Sunday, October 18, 2015

Padang-Bukittinggi, Indonesia- Part Finale

Assalamualaikum

Ni ialah part last untuk trip padang-bukittinggi ni
ok lah kot, benda bulan 6 yang lepas
aku pun dah ingat-ingat lupa dah.

Hari last di bukittinggi la kiranya. Kami dah nak balik pagi-pagi esok dari airport Minangkabau.
so, kena la patah balik ke Padang semula

Pagi-pagi pak Unchu dah ambik kami.
Kami mintak dia berhentikan kitaorang dekat Jam Gadang. Semalam tak sempat nak bergambar sebab hujan lebat. Gambar kat jam Gadang ni kira cop passport ke kalau ke bukittinggi hehe.

Breakfast dekat Prima Dini. Coffee bawak sendiri sebab coffee sini tak best sangat.
Sini memang sentiasa ramai orang. masa ni around 8.30 pagi kot
nak tiru murad osman, tapi lengan model gua sado sangat

Lepas bergambar dekat sini, kami pergi dekat Lubang Japang dengan Ngarai Sianok. Ngarai sianok ni dikatakan Grand Canyon of Indonesia. Ada menara tinjau dan nampak la view perkampungan di lembah sianok tu. Kat sini jugak ada banyak kedai souvenir yang lagi murah dari pasar atas. Rugi betul huhuu...aku sempat la beli telekung travel kat sini dgn harga IDR 55k. Murah jugak la kiranya sebab yang ni saiz besar dan labuh.
Souvenir macam keychain dan FM pun lebih lawa kat sini

Lubang Japang pulak dekat sebelah ni je. Tempat laluan rahsia zaman jepun dulu. Aku tak masuk pun sebab kena bayar guide IDR 50k rasanya dan aku rasa macam klaustrophobic je nak masuk dalam tu. So, usha je lah.

view dari menara tinjau
ramai jugak orang kat sini
Tugu tentera jepun
tinggi woo, aku tengok termengah2 orang naik
enterframe sikit

K ami ada cakap nak beli kerepek buat ole-ole. Pak Unchu berhentikan kitaorang dekat kedai Sanjai Ummi aufa Hakim (sedap sungguh nama ko). Sanjai tu ialah ubi kayu. Tapi macam-macam jugak la diborong dekat sini. Pisang salai, kerepek belinjo, kerepek apa-apa tah lagi. Macam biasa, diorang dah kotakkan siap-siap supaya senang untuk check in. Ada macam-macam perisa, perisa durian, jagung pun ada.




Plan kami untuk hari ni ialah Istana Basa Pagar Ruyung dan danau singkarak. Tapi Pak unchu kata dia nak bawak kami pergi flyover Ranah minang. Kalau kat sumbar, jalan ni kira high engineering le sebab structure tengah-tengah hutan bagi menggantikan jalan lama yang berliku-liku
sebenarnya cantik la jugak sebab nampak unik kan, dok tengah2 hutan.
macam biasa ada orang jual-jual punya lah walaupun tepi highway.



fully structure

banyak gila gerai tepi jalan

Lepas tu kami pergi lunch kat Restoren Siti Tujuah, special in gulai kambing. sedap gak. Hai..semua sedap la makanan kat padang-bukittinggi ni hehe.




Dah kenyang, kami bergerak ke tempat yang memang priority dalam wishlist aku iaitu Istana Basa Pagar Ruyung. Besar sungguh, bukan main-main. Ada entrance fee, sikit. Pak Unchu tunggu dekat luar, kami berdua pun explore la tempat ni. Katanya istana ni dah 2 kali terbakar tapi dibina semula. Bigger and bolder haha.
Aku boleh kata la istana ni memang kebanggaan rakyat sumbar. Architecture minang yang sangat awesome. istana ni ada 3 tingkat. Tingkat atas kecik je.

besar tak besar, cuba tengok saiz istana dengan orang tuh
Rangkiang pun besar, mau satu tan padi boleh simpan dalam ni
Ukiran, sulaman memang trademark rumah Gadang
Berangan Ibu suri (permaisuri)
view dari tingkat tiga iaitu bilik puteri
belah belakang (dapur)

selesai menikmati keindahan istana ni, kami ke terus danau singkarak. Singkarak ni besar tapi spot nak berehenti takde yang best. So, aku ambik feel je lah. Ada jugak perkhidmatan bot kalau nak pusing-pusing. Tapi kitaorang tak naik pun sebab dah tak sempat.


boleh naik boat ni untuk pusing2. harga reasonable tapi tak ingat berapa


On the way ke kota padang, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Ada jugak pak Unchu berhentikan kami dekat Surau Lubuk Bauk iaitu tempat Buya Hamka belajar masa dia kecik-kecik dulu. Gambar takde pulak. Rice terrace pun ada. Masa dalam perjalanan ni banyak jugak la kami menyembang. Pak Unchu cerita orang Minang ni pride dia tinggi, kebanyakan tak suka bekerja bawah orang. Kalau zaman dulu, anak-anak lelaki memang tak duduk rumah. Diorang dihantar ke surau untuk mengaji. Bilik-bilik kat rumah untuk anak perempuan je. So lelaki minang ni agak Macho la kiranya. Lagi satu kalau bersembang denganrakyat Indonesia, tak sah la kalau tak cerita pasal ekonomi negara diorang yang katanya semakin teruk sebab banyak hutang akibat corruption.


Rice terrace

Around pukul 6 Pak Unchu dropkan kami dekat Ibis. Untuk malam last, saja lah ambik Ibis hotel. Rejuvenate konon. Murah je pun sebab Ibis Budget je (RM 100/night). Malam tu kami memang tak bercadang nak keluar pun. Dinner pun dekat Rooftop Café hotel. Alang-alang malam last kan. Aku oder tomyam yang tak berapa sedap, kakcik order spaghetti yang dia kata so-so je rasanya.
tapi star of the day ialah pisang cheese. nyaris nak order lagi sepinggan haha.


Malam tu just lepak hotel je. maklumla hotel best sikit dari Prima Dini tu haha.. Layan tv, kemas barang sambil makan kerepek. Maklumla pagi-pagi pukul 5.30 a.m dah nak kena pergi airport.
-
-
-

Tepat jam 5.30 a.m Pak Unchu pun datang untuk tugas yang terakhir. Hantar kitaorang ke airport. Airport dia dalam 30 minit jugak la dari hotel. Urusan check in berjalan lancar kecuali ada seorang makcik kalut yang tak reti beratur membuatkan temperature aku naik sikit haha. Makcik mtu siap kena sound ngan petugas A.A tapi dia buat derkk je. Rupanya dia satu flight ngan kitaorang. Kat immi check pun dia taknak beratur. Sukati la makcik

breakfast ala kadar dekat airport. macam biasa mahal sikit, dah la tak letak tanda harga. grr..

Sebab beza Kota Padang dengan KL ialah sejam, kami sampai KL pukul 8.30 pagi jugak. Awal lagi tu, settlekan luggage semua dan breakfast kali kedua dekat Nanny's Pavillion. Waffle ngan pancake dia memang lazat cuma harga la rasa nak tercekik sikit



So, tamatla entry untuk trip padang-bukittinggi ni. Bagi aku tempat ni memang sesuai la nak bawak keluarga tambah-tambah yang suka shopping dan makan. Godaan telekung dan kain sulam agak meronta jiwa. tapi sedar diri bawak duit tak banyak hehe. Sesiapa diet atkins memang merana la kat sini. Pagi nasik, lunch nasik dinner pun nasik lagi. Tapi orang minang tak banyak gemok pun
Sebenarnya banyak tempat menarik lagi kat Sumbar ni, tapi aku pergi tempat-tempat mainstream je.

Khidmat pak unchu sebagai supir kami mmg thumbs up la, pandai dia jaga customer. Moga murah la rezeki dia.


Sekian





dzuli

5 comments:

  1. Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  2. haaaai CT datang menerjah lagi =)
    ehehe.. cepat2 sambung citer korea tu.. da pengenalan da ehe..

    amboi tengok makanan terhidang gitu memang sodap la.. tp kalo dia hidang bnyk2 pun
    kita bayar lauk yg kita sentuh saja kan ? dia x charge semua kan ?

    ReplyDelete
  3. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete