Tuesday, October 27, 2015

thailand, Chiangrai & Chiangmai - Part 2 (Chiangmai city)


Assalamualaikum
 
harini kami akan bertolak ke chiangmai, silap betul pergi beli tiket pukul 11 a.m. Ingat pagi tu nak merayau2 lagi, tapi aku rasa macam dah habis je attraction dalam pekan chiangmai ni. Hasilnya, kitaorang just melepak dalam bilik layan citer korea yang dialih bahasa Thailand.
 
Mula-mula ingat nak ajak Ean lepak Doi Chang Coffee sebab ada baca Doi Chang Coffee Chiangrai ni owner dia Malaysian, makanan dia Halal..tapi semua dok bergolek je, last2 Check out dan berjalan ke stesen bas around pukul 10.00 a.m macam tu

breakfast simple dekat guest house
Ni semua guesthouse yang ada kat area rinlada. Baan=Rumah
 
Sampai kat stesen bas macam awal lagi pulak. Tapi lepak je la, people watching. Stesen bas dia macam stesen bas Jerantut je.
 
Chiangrai Bus station

Tiket bas
ni lah green bus tu. Macam tranasional kita la lebih kurang
 
greenbus ni ada 3 kelas. kitaorang beli yg second class sebab 1st class mahal, 3rd class habis.
Beza dia just number of seating, refreshment dan masa perjalanan.


boleh beli tiket kat kaunter ni. Dia mintak passport tau
sempat pulak la selfie eh

 
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ramai jugak la foreigner dalam bas nih. Sebelah aku perempuan dari Chile dan lelaki dari China. Aku dok dengar diorang sembang.
sampai dekat satu tempat tu, kami kena tahan dengan pihak berkuasa Thailand. Tak sure la JPJ or Polis. Tapi dia naik atas dancheck I.D. Berdebor jugak la walaupun aku ada passport yang sah hehe. 1st experience kan kena tahan2 gini.
 
Bas ni memang ok la sebenarnya, naik je dapat air, snek. Last masa nak turun dapat wet tissue lagi.
Akhirnya, sampai la kami dekat Chiangmai Bus Station. Bus station chiangmai ni besar sikit. Mula-mulai nak naik cab, tetapi mengada nak naik song teaw ( maklumla takde kat Malaysia, seronok sangat naik mende alah ni). Aku rasa kena tambang THB200 kot. Jauh jugak la dari Bus station nak ke GH kami.
 
Penginapan di Chiangmai, kami memilih The Grace House. Mostly sebab rating dalam Booking.com dan gambar yang cute. Sekali apabila sampai, memang cute, bilik kurang cute. Location memang best, dekat dengan Kalare Night bazaar, masjid dan secara automatic dekat dengan tempat makanan halal. Cuma jauh sikit la dari old city. Owner dia baik sangat. kira aku puas hati la dengan Grace House ni. Harga satu malam less than RM 80 rasanya. Tak ingat dah hehe.
 
Pink sangat
tempat breakfast. Macam ruang tamu rumah je
 
Macam biasa, lepas perjalanan 3 jam dan hanya makan roti+ granola bars, mesti la lapar gila. Solat kejap dan keluar mencari makanan. Boleh ambik map yang banyak2 dalam GH ni.
Masjid Ban Haw ni betul-betul depan kalare night bazaar tu. Belakang stadium muay thai. Banyak jugak kedai. Ean nak makan tomyam, lepas tanya orang dan makan seplastik goreng pisang, kitaorang memilih untuk makan kat Sophia Restaurant. Kedai ni muslim Chinese. Boleh la kan. Tu lah bila lapar, oder macam tak makan sebulan, padahal baru separuh hari.
Tomyam dia sangat pedas dan kaw!! kemain la menghirup masing2 kan..

tomyam, mix veggies dan black pepper beef.

 
Dah kenyang, kami just jalan-jalan dekat night bazaar tu. Takde la beli apa2 sangat. Luas bazaar ni, ada kawasan dalam khemah. ada tepi2 jalan. Ada jugak satu buiding lain yang special untuk kraftangan je.
area kalare night bazaar bahagia
 
 
Kami decide nak pergi area Tha Phae gate. Kali ni nak try tuk-tuk pulak. Kena THB 80. Mahal jugak kan..tapi mengada punya pasal.  Dari night bazaar, nak kata dekat, tak la dekat sangat. Boleh je nak menapak. Tapi sebab kitaorang tak tau kan, tu yang naik tuktuk
 
Yang aku faham, Chiangmai city ni berada dalam satu kawasan "berpagar" la. Ada Tha pHae gate, ada Chiangmai gate gitulah. Old city dalam Tha Phae gate. Kalau salah info, mahapkan aku.
Area ni banyak coffee shop, ada pub sikit, street food pun ada. Depan lagi ada banyak2 temple.
 
Aku suka area ni. Memang laid back habis. Sesuai la untuk aku yang memang suka melepak2 malam hari (bila travel)
 

lain kali boleh usha Imm Hotel. best location dia. Harga la pulak kot tak best
black canyon, chain dari Thailand jugak tapi ada kat Malaysia
tuk tuk menunggu customer
Coffee club ni pun ada kat Malaysia rasanya
area ni best. Ada café hipster, subway, froyo dll

Kitaorang just jalan-jalan, usha2 apa yang patut and last-last mengopi la. Rich Coffee house menjadi pilihan kerana comel dan location best.

tak kuasa nak minum starbucks, banyak lagi coffee shop lain kat sini hehe
kecik je, tapi ramai orang
oder Americano je sebab masih kenyang. Power sungguh kepahitan dia.

Aku sorang je minum. Ean layan wifi ( aku sekali lah kan). Lepas tu kitaorang pun balik semula ke hostel. Naik tuktuk lagi. (macam main campak je duit kan??)

merempit dalam tuk tuk

malam tu jugak la aku kena cherry berry yang dasyat. Keluar air je huhu..muntah pun keluar air. Balik tu kitaorang lepak2 je la, tengah malam tu aku jaga untuk mandi dan solat dan lepas tu straight sampai pukul 4.00 a.m asyik ulang alik toilet. Nasib baik Ean ada pill Chi Kit Teck aun. Aku dah risau sebab aku book tour untuk esok.

Malam tu jugak ialah besday aku yang ke 31. Hahh!!! adakah ini tulah kerana mengingkari perintah Puan Seri Zuraidah???


bersambung

dzuli

11 comments:

  1. mula2 tu booking Baan Warabordee sbb tgk bgn cantik, environment pun best tapi location tak brp cun, walopun boleh jln kaki ke main road..byk guesthouses yg best2, cute2, kat area ni..
    DoiChaang yg halal tu jumpa masa on way nak ke bus station, dah nak balik baru jumpa..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, banyak gh yang cute area ni. bila balik malam pun tak takut sangat, cuma memang gelap sikit jalan dia
      Sama la dengan kitaorang, on the way ke bus station barula Nampak Doi Chang tu

      Delete
  2. happy belated birthday, dzu...untunglah sambut birthday di oversea hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq zilla, haha..memang saja beli time birthday...sambut birthday dlm toilet tahun ni huhuuu

      Delete
  3. Menarik gak ChiangMai nie ek. Happening gile nightlife dia. Maksud I, banyak betul cafe2 dia keliling town tue. Boleh tahan cafe or coffee culture dia kat sana.

    Btw, weii cirit birit kenapa? Salah makan? Food poisoning? Paling risau la kalau cirit birit time travelling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..ipun suka ambiance chiangmai ni..tak happening sangat, tak sunyi sangat. just nice
      itula, I pun tak tau kenapa. rasanya tom yam tu kot, sebab memang pedas. Tapi tak tau la kalau sebab coffee ke kan..

      Delete
  4. cerry berry sbb minum kopi ke rase2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa sebab tomyam kot..tak pun 2-2 sekali. bergabung, meletop

      Delete
  5. Replies
    1. best!! kalau suka mengopi, mmg heaven dtg sni

      Delete
  6. mujur ingkar sikit saja kan ? kalo ingkar banyak ? hewhew..
    adus x best la sakit2 tp xpe.. bila kat tempat orang otometik sakit pun akan kuat..

    suka nightl life kat certain2 tempat.. night market ke.. bestlah sbb mesti ada part makan..
    i is soooo suka u know..

    ReplyDelete