Wednesday, July 29, 2015

Padang & Bukittinggi, Indonesia- Part 1



Assalamualaikum dan salam Syawal

Selamat hari raya maaf zahir batin.

setelah hampir dua bulan  bermalasan, hari ni baru dapat seru nak mengarang blog.  
Ok, aku skip je la part dari KLIA 2, standard je, Flight dari KLIA 2 ke padang pukul 8.00 pagi (kalau tak salah), sampai airport Padang pun pukul 8.00 pagi jugak. Oh, arrival card tidak lagi diperlukan ye. Sampai airport Padang, nak buang air, toilet dia ada satu stall je dan tetiba seorang kakak (orang Malaysia) potong q dan secara otomatik potong stim. Hampas betoi. orang lain beratur, bole pulak ko selamba je kan. mentang2 yang lain tengah beratur tu ahli rombongan dia (kecuali aku)..pfft

sebab awal lagi, nak pergi check in hotel pun tak boleh, nak jalan2 beg berat pulak. so kitaorang decide nak breakfast ala kadar la dekat cafe-cafe luar airport tu. ada banyak jugak cafe. ramai orang akan approach kita untuk naik teksi la, trafel la, apa la.

pastu masuk la satu cafe ni, oder la nasi goreng dengan coffee &tea. masa nak bayar, jumlah dia IDR 150k..dekat RM 50, whatttt theee... aku check balik resit, nasi goreng seperti gambar dibawah ialah RM 15 ok, air pulak dalam RM 7 macam tu. patut la dekat menu dia takde harga, 
sabar je la sebab dah masuk perut. Terus pergi cari platform bas damri.




Untuk hari 1st ni kami tak pakai supir, so takde la orang jemput kat airport. Nak naik teksi cost around IDR 100-150k, so kami naik je bas damri walaupun dihasut oleh pemandu teksi yang kata bas tu lambat la, apa la. Tambang IDR 27k je sorang. Perjalanan dalam 40 minit macam tu. kita kena pastikan hotel kita duduk kat mana dan mintak pakcik bas berenti dekat stop2 yang ada dalam list dekat tiket, Macam hotel aku dekat dengan inna muara hotel. Inna muara ialah salah satu stop yang ada, so turun la situ, menapak la sikit. dalam 200-300 meter macam tu.

sampai hotel, dapat pulak check in awal, yeyy!! kitaorang tido kejap. Around lepas zuhur keluar carik makan.

1) EL'S Coffee
aku baca pasal ni dalam trip advisor, so kitaorang dua ni memng hantu kopi, apa lagi, mestilah datang sini. Kebetulan betul2 depan hotel je. lepak sini jugak utk konon2 sambut besday Kakcik le

exterior- cute kan

menu- takde la banyak sangat pilihan

interior- macam rumah orang
makanan kami
sebab aku masih kenyang makan Nasik goreng IDR 150,000 tu, aku just oder onion rings je, kakcik oder Coffee Chicken (ayam dimasak dengan sos kopi), air kitaorang oder latte kot. Food dia agak fresh la, layan jugak.

Lepas makan, kita jalan2 sikit kat Bandar Padang

1) Taman Budaya
takde apa-apa pun...uzur je tempat ni
2) Muzium Gempa & Bencana

sempena memperingati bencana gempa bumi besar tahun 2009, malangnya muzium ni sangat laaaaa uzur dan macam tak dijaga langsung. Tapi pakcik tu entertain kitaorang, cerita pasal gempa tu. so sad.



3) Muzium Adityawarman

bayaran masuk dalam IDR 2000/4000 (tak ingat). ok jugak, banyak mempamerkan budaya masyarakat minang ada pakaian, makanan, rumah gadang kebanggaan minagkabau dll. Tapi ni pun macam kurang terjaga sikit. tapi bolehla nak layan jalan2 dalam ni


Pakaian pengantin minangkabau
contoh makanan tradisional kat Padang, lebih kurang Malaysia jugak. Serumpun kann..

ukiran
jenis2 rumah gadang

muzium ni mestilah berbentuk rumah gadang


lepas jalan-jalan kat sini, kami ke Plaza Andalas naik angkotan. 1st time naik angkotan. laju jugak, bayar IDR3000 je. Kitaorang pergi andalas tu sebab nak beli simkad, lepas tu saja jelah nak tengok apa2 yang menarik.


4) Pantai Padang

Betul-betul depan hotel aku, jalan dalam 100-200 meter macam tu. Sunset dia layan jugak le.





kereta kayuh, siap ada lampu2 dan music


untuk malam kami dinner kat satu restoren sebelah hotel. Nama dia Red Crispy Organic Fried Chicken
makanan rasa so-so je, bolelah buat isi perut. tapi kami aa oder side dish crispy chiken, dan aku rasa ayam dia macam busuk huhu.. terus tak makan benda tu, kang cherry berry kat Negara orang sapa yang susah.




itu jelah agenda kitaorang untuk hari pertama di Padang, esok dah nak ke Bukittinggi. Overall, Padang ni takdelah menarik mana, tapi to kill the time bolehla jalan2 kat tempat yang disebutkan di atas. Sebab tu kebanyakkan tourist terus ke bukittinggi dari Bandara Minangkabau, aku je gegatal nak stay sehari kat sini.

dzuli

11 comments:

  1. giler kentang mahal nak mati menu korang kat airport tu & aku rasa korang kena tipu kot...maklumlah harga takde dlm menu, so suka ati mereka nak letak berapa harga huhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..aku pun rasa cmtu, dia cas sesuka hati, mentang2 la kitaorang tourist. patut la kedai tu takde orang

      Delete
  2. Argh benci btol klo mkn ayam rasa busuk ni...dah la kt fast food resto...bikin panas jer...btw padang mmg xde apa sgt kn...tp layan sunset tu mmg masyuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...patut la semua orang terus cargas ke Bukittinggi,
      syahdu gak la layan sunset kat situ, cuma pantai kurang bersih

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kereta kayuh tu cam itik kayuh dalam tasik tu.. tp ni kayuh atas jalan.. hahahah.. sila imagine sendiri...

      Delete
    2. ha..cmtula, macam kereta kayuh budak2

      Delete
  6. haaaaai =) hehehe CT baru prasan awak ada blog.. sorry2..
    silly me.. patutnya ritu snap gambar kan kan.. ingt Nina je ada blog..

    hai.. jom la kenal2.. aceceh.. CT nk korek2 entry lama awak kejap..
    curi tips.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...blog suka2 je..saya ni malu sikit kalau nak bergambar2 hehe..
      boleh je berkenal2 mengeratkan siraturrahim gituuu..
      entry2 lama banyak merapu2 je

      Delete