Friday, October 9, 2015

Padang & bukittinggi, Indonesia- Part 3 ( Danau maninjau dan Rumah Kelahiran Buya Hamka)

Assalamualaikum

Bersambung kembali story basi ni.
Selepas makan bika talago tu kami terus balik ke hotel. Hotel kami di Bukittinggi ni ialah Prima Dini Hotel. Harga dalam RM 100/night takde aircond. Maklumlah bukittinggi kan sejuk. Hotel ni jugak betul-betul belakang Jam Gadang/Pasar atas dengan shopping complex apa ntah depan jam gadang tu.
hotel ni memang basic le. Malam tu kami tak buat apa-apapun, jalan pergi cari dinner dan si Am tu bawak kitaorang pergi tengok kain sulam kat Cahaya Bordir. Aku suruh bawak pergi Jambatan limpapeh, lain disuruh, lain dibuat...grrr..

Esok pagi tu kami dijemput oleh Pak Unchu untuk aktiviti seterusnya. Kitaorang nak pergi Danau Maninjau, rumah Hamka dan Kelok 44.

Mula-mula lalu dekat daerah koto Gadang ni. terkenal dengan pembuatan silver. Aku cakap takyah singgah le, bukan ada duit nak beli pun.


supir aku ni suka bebenor ambik gambar :-I
melalui kawasan yang sawah padi luas terbentang. lawa sungguh


first stop ialah panorama sungai landia. It just lookout point le untuk tengok pemandangan indah kampong sungai landia ni. Ada satu souvenir shop, singgah situ dan enjoy the view.


 
 selepas tu teruslah ke danau maninjau dan melalui kelok 44. hahahahaha!!! gelak dulu sebab serius pening lalu tempat ni. tapi xde la episode muntah-muntah. Gambar pun x kuasa nak ambik.
tetapii...hasilnya, lihatlah dibawah


so breathtaking



Kemudian kami singgah ke Rumah Kelahiran Buya Hamka. Masuk free tapi bolehla nak donate duit untuk tujuan pengenggaraan rumah. Kat sini ada jugak dijual karya-karya Hamka. Paling famous of course la "Tenggelamnya Kapal Van der Vjick" (betul ke aku eja? gasakla). Sebab aku tau Zara suka baca buku2 karya Indonesia ni, aku ada lah beli satu untuk Zara tapi...sampai sekarang belum bagi lagi haha. Selalu tertinggal kat rumah la, kat opis la.
So, Zara mohon claim dari I ye..:-)




 
 
Sebab belum puas lagi dengan keindahan danau maninjau, Pak Unchu berhentikan kami kat sebuah hotel. Ada café kat sini, so bolelah melepak2 sambil menikmati pemandangan indah. Subhanallah, cantik sungguh




 
 
 
Lepas balik dari Danau Maninjau, Pak Unchu bawak kami lunch dekat Kedai Nasi Pauh Piaman. Masak lemak cili padi dia memang best. Jumpe jugak la group Malaysia yang satu flight dengan kitaorang haritu.




Untuk petang, kami mintak pak unchu tinggalkan kami kat Pasar Atas. Mau shopping sikit. Takde gambar sebab sibuk shopping hehe. Hujan lebat pulak. Nak cari souvenir memang tak sempat. Rembat je lah apa yang ada. Kebanyakkan hasil tuaian kitaorang ialah Kain telekung, dengan kain batik. Memang berbaloi jugak la harga kat sini.

Pak unchu ni kemain take care Nye, siap bagi payung kat kitaorang untuk pergi shopping. Takut hujan katanya. Malam siap ambikkan kami kat hotel sebab nak bagi kami rasa Pecal Ayam sedap dan Martabak mesir. Kalau nak layanan A, book la pak unchu ni ye.

Kedai pecal ayam ni sebelah cahaya bordir yang kami pergi semalam. Simple je, macam ayam penyek tapi sedap dan murah. Martabak mesir (takde dalam gambar) memang sedap!!

 
 
 
Malam terakhir di bukittinngi, tido dengan perut kenyang.
 
Bersambung...
 
 
 
dzuli

5 comments:

  1. Aku klo ingt kelok 44 mmg trauma.emosi smua family aku bila aku bawa pi sini.ungkit smpi skng!kata diorg xde apa, pening ada laa...dh la supir bwk la juga...hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ke sini sebab danau maninjau tu..memang pening. Takut pun ada sebab bentuk U dia punya corner huhuu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ehehe baguih la DJ amek gambar.. senang citer semua yg lain bleh masuk skali ehehe..

    ReplyDelete
  4. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete