup korum
dewi sita, Ramayana dan assistant dia beraksi
dewa monyet kena bakar

lepas habis, kami pun kembali ke Kuta. Malam last ni kita dinner biasa-biasa je yakni Ayam Bakar Wong Solo. Dijamin halal toyyiban. wong solo sini sedap sikit dari Malaysia. kitaorang ada order tomyam jugak sebab nak kuah sikit kan. tomyam Indonesia, jangan harap la nak lawan Jemari hehe.





Lepas makan, kami mintak supir bawak pergi Krisna iaitu pusat ole-ole terkenal di Bali. kami pergi yang dekat dengan airport. Bukak 24 jam. Hah, soping la sampai lebam. Tapi, faham faham la last minute shopping, badan pun dah letih. round punya round, total damage aku around IDR 200k++ je. t shirt tak lawa sangat (nasib baik sempat beli dekat GWK), FM pun so-so, key chain lagi la...cuma aku sambar beberapa kotak kacang disko (atas saranan zara) untuk opis dan family, beli baju untuk dadam dan coffee bali. Kat sini boleh kotakkan barang tuaian dengan harga IDR 7000




Lepas shopping, kami mintak supir hantar terus ke airport. Masa tu dah dekat pukul 12.00 a.m dah. bayar supir semua, dan terus masuk ke dalam. Ni kira 1st time la aku overnight kat airport sebab flight kitaorang pukul 6.30 a.m keesokan hari. Nak book hotel macam tak berbaloi je. syukurlah ngurah rai ni memang betul-betul selesa kalau nak overnight. around 3.30 a.m counter check in dah bukak, check in bag dan terus masuk departure hall. masa ni la lelapkan mata sekejap sebab banyak seat hehe.

ngurah rai international airport

 

Lebih kurang 9.30 pagi kami pun sampai kt KLIA 2. breakfast dulu dekat old town sambil buat post mortem trip kali ni. Alhamdulillah, walaupun start agak huru-hara akibat kesengalan diri sendiri, tapi semuanya berjalan lancar.

Kesimpulanya, cintaku tertinggal di Pulau Dewa, skala ingin repeat ialah 7/10.




dzuli

5 comments:

  1. Ramainya kt padang2 beach! 😱
    Nk feeling julia roberts bleh terbantut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai gila...mebi sebab cuaca baik kot...rimas dibuatnya

      Delete
  2. Best jugak cuci mata tengok one piece... He he he...

    ReplyDelete
  3. view di uluwatu mmg ohsem..arghh..ckp mcm lah pernah ke Bali kan?

    tiket nk tgk kecak dance tu 100k? lebih kurang RM30..

    apa nih...cinta ku tertinggal di Pulau Dewa?..nampaknya perlu baca dari awal ep...

    Cinta JM tertinggal di Lombok!!! aduhh..sakitnya tuh di sini

    ReplyDelete