Tuesday, October 20, 2015

makan-makan (om nom nom)

 

Assalamualaikum

Lama jugak aku tak merapu dalam blog sendiri. Tahun ni memang malas ya ampun, kerja hakiki pun naik turun-naik turun. Sebenarnya tahun depan aku kena tukar department, masuk HR pulak, seriously aku rasa tak excited. Dah la kena pindah HQ (jauh dari LRT/public transport). mestilah kena drive pegi opis. Kalau dah kat KL takde makna la nak dapat trafik LOS A,B,C,D... E ngan F je lah. Lepastu susah sikit nak pergi sogo waktu lunch haha.
Lepastu pulak aku memikirkan HR, aduiii...aku ni bab menguruskan manusia ni memang bukan kepakaran (uruskan diri sendiri pun huru-hara lagi). Memang major turn 360 darjah dari apa yang aku buat sekarang (and I love my current job scope very much). Tapi pujuk la hati kan, maybe ni peluang untuk aku explore bidang lain sikit. So bertabahla at least 3 tahun.


Tol pulak naik 70%-80%. Dulu tol nak pergi keja RM 4.60  sehari sekarang dah jadi RM 7.60. Geram betul akuuu!! Ni aku rasa nak apply balik Perlis ke Ipoh ke (macam la company abah aku, nak mintak tukar sesuka hati).
Cuti tahunan pun dah habis. Rekod betul 25 hari habis dalam masa 10 bulan, habisla performance aku huhuu. Nak kata sebab travel tu tak jugak,
Tapi nak memikirkan pasal kerja ni memang tak habih. Biar jelah!!

Someday you'll leave this world behind, so live the life you will remember- Avichii

Harini untuk meraikan kemalasan aku aku nak buat entry pasal makanan la pulak.



1) Kampung Kravers, Sunway Putra Mall
aku rasa banyak outlet kampong kravers ni, so aku try yang dekat Sunway Putra Mall. Sedap jugak nasi lemak dia. Yang paling best ialah Karipap dia. Aku selalu makan nasi lemak je, tak pernah try menu lain. Set dia plus karipap dan drinks.


Set nasi lemak basmati- RM 9.90

2) Kek Jalan Tiung
Ni pergi zaman lepas raya dulu (jumpe geng #divadivana) . Tu pun DJ yang bawak dan kenalkan kedai ni kak aku. Antara kek paling sedap la yang pernah aku try. Aku paling suka kek rose tu.
Kami try rose cake, salted caramel, peach cheese cake dengan cookies apa ntah.


price range RM 7.++-RM 16++

 3) Onde-onde, Sunway Putra Mall
Sunway Putra Mall lagi, ye la sebab sebelah opis aku je. Aku ni ada pengalaman buruk sikit dengan Onde-Onde citta Mall. Tapi suatu hari tu terbukak hati nak makan sini. Onde-Onde sini memang sangat Ok berbanding dekat Citta Mall. 2-3 kali jugak la pernah makan kat sini.

Curry Laksa dengan Laksa. RM 10++ rasanya. Curry Laksa tu sangat sedap
Nasi lemak Pandan Chicken, RM 12++. Sedap jugak


4) Dal.Komm, IOI city Mall
suatu hari, aku boring dan ajak Mrs :-) ngeteh. So, kami lepak sini. Kitaorang try air apa tah. Macam cube iced coffe disirami susu. Ya ampun..drinkgasm...sedap sungguh.Mrs :-) order jugak tiramisu yang sangat sedap. Ada sekali aku datang sorang dan try Shibuya Toast (eh betul ke nama). Besar sangat, kena kongsi la kalau lain kali.
Drinks dalam RM 15++ dan Tiramisu RM 12-13 camtu la
Shibuya toast- RM 16++
 
4) Double A Café, Ara Damansara (kat area apartment baru dekat dgn LRT hub tu)Ni pun tau melalui I.G, try dengan member aku. Kek sedap. Dia banyak ambik dari baker-baker terkenal dalam i.g. Kek Jalan Tiung pun ada hantar kat sini.
Aku tak ingat la nama kek, cuma satu tu ialah Daim Chocolate Cake kot. Ada taburan daim, lagi satu ada nutella kot

Harga kek dalam RM 13++-RM 16. Double choc mocha tu sedap

 


5)Pak Mat Sup Kepala Ikan, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
Masa outstation, project team bawak kami makan kat sini. Mula-mula dengar pasal sup ikan, rasa macam eii!!...
Lepas try, so sedap!! dan ditambah pulak dengan kenikmatan the tarik madu ais.
 


6) Dubu Yo- IOI city Mall
konon nak berlatih makanan korea sebelum pergi Seoul haritu, aku pun oder la Spicy Chicken something something. Tak habis dan tak masuk. Lepas tu tak serik, aku pergi yang dekat sunway putra mall order Bulgogi. Bulgogi dia sedap jugak. Walaupun sedap lagi bulgogi Saad

Set ni harga RM 16++

7) Fish& Co, IOI city Mall
Lebih sedap berbanding Manhattan Fish Market. Masa ni member belanja sebab teman dia pergi interbiu. Set apa ntah. Rice tu sedap, sotong pun sedap. Semua la sedap

RM 46 ke 56 ntah set for 2

8) Pie Harbour, Sunway Putra Mall
Pie ni sedap, katanya original pie dari Australia apabenda tah. 2 kali makan sini dan ambik set. Set dia ada pie mengikut citarasa + juice + salad + mash potatoes.

Harga dalam RM 15++-RM 21++. Ikut pilihan pie

9) Slero D' Timur- Putrajaya
Suatu hari, birthday girl si Azra kata nak makan meggi ketam. DJ iklan dalam wassap group dan haritu aku agak free, so aku pun join la sekaki. Meggi ketam sini dangat sedap dan lain dari meggi ketam biasa pernah aku tengok. Dah la Azra belanja pulak..lagi la sedap hehe.. Tq beb

RM 28-35 semangkuk

10) Restoran Aziz Satar, Kuala Kemaman
Try masa pergi outstation Cherating haritu. Sedap jugak sata dia, otak-otak dia aku tak berapa minat la. Tapi banyak lagi menu lain dekat sini.


 
okey, tu jelah yang nak dikongsikan 
rasa-rasa macammana nak kurus?? 
 
 
Dzuli

15 comments:

  1. woi entry ni memang gurau kasar la kan...nasib dah makan...hahahaha!

    alaa tak aci la ko ngan mrs dah pi dal.komm tu tak ajak akuuu...

    #EHEM aku nampak nama saad di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ni la dulu..ada satu cuti dan ko diluar kawasan rasanya...
      takpe2, dekat je nanti boleh pergi lain..
      Nampak aje nama saad kannn...

      Delete
  2. megi ketam tu, haih tergoda sungguhlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom zilla...ada satu sessi petang ni

      Delete
    2. awat tak roger? sedih betul aku..walhal semalam aku ada je lepak kat opis ne mngabiskan masa huhuhu

      Delete
    3. alamak...sorry beb..kitaorg xde ctc no. ko..ada yg telefon rumah tu je huhuu..
      sorry, lain kali ek, insyaAllah

      Delete
  3. sedap2 semuanya..dari pantai barat ke pantai timur..hihi...shibuya toast tu..perghh..menarik..

    ReplyDelete
  4. salam singgah dik
    aduhh semunya membangkit kan selera ni dari atas kebawah buat perut berkeriut keriut je

    ReplyDelete
  5. Oit! Makan non stop ni! Gile hipster lar. Asyik pegi hipster cafe je skrang. Hahaha. Bangsawan sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada kafe hipster selalu..gerai pun ada tau hehe...
      cafe hipster special occasion je (konon)

      Delete
  6. kemain ko kan makan saje!
    wei jom ngeteh :p

    ReplyDelete
  7. ini sumpah dugaaan dan godaaan perut tekak ni !!! ahaha.. i is kenot la tengok makanan..
    bila nak ajak CT lepaks lak ehe.. penah makan kat Dal.komm je tu pun makan patbingsu..

    ReplyDelete