Tuesday, June 9, 2015

Padang & Bukittinggi, Indonesia - pengenalan

Assalamualaikum

takziah kepada pendaki2 kinabalu yang terkorban dalam gempa bumi Jumaat lepas #staystrongsabah.
macam tak percaya je Negara kita yang di luar lingkaran api pasifik ni kena gempa bumi 5.2 skala ritcher. Harap Allah lindungi semua dari bahaya.

Alhamdulillah dari 23 May-27 May yang lalu aku telah selamat pergi dan pulang dari Padang dan Bukittinggi Inndonesia. Mainstream bukan?
Sebenarnya padang bukittinggi ni memang lokasi tak asing la untuk warganegara Malaysia. The origin of kaum minang kan. Kaum minang pulak ramai orang negeri Sembilan. Lagi satu bukittinggi pulak terkenal dengan destinasi untuk shopping kain-kain sulam, telekung dll. Betapa ramainya orang Malaysia suka datang sini sampai urusniaga boleh buat dalam RM la.

aku pulak sebenarnya teringin nak pergi lepas ada sorang kawan aku upload gambar dalam FB, macam lawa pulak. Lepas tu dapat tiket RM 160 return. Layan je lah.

Kitaorang tak menggunakan sebarang pakej. Biasanya orang lain mendarat di Minangkabau airport dan terus ke Bukittinggi, tapi kami lepak sehari dekat Padang, bukittinggi 2 hari dan last day balik semula ke Padang sebelum balik KL. Hotel pun semua book sendiri. Biasanya supir/tour agent akan masukkan hotel dalam pakej diorang. Pakai supir ni kena la pasrah sikit, tempat2 makan yang diorang bawak memang specific, wisata pun lebih kurang je (tapi yang ni o.k), lagi satu asyik bawak tempat shopping. adoi!! So, awal2 aku dah bagitau supir aku taknak shopping sangat.

Hotel yang kami pilih ialah :
1) 1st day- HW hotel, Padang (RM 123/night)
yang ni best!! Highly recommended

2) 2nd and 3rd day -Prima Dini Hotel, Bukittinggi (RM 110/night)
so-so. stay at your own risk hehe. Harga hanya murah RM 13 dari HW hotel, tapi standardnya amatlah berbeza. Ini hotel bajet tau. Maybe masa aku datang ni kira peak season kot.

3) Ibis Padang (RM 108/night)
Best!!. tapi jauh sikit dari sebarang attraction. Sesuai la nak jadikan transit sebelum balik KL.


Perbelanjaan pulak lebih kurang RM 1k la untuk hotel, makan, shopping, attraction ticket, kripik berlado, dll. Check balik, banyak jugak hasil tuian weolls kat pasar atas tu hehe. Baju raya la, telekung raya la, telekung travel la, baju abah, baju Dadam, itu ini..

Makan takleh nak save sangat sebab supir asyik bawak makan Nasik padang. Tau la Nasik padang ni, sekali makan memang takkan kurang dari IDR 100k. tapi takpe la, sekali sekala kan. Tapi sebab 3 hari straight hentam Nasik padang, Balik Malaysia aku dah tak berapa lalu tengok Nasik (3-4 hari jela) sekarang dah recover balik.

So, sebelum dapat seru nak mulakan entri. Bagi sneak peek dulu.

Muzium gempa dan bencana. Menarik tapi tak terjaga
Muzium adityawarman. Pun macam kurang terjaga
Pantai Padang.
Lembah Anai Waterfall- Sangat common di kalangan pelancong
Kota serambi Mekah, Padang Panjang
Rumah Gadang Padang Panjang- dijaga rapi
Kampung keradjinan Pandai Sikek- terkenal dengan sulamannya.
Balai Negeri Koto Gadang
pemandangan di sepanjang perjalanan
Panorama Sungai Landia
My personal favorite- Danau Maninjau
Ikon Bukittinggi-Jam Gadang
Ngarai sianok- Grand canyon of Indonesia Katanya
Lubang Japang- Tak masuk, scary
satu-satunya-Flyover Ranah Minang (kelok 9)
Istana Basa PagarRuyung -tercapai satu wishlist
Danau singkarak. Lawa, tapi supir berenti kat port tak best
Tak ingat kat mana.


Bagi pendapat aku, ranah minang ni cantik tapi tulah, ada setengah attraction memang la macam tak  terjaga umpama hidup segan mati tak mahu. Katanya, ni semua kesan gempa besar tahun 2009 dulu.
Orang minang? Majority ialah muslim, so takda masalah nak makan minum, solat semua. Bahasa lebih kurang kita je.

Tu lah yang dapat aku simpulkan, overall trip ini berjaya, tapi malangnya cinta tidak tertinggal di sana (masih di Bali kot) heee...


dzuli

21 comments:

  1. Padang - Bukit Tinggi hasu dalam 1 pakej tapi x bestnya tu Supir...berapa byr pakej bayar utk pak Supir tu Dzuli..

    CINTA tertinggal di Bali katanya heee...CINTA JM tertinggal di LOMBOK ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk supir, kami bayar dlm IDR 1.7 juta untuk 4 hari. 3 hari full, 1 hari airport transfer

      Delete
  2. hamboi cinta tertinggal di bali.........nak ripit ler tu :)

    ReplyDelete
  3. Paling penting baju Dadam... He He He....

    ReplyDelete
    Replies
    1. penting untuk mak dia..kalau tak makan tak kenyang, mandi tak basah

      Delete
  4. cintaku tertinggal di bika talago...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cintaku tertinggal di els coffee

      Delete
  5. Dzuli, Istana Besar Pagar Ruyung tue mmg cantik la. Tapi tak rundown kan? Hopefully Istana tue dijaga dengan elok lar. It's nicer compared to the other Muzium and Balai Negeri in the earlier post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. istana pagar ruyong tu cantik, agak baru la, sebab yang lama dah terbakar. tapi memang dijaga elok la. dapat anugerah trip advisor apa ntah. muzium adityawarman memang teruk sikit. kesian

      Delete
  6. Teruskan cerita...thn depan kami nak ke padang bukit tinggi..bolehla tngk tips2 bernas...he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah...hehe, takde banyak tips sangat sebab macam ikut supir je..

      Delete
  7. Napela aku tak penar sampai padang....insyaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ko tak minat kain sulam kot hehe...pergila, dekat je..

      Delete
  8. Over kan shopping telekung raya bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang2 alang smpai katanyaaa...memang aim nak beli telekung kaler2 hahaha

      Delete
  9. Replies
    1. boleh tahan la..shopping heaven katanya

      Delete
  10. PENGKHIDMATAN UNTUK LAWATAN KE INDONESIA

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Surabaya-Bromo Tour, Bali Muslim Tour, Lombok Tour. Dan juga untuk pengkhidmatan sewa kenderaan sahaja untuk di Padang-Bukittinggi, Aceh, Medan dan Jakarta-Bandung.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.

    Salam dari BUKITTINGGI PADANG.
    Salam juga buat admin.Mohon ijin untuk buat promotion kat sini.
    Salam dari saya.Komen ajo.Sopir dan tour guide kat bukittinggi.
    Saya nak menyapa tuan dan puan.Abang dan akak.pak cik dan mak cik.dan korang semua yang nak berencana untuk mengadakan lawatan ke bukittinggi padang.Saya ada penawaran menarik untuk percutian anda.Untuk info detail nya silahkan contact saya di talian.

    KOMEN AJO.

    Call/sms/whatsapp.
    +6281363990477

    Email.sopirpelancongan@gmail.com


    Terimakasih admin.

    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Salam dari BUKITTINGGI PADANG.
    Salam juga buat admin.Mohon ijin untuk buat promotion kat sini.
    Salam dari saya.Komen ajo.Sopir dan tour guide kat bukittinggi.
    Saya nak menyapa tuan dan puan.Abang dan akak.pak cik dan mak cik.dan korang semua yang nak berencana untuk mengadakan lawatan ke bukittinggi padang.Saya ada penawaran menarik untuk percutian anda.Untuk info detail nya silahkan contact saya di talian.

    KOMEN AJO.

    Call/sms/whatsapp.
    +6281363990477

    Email.sopirpelancongan@gmail.com


    Terimakasih admin.

    Wassalam

    ReplyDelete