Monday, October 12, 2015

pertama kali- Seoul (pengenalan)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, last week aku telah selamat pergi dan kembali
dari mana? negara yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia iaitu South Korea (Seoul)
budak2 universiti/sekolah menegah pun ada yang dah sampai, akak ni di umur 31 tahu barulah sampai hehe..
Google je travel ke Seoul ..hah  464834638292 search result bahasa melayu (sorry ekzejerit)
ada yang pergi tiap-taip tahun/tiap2 musim lagi (jeling bibie,jea,azra,Dj ) hehehe
tapi tu lah...senang aku cari info. wassap je diorang...wallahhh...setel
thanks uolls sebab banyak tolong aku sepanjang 5 hari aku kat kampung korang tuh

Permulaan

macam biasa la, A.A keluar iklan free seat around hujung tahun lepas, aku tak ingat 1st idea dari aku or Ean. Rasanya Ean sebab dia yang memang nak sangat pergi Seoul ni. Usha tarikh semua beli la 2 Oct sampai 6 October. Aku ajak smpai 8 oktober, tapi dia kata lama sangat. last2 dia yang berguling-guling kat airport taknak balik. Tiket kami ialah RM700 return. Tak la murah mana tapi acceptable la kot eh. Aku ni mana la tau musim-musim kat korea tu. rupanya masa aku datang ni ialah early autumn makanya takde la autumn foliage or daun-daun kuning kat Nami island tu. Takpelah, yang penting kaki ini sudah menjejak seoul

Persediaan

1) Hotel/guesthouse
yang penting bagi aku ialah murah dan dekat dengan subway. Akhirnya kami memilih Dongdaemun Inn (RM 210++) untuk 2 malam for 3 person. Murah gila. Tapi very the old skool la. Location memang best. dekat sangat dengan stesen Dongdaemun History and cultural park. Ala-ala jalan kaki tak sampai seminit. Dekat jugak dengan Dongdaemun Design Plaza, Doota, Lotteria, Ikan  Bakar dan Cheongyecheon Stream. Semuanya walking distance saja.
Untuk 2 malam lagi, atas request dari travelmates. kita ambik guesthouse cute sikit iaitu Dalkom Guesthouse. Harga dalam RM505 untuk 2 malam. dekat dengan stesen Chungmuro (1 stesen je dari Myeondong). Coffee shop berlambak area GH ni Toms and Toms, Paris Baguette, Hollys, Café Bene. Satu pun aku tak sempat menyinggah.

2) Baju/Outfit
Sebab dah masuk musim luruh, temperature drop sikit. so aku bawak sehelai hoodies je dengan knit top. takde la parka je, jaket bulu2 apa semua. Jimat sikit. Kasut pulak telah dinasihatkan oleh kakak2 otai agar memakai kasut yang selesa. Kawan aku sorang mengalami kecederaan sebab kasut dia. Hampir tercabut kuku dia huhuu. Seriau aku tengok.

3) Duit
Aku bawak RM 1600 je. Alhamdulillah cukup tanpa ada adengan swipe credit card. Takde bawak bekal. Semua makan kat luar. Bolehla beli souvenir sikit untuk orang-orang tersayang. boleh jugak beli skincare kat Myeondong ala-ala kadar.

4) Itinerary
Banyak refer kat Zara selain video 25 things to do at Seoul. Sebab masa memang pack, kitaorang ambik yang wajib dan dalam Seoul je. Takde keluar pun melainkan pergi Nami Island. Untuk tempat-tempat makan, aku whatsapp je team #divadivana tu. settle. Boleh pulak sebelum pergi aku memang busy gila kat office. Tak sempat pun nak usha balik itinerary tu. Natijahnya memang mendapatla kat sana, nak keluar baru google, dalam tren baru nak google, tengah jalan baru nak google..haihhh...


Akhirnya, dapatla menjejak kaki dekat Seoul ni.
Layankan gambar-gambar dulu. Nanti-nanti la update buat pedoman di masa hadapan.


Dongdaemun Design Plaza-Very futuristic

LED rose. Aku ingat tulips. Tau ni pun lepas usha blog bibie.
Jongmyo shrine-terpengaruh dengan iklan KTO
Ada jugak dedaun dah tukar kaler
Keazaban subway di Seoul. Rasa fit memanjat tangga 3-4 kali setiap hari
perarakan menjelang hari Kemerdekaan (kot) dekat Gwanghwamun Square
Gyeongbokgung Palace. Ni je palace yang kami masuk.
Sempat tengok changing guard ceremony. yeah!!

Insadong yang very hipster
Bukchon hanok village yang menyentap sendi kaki

Bersenja di Han River sambil termanggu sebab terlepas cruise hehe
Namsaegol Hanok Village- dekat dengan GH, wajiblah pergi
Myeondong- I like this

Masjid kat Itaewon. Datang nak lunch kat Eid, lepas lunch sempat solat kat sini
Namsan Tower- Kesabaran teruji disini
Namsan Tower
dapat jugak naik Observation deck.
Nami Island
Peh..lawaaa
Petite France- Err..bagi aku so-so je tempat ni
Garden of Morning Calm


So, kesimpulannya Seoul ialah tempat yang berbaloi untuk dilawati walaupun anda bukan seorang K-poppers. Yelah, semua pun tau tourism korea ni memang mencanak naik selepas Hallyu Wave kan. Tapi bagi aku Seoul is more than that. Memang la ikon tourism banyak dikaitkan dengan drama korea(Nami Island- Winter Sonata, Petite France- My Love from another star etc etc).
Food pulak, hahahaha (gelak dulu) ada yang ok, ada yang tidak. Pandai-padai la pilih.
Public transport memang best walaupun hazabendah jugak la sebab jauh dan banyak takde escalator.
Masyarakat kat korea ni pun ok je. Senang jugak la nak mintak tolong/Tanya direction.



Itu jelah dulu buat masa ni.
Sekian





dzuli

12 comments:

  1. Sama la ngan aku pestime, nak autumn awal sgt. last2 dapat hujan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku kat sini Alhamdulillah cuaca memang best. Cerah, tak sejuk sangat... kesian kat kami sebab short trip kot hehe

      Delete
  2. mmg tak puas gi Korea..Jongmyo-shrine tu yg ada Lee Min Ho..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sebab banyak sangat tempat menarik. aah jongmyo tu yg ada LMH dlm iklan KTO tu

      Delete
  3. elehhhh ingt ada gmbo saad tddddddd...hahahaha~

    ReplyDelete
  4. nantikan penampilan saad...teetttt

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sabar...saad cameo je nanti hahaha..penambah perasa

      Delete
  6. Pada SS cukup lah sekali di seoul... Nak gi tempat lain la pulak... Ha ha ha... Adusss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam saya rasa tak puas sebenarnya sebab kejap sangat...ala2 layover dah hehe..
      bayak kenangan buruk ke s.s?

      Delete
  7. kakak !!! ahaha CT tak sampai lagi oookay..
    belum lagi sedangkan mmg ramai dah org Malaysia pegi ehehe..

    cepat2 update.. nak baca lagi2 part makan tu.. onomnom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cepat update tu memang idok la...trip zaman tok kaduk pun x update lagi haha...
      InsyaAllah akan diusahakan

      Delete