Friday, October 23, 2015

thailand, chiangrai & chiangmai- part 1 ( bangkok ke Chiangrai)

Assalamualaikum

dengan ini aku nak memulakan entry untuk trip thailand yang konon-konon birthday trip.
sepatutnya birthday trip yg ideal ialah lepak di Island, hotel mahal sikit, minum pina colada (non alcoholic la opkos)  tepi pantai sambil menyaksikan sunset.
tapii, birthday trip aku ialah tido di airport 2 kali, flight delay 4 jam, kena cherry berry pulak (birthday night) dan naik bas merentasi daerah (ke negeri?) selama 3 jam, ada jugak adengan berlari dalam hujan dan bersiar-siar di bandar degan memakai poncho plastik THB 200.
salah sapa? salah pengebom bangkok tu la kot
Tapi hikmahnya ialah aku dapat menjejak ke sebuah tempat yang sangat awesome!!! I love chiangmai ..gitulah

Kami bertolak dari KLIA 2 pada pukul 5.30 p.m 31 Ogos 2015. Naik Malindo Air, ni kira 1st time la naik malindo untuk pergi luar negara. Berdasarkan rekod lepas-lepas, aku sangat puas hati dengan Malindo Air ni, bila usha dapat KUL-DMK RM200++ apa lagi, terusla rembat

Flight mendarat di Don Mueang International airport around pukul 7.30 p.m macam tu. Beza Malaysia ngan Bangkok ialah sejam. Lepas semua setel, aku jeling ean, ean jeling aku sebab flight kami ke Chiangrai pukul 7.00 pagi esok. Akhirnya, aku langgar sikit amaran Mak aku, kami ambik cab dan pergi Grand Central Plaza sebab tu yang paling dekat dengan airport. Nak pergi night market macam takut pulak, maklumla just 2 minggu je dari insiden pengeboman tu. Sebelum tu kami tinggal beg dekat tempat simpan luggage airport dengan bayaran THB 150 untuk 2 bijik beg

Takde la gambar ek, plaza cam biasa je. Niat nak cari makanan sebenarya, puas la pusing-pusing-pusing, nan hado makanan halal.
Givap dan minum bubble tea dulu. Masa ni dah dekat pukul 10.00 p.m. Kiosk2 makanan pun dah kemas2.

Tetiba kami tergerak nak masuk area food court supermarket tu dan nampak dua kedai Halal..ya Allah, punya la dramamtik time tu, rasa nak sujud syukur sebab memang lapar gila. Satu kedai Indian Food, satu lagi kebab. Kitaorang oder kebab tu, Itu je yang tinggal, menu lain habis.
Sempat jugak la kitaorang beli barang sikit dalam supermarket tu.
maka kalau orang tanya "dah pernah pegi bangkok?" kira dah la kan

Balik tu sambung memmbuta kat airport. Don Mueang ni kira selesa la nak overnight. Surau luas, seat banyak, tempat minum pun ada yang bukak 24 hours.

pose standard
makan kebab dengan linangan air mata (over sangat)

Kat sini subuh agak awal, around pukul 5.00 a.m camtu,
lepas solat subuh, kami pun masuk la departure hall. Besar jugak DMK airport ni, along the way memang banyak coffee shop. Aku sempat la try satu dekat Cafe Muan Chon ni. Harga dia macam starbucks gak la. Airport kan.
Rupanya dari gate nak pergi flight kena naik shuttle bus huhu..maybe domestic je kot kena naik bas ni. Gate kitaorang share dgn Lion Air, sebab diorang lambat, kami pun lambat la jugak. 
Aku naik Air Asia jugak untuk ke Chiangrai. Harga tix dlm RM 80


Around 8.30, kami pun mendarat di Lapangan Terbang Chiang Rai. Comel je airport dia tapi cantik. Gambar takde sebab baru bangun tido, masih blur.

Ambik cab dan terus ke Guesthouse. Kami stay kat Rinlada Guesthouse. Area ni memang banyak la guesthouse. Ala2 taman perumahan lokasi dia. harga dalam RM 75/night dari booking.com
Layan gambar GH yang cute ni. Kat sini boleh booking tour, tapi start kol 8.00 a.m. Maka, tak sempat la nak ambik tour.

bilik yg bersih & selesa

boleh lepak2 depan rumah

cute je building dia. Just 2 tingkat

Ni area reception

Lepas mandi semua, kitaorang macam "krik krik" nak buat apa ni
nak pergi golden triangle macamm tak sempat sebab aku tak study sangat cara nak pergi D.I.Y
tapi yang pasti memang makan masa dalam 2 jam macam tu.
 Last-last kitaorang keluar cari makan la dulu. Tanya adik tu camne nak ke bandar, boleh jalan kaki je dalam 10 menet. Sebelumm keluar barula nak google "halal food chiangrai"

yang pasti, nak mendapatkan makanan halal carilah masjid, Direction ke masjid senang je, cari Clock Tower, jalan depan sikit, nampak 7 E besar, masuk ikut lorong tu...tadaaa 
Jumpe masjid.  
Masjid Darunaman, lawa kan?
masjid kat sini sekali dengan pusat kegiatan agama
Ada la 2-3 kedai halal kat sini. Aku pilih yang ada nasik. Tak ingat nama la, tapi yang jaga dia macam bangladesh gitu.
Ean dengan konfiden "do you have Nasik Ayam" terus kahkahkahh gelak depan budak tu, mana la dia fahamm nasik ayam ean oii...kau ingat ni kedai Tat Nasik Ayam ke. Tapi nasib baik ada gambar.
Kitaorang oder yellow chicken rice dan aku oder Cha Yen. kureng sikit rasa cha yen dia. Nasik tu ok la, Beggar can't be choosers hehe. 


Dah kenyang, menapak lagi ke stesen bas untuk ke White Temple or Wat Rong Khun.
dulu, adik aku pernah tag aku pasal tempat ni dan alang-alang dah sampai, terusla kami menjadikan tempat ni wajib untuk diterjah. Nak pergi dia senang je, pergi stesen bas, carila bas yang ada tulis "white temple". Mula-mula nak naik song theaw, tapi pakcik song teaw tu suruh kami naik bas.
motip pakcik??
Harga tiket bas dalam THB 20 rasanya. 

bus very 80'an. Kipas siling.
Cakap la kat Auntie konduktor tu nak turun wat rong khun, bas ni akan berhenti tepi jalan besar, kena menapak la sikit masuk kat dalam tu.
Boleh pulak kitaorang tertido dalam bas. Dengar sayup2 makcik tu " wat rong khun!! wat rong khun!!"
terkejut, terus bangun dan lompat keluar bas. Kalau makcik tu jahat, dia buat bodo je, ntah mana2 la kitaorang sampai.
Turun je bas hujan turun mencurah2, berlari2 aku ngan Ean. Ada sorag mat salleh tu turun sii jugak, dia bawak payung siap.
Nasib baik la ada kedai depan wat tu. Beli baju hujan THB 200. Sebijik plastik sampah huhu..seb baik kaler fink.

lepak jap tunggu hujan reda. Pekena cha yen sedap THB 50
bila hujan dah reda sikit, kitaorang pun masuk la. Takde entrance fee. Temple ni belum siap sepenuhnya pun lagi.


kepingan2 besi yang disusun sepajang walkway ni. gigih!!
details gila...ada cermin kecik2 kat bucu2 ukiran
satu bangunan lain area wat ni jugak
hujan dah reda, baru la boleh masuk dalam ni, tadi diorang tutup
posing sikit, (simpan raincoat pink dalam beg)
takleh masuk dalam pulak. kang ada yang tergolek dalam "neraka" tu karang
kolam mengelilingi wat ni

scary pulak tengok ukiran gambaran "neraka" ni
katanya ia menggambarkan perjalanan dari neraka ke syurga
memang unik la temple ni. semua pun dipenuhi ukiran-ukiran yang nmpk tedious. Patut le tak siap-siap lagi. Aku rasa lepas siap baru ada entrace fee kot, sebab nampak ada gate macam kat LRT tu. Kat sini jugak ada macam museum kecik, galeri hasil seni pembuat Wat ni ( tak ingat nama)

Rupa-rupanya dekat sini ada lagi satu attraction iaitu Black House, tak pasti la museum ke apa, kitaorang tak pergi pun sebab aku lupa. Aku baca review dalam TA, ada yang kata tempat tu scary huhuu.

Masa nak balik, hujan lagi. So kitaorang tunggu je depan kedai tadi. Mamat yang satu bas ngan aku tu ada gak, dia kata bukan situ nak tunggu bas, kena depan lagi. Aku ngan Ean rilex je tunggu situ sebab hujan. Tetiba lalu la satu song teaw, terus tahan dan naik. Harga dalam THB 30 je. Last2 mamat tadi pu naik song teaw tu jugak. Nasib baik tak ikut dia, 

Sampai Chiang Rai, Beli tiket bas untuk ke Chiangmai esok dan Balik GH dulu untuk solat. Lepas tu keluar balik nak tengok light show kat clock tower. Kali ni kitaorang naik song teaw sebab sesat. try ikut jalan lain, sekali sesat lak. Uncle song teaw tu tak reti English, so dia tunjuk jam dia ngan buat tangan bentuk tower hehe. Bolehla pakcik oi. Kena THB 30.
 
Aku request kat Ean supaya kitaorang lepak dekat coffee shops yang melambak kat area clock tower tu. Kalau tak salah aku, light show ni ada around pukul 7,8,9,10 p.m
 
Coffee shop yang menjadi pilihan kami ialah Pangkhon Coffee. Macam coffee chain la kalau kat area chiangmai-chiangrai ni. Menu tak banyak sangat, kedai pun tak hipster. Tapi lokasi memang cun la, betul2 depan clock tower. Masa tu pulak hujan renyai-renyai. Syahdu sungguh pekena coffee sedap di tepi jendela.
 
Hazelnut latte for me, hot chocolate for Ean. Budak ni tak minum coffee. Harga dalam THB 100++ untuk 2 ni.
 
Sambil minum, borak, layan WiFi free, dah pukul 7 malam, ramai mat-mat salleh pakat berkumpul kat kedai ni. Sebenarnya aku ada tgk video light show ni dalam YouTube, tapiii...sampai masa nya kitaorang like "eh..apasal tak sama pun" Aku rasa la lampu dia rosak kot. Light show ni macam lampu2 dan iringan muzik la. Around 10 minit macam tu. Lagu tradisional Thailand, bukan lagu Hip Hop.
 
Chiangrai ni agak kecik ye, so hiburan dan attraction tak banyak sangat la dalam Bandar Chiangrai ni. 
 
Masa ni around 6.30 macam tu
Light show nya.

Lepas tengok light show, kami pergi cari makan pulak. Lapar jugak la. Asyik minum je dari petang tadi kan. Kitaorang pergi semula masjid tu. Ean teringin tomyam sebab dia kurang sihat masa tuh. Tetiba sambil jalan nampak signboard "makan". Kedai ni sebelum masjid dan sebelah kedai non halal. Dah rezeki kami agaknya, lalu depan tu dan kakak tu tegur dalam bahasa melayu ok. Tomyam takde tapi sup ada. Pun boleh la.. Malangnya Nasik putih habis pulak. So aku oder nasi minyak dan ayam goreng. Ean order sup tulang dan nasi minyak.
Memang sedap la makanan akak ni. Sup dia sedap dan banyak isi. Nasi minyak ayam goreng tu pun sedap. Harga tak ingat la pulak dalam THB 120++ rasanya.
 

belakang sikit 7E tu

Sup tulang yang sedap

Dah kenyang, kitaorang jalan semula ke Night Bazaar. Hujan dah mula reda. Banyak jugak barang comel-comel kat sini. FM dengan T shirt lebih lawa kat sini berbanding kat ChiangMai. Masa tu kami tak beli apa pun sebab rasa Chiangmai mesti lagi happening kan. Aku just beli sehelai thai silk shawl je harga THB 100.
 



Dekat centre point night bazzar ni, bolehla nak lepak-lepak minum ke makan ke sambil layan cultural show. Ada macam-macam show, aku ngan Ean just layan satu tarian ngan ada orang nyanyi. Best gak, mat salleh je ramai melepak kat sini.




Dah lepas round-round, kitaorang pun balik hotel, sempat la singgah beli roti pisang yang sangat femes tu. Tapi pakcik ni punya roti tak la sedap sangat. Last-last tak habih pun. Tak sure either kami kenyang or memang tak menepati citarasa.



So, tamatlah hari pertama di Chiangrai, esok kita ke Chiangmai pulak

dzuli
 

11 comments:

  1. Replies
    1. lawa...sebab lepas hujan, rumput lebih hijau dan menghasilkan effect yg lebih epik gitu

      Delete
  2. cantik Rinlada Guesthouse tu...tak lepak cafe di Chiangrai sbb my sister tak suka minum kopi..huhu..
    Black House tu ntah aper2..byk kulit/tanduk binatang yg diawet je..dgn bangunan2 warna hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami book pun sebab cute hehe...kawan saya tak suka gak coffee tapi selalu paksa dia teman saya.
      kira ok la kami tak pergi black house tu ek

      Delete
  3. syok gk chiangrai ni eh....tapi bila tah aku nak sampai kan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok..kalau kita suka city yg very laid back mmg highly recommended la chiangmai ni
      InsyaAllah, suatu hari nnti. coron pun ko bleh p, chiangmai celah gigi je hehehe

      Delete
  4. mat salleh di mana-mana...wei rajin ko update blog, tlg update blog aku sekali boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..ramai betul mat salleh kat sini.
      tgk naik mood rajin hehe, lagipun excited ak tulis pasal trip ni

      Delete
  5. Hahaha. Statement minum Pina Colada tue tak leh blah! Like seriously.

    I tgk gambar that white temple tue scary la Dzuli. Teringat you ada upload kat instagram, which is tempat tue diibaratkan macam neraka. Phewww! Menakutkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...katanya ia menggambarkan perjalanan neraka ke syurga...dlm temple tu syurga la katanye.. I kagum dengan ukiran dia, boleh dia ukir benda tedious cmtu, detail pulak

      Delete
  6. woaaah cantik white temple tapi yes seram la binaan dia.. CT belek dekat2 sket tngk aaahaa mmg la kan
    nampak cem ukiran seram seram.. konon la eh tu dari neraka ke syurga hewhew..

    ReplyDelete