Sunday, June 28, 2015

iftar bersama rakan alam maya


Assalamualaikum
haa...skema tajuk entry.

bermula dengan satu cadangan di blog DJ (duta JJCM bangi-putrajaya-nilai)


lepas tu jadi group wassap pulak.. ada la dalam 10 orang si DJ ni add dalam group tu. beberapa orang tak dapat hadir kerana faktor geografi yakni kedudukan mereka lebih dari 2 marhalah dari key ell. Ada jugak yang tak dapat join sebab komitmen lain,

nama wassap grup :-)

so akhirnyaaa...6 orang iaitu azra,DJ, Mrs smile, JM dan Zilla (termasuk aku) dapat meluangkan masa untuk iftar bersama, ice breaking dan membawa ke sessi gossip mossip mak jemah sampai lampu Alamanda tutup. ni kali kedua aku jumpa azra, kali ketiga jumpa DJ dan kali pertama untuk yang lelain tu.
Oh, lokasi perjumpaan dekat alamanda je sebab lokasi rumah kami semua yang agak dekat dengan putrajaya. Nak pegi IOI city mall macam horror je weekend2 ni kan.

Kitaorang just makan dekat Nando's je. senang, sedap dan affordable gitu. Thanks DJ sebab uruskan tempat ni, beliau la yag order, bayar dulu dan chop tempat bagai.

kualiti gambar yang superb. tenkiu kepada henpon kakamyra @mrs smile nih

aku hambik je dari I.G si DJ ni..
menu makanan, set apa ntah untuk 5-6 orang. sampai tak habis dan aku tapau buat sahur

lepas makan, kami p solat jap. Ya ampun, ramainya umat di surau Alamanda tuh, tapi bagusla kan, maknanya makin ramai yang mengambil berat urusan solat. kami ni sampai tahap amik wudhu' kat toilet la. (macam nak solat kat obersea je)

lepas solat, boleh pulak sambung sessi kat starbucks, mula-mula kitaorang dok jeling je starbucks baru Alamanda, macammana ntah, berdesup kami berenam p starbucks dan sambung lagi. mostly memang pasal pengalaman travel la. maklum la ada tokey korea (azra), tokey tempat rare di indonesia (zilla), tokey blog followers ramai (jm), tokey JJCM (d.j) dan tokey senyum (miss smile).

pungpang pungpang, sampai budak starbucks tu datang dan cakap diorang dah nak tutup hihii..


so, thanks banyak dekat penganjur dan dekat ahli. salah silap harap dimaafkan hehe. seronok jugak la sekali sekala mengeratkan siraturrahim ke dunia nyata gituu.sebelum ni either komen dalam blog atau laman sosial je la kan. 

Yang best, dapat FM jepun dari Azra, thanks. 
Aku pun ada la jugak bagi something ala kadar je from my latest trip, mula-mula ingat nak pos je, tetiba la ada sessi perjumpaan kan, bagi terus le. (ampun la tayang souvenir nak bagi orang hohoo)

souvenir ala kadar untuk mereka.

Harapnya jemaah akan bertambah jika ada lagi gathering cenggini.
thanks uolls.
next: menantikan kuih talam Bibie





dzuli

20 comments:

  1. Hikssss suka dgr dzuli bercerita, pelbagai pengalaman travel kluar...gossip sikit2 membaca jambatan ilmu katanya hihihi. Thank u for FM suka sgt leh tambah koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ni pandai gossip2 je, cerita travel x banyak pun hahaha

      Delete
  2. dzuli wikipedia bergerak okeh...semua cerita dia tau...hahahaha btw memang best semalam...happening!next time insyaAllah leh lepak lagi...makan megi ketam plak...hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, suka baca beautiful nara kannnn...insyaAllah, aku x pernah try lagi meggi ketam tu sbnrnya

      Delete
  3. dzuli ko punye memory capacity mmg besar wehh .. blog entry dari zaman dolu2 semua ko bleh ingat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...gossip2 ingat pulak, cuba kerja kat opis tu, jumaat bos bagi, isnin aku lupa dah

      Delete
  4. paling epik... Starbuck TUTUP! he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..mula2 rasa mcm awal lagi..pungpang pungpang, alamanda pun dah gelap, nasib baik escalator tak shut down lagi

      Delete
  5. Korang memang pakat reramai ke nak menalamkan aku. Eh ko minta talam je aritu kan. Tu senang, aku boleh beli before jumpa korang je. Jeles weii! Mana # ko x guna hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah alang2 ak bagi talam tu, bagi la yang jenama corelle ek..haha...
      tula, aku ingat # tu tak serius hehehe

      Delete
  6. dengan ini secara rasminya aku melantik ko sebagai duta wikipedia blog bergerak :p
    weh lepas ni jom negteh lagi sambil makan megi ketam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum2, dekat jugak tu...biar selang lama sikit untuk kumpul mamklumat hahaha

      Delete
    2. next time kalau buat lagi jgn lupa roger ekkk hehehe..apa pun, hepi dapat jumpa korang semua...baru 6 org tapi kecohnya mcm 60 orang hahaha!

      Delete
    3. insyaAllah, mesti ajak punya
      tu pasal, masa kat nando's tu pun dah perasan, bisingnya kitaa...kt starbucks tu behave sikit kot

      Delete
  7. Waah! Mcm best je nih! Anyways, duta wikipedia blog bergerak? Urm... urm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ala bila sembang2 terbukak la cerita circa 2011-2012 ketika travel blog sangatla hangat dan glamer, sebab i banyak recall, tu diorg panggil wikipedia blog. hampeh!!
      sorry abam, nak ajak you, acara ni girls talk gituu....:-)

      Delete
  8. Wikipedia bergerak? Hahahah. Epic ok! Lagi epic bile sembang sambil nak tutup starbucks tue. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan percaya bab Wikipedia bergerak tu,,,
      tulah, dah la tengah klimaks story, starbuck nak tutup pulak

      Delete
  9. Wah makan bersama diva diva DJ dan JM tu. Seronok , eh duaronok. Nasib baik starbucks tutup, kalau tak sampai ke pagi ada di situ tak balik kerana asyik berborak huhu

    ReplyDelete
  10. bayangkan klu akak ada masa tu...errr...err...
    i reserve my comment
    hahaha

    ReplyDelete