Monday, September 14, 2015

thailand (chiangrai-chiangmai)- edisi pengenalan


Assalamualaikum

31 Ogos sehingga 5 September yang lalu, Alhamdulillah aku telah berjaya menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke Negara jiran iaitu Thailand.
walaupun plan asal telah berubah 360 darjah disebabkan letupan di persimpangan Ratchaprasong, Bangkok (dan tidak mendapat restu kedua ibu bapa hehe) tapi we had fun dan mendapat pengalaman yang sangat berbeza dari trip-trip sebelum ini.

Sebenarnya Chiangmai memang termasuk dalam wishlist aku ngan ean lepas baca bebarapa artikel macam "underrated place every backpacker should go- Chiangmai", "10 places traveler should go- chiangmai no 8". So, niat tu memang ada lah.
Plan asal nak buat train trip Kl-hatyai-Bangkok-chiangmai. setelah dikaji, memang memerlukan masa yang agak panjang dan cost tak murah. so K.I.V dulu. Suatu hari, usha2 website malindo jumpa la ticket KUL-DMK dengan harga RM 220/person return. Aku usulkan pada Ean, dan dia pun ok. Plan ke Chiangmai buang tepi dulu.

2 minggu sebelum tarikh, tetiba la ada letupan dekat Erawan Shrine yang mengorbankan 21 orang termasuk 7 rakyat Malaysia, disusuli pulak dengan letupan dekat Satorn Pier. Aku cuak jugak, itinerary dah siap, hotel dah book. Tapi aku cool je sebab benda ni dah biasa. Balik kampong, mak aku memang tak bagi pergi Bangkok. Sebagai anak yang solehah aku akur dan menukar plan ke Chiangrai dan Chiangmai (dasar degil jugak)
semua ni dibuat dalam masa seminggu dah le keja hakiki belambak pulak. aduhaii...memang huru-hara sikit le.

Tarikh yang dijanjikan kami pun bertolak tanpa preparation yg rapi. Pukul 7.00 p.m sampai Don Mueang, aku langgar pantang pergi Grand Central Plaza, Bangkok (Ampunkan saya Mak) sebab nak kill time. Flight kami ke Chiangrai pukul 7.40 pagi esok tu.
Mungkin sebab tu jugak aku telah mendapat cherry berry di Negara orang haha..1st time sakit time travel, nasib baik la ean ada pil chi kit teck aun. aling best aku siap muntah masa tgh tour. malu muka aii!!!

Dipendekkan cerita, trip ini bolehla dikatakan berjaya. Cuma kami tak dan recce tempat yang betul-betul superb, just highlights of Chiangmai & Chiangrai tu dapatla jugak dijejaki.

Personally, aku suka Chiangmai. Ambiance city dia memang best, makanan halal pun banyak, transport macam biasa la either song teaw, tuktuk or taxi.
Coffee...yaa my faveret memang sangat banyak maklumla penanaman coffee memang hebat area chiangmai ni. Coffee House/shop/kiosk memang sepanjang jalan le.
Chiangrai pulak lebih aman damai, town kecik je ala-ala kuala Lipis hehe. Tapi orangnya baik, ambiance town very rilex. boleh jalan kaki je ke tempat2 utama (masjid,clock tower, market, stesen bas)

Trip ni jugak kira pertama kali aku pergi tempat yang susah sikit makanan halal. nasib baik la sempat beli granola bar dan roti.
lepas tu 2 kali kena tido airport sebab tggu flight. ditambah pulak dengan 5 jam flight delay (DMK-KUL), 24 jam tak mandi.
mencabar tu tak la sangat, tapi memang jauh beza la dengan trip-trip sebelum ni.

so, tunjuk la gambar-gambar dulu bagi feel. 10 hari aku tak masuk opis sebab lepas trip terus kena outstation Kuantan seminggu. Semua pun huru hara lagi

wat rong khun/white temple
wishlist aku ngan ean (ticked)
Chiangrai Clock tower- ada light show bila malam
banana pancake- siapa pegi Thailand memang akan try benda ni
Tha Phae gate- chiangmai old city
area Tha Phae gate- personal favourite place in chiangmai
Doi Inthanon day tour- tribe village
wachirathan waterfall- Doi Inthanon National Park
King and queen pagoda-lawa woo tempat ni

Highest spot in Thailand
Doi Inthanon Royal Project
Doi Suthep temple- mana Michael kacak?
wat chedi luang
Bo Sang Umbrella Village- tak seindah dalam internet
tersdai kat airport selama 5 jam, tak mandi, makan kebab je, lapa Nasik


so, insyaAllah bila-bila free akan aku detailakn experience ini untuk kenangan masa depan.



dzuli

9 comments:

  1. ada thai movie yg shoot kat phae gate tu. oh aku nak p..huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pernah tgk movie thai..pergi la beb, ni pun salah satu tempat yang aku terjatuh chenta

      Delete
  2. Chiang Mai memang best..n old city is my favourite, sampai tiga kali pergi sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..kalau smpai 3 kali memang best betul tu hehe

      Delete
  3. hujung tahun tahun lagi sejuk di chiangmai/ chiangrai/meisai...bercakap pun keluar asap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tour guide cakap..masa kami dtg ni musim hujan,tapi x la panas sgt cuma nak jalan2 susah sikit

      Delete
  4. Menariknya... esp dkt king n queen pagoda tu..
    X sabar nk tunggu nx entri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah entry menyusul sebulan dua lagi hehe...
      king and queen pagoda tu kecik je tempatnya, tapi cantik

      Delete
  5. wish aku chaing mai ni..
    usha punya usha..
    terbeli lombok..
    simpan balik dalam list..

    dah..
    syy..
    aku nak baca cerita kau..

    ReplyDelete