Friday, October 30, 2015

Thailand, Chiangrai & Chiangmai- Part 3 (Doi Inthanon National Park)



Assalamualaikum

laju sikit tulis entry sebab excited.
Hari kedua di Chiangmai. Untuk hari ni kami booking Doi Inthanon National Park tour. Harga dalam THB 1200. Aku booking through website Chiangmai marvel travel.
Pukul 8.00 macam tu kitaorang turun breakfast dulu. Aku dah memang takde selera dah sebab kes semalam. Tengah makan tetiba tour guide dah sampai untuk pick up kami.

Kalau muslim dia tak bagi sosej, teh tu ialah teh bunga. Harum bangat

Tour van pun gerak la ambik ahli-ahli trip yang lain. Sampai kat Lanna Thai GH, satu pemandangan indah ada depan mata haha. Hari ni best sikit sebab tour bus tu maksimum capacity 13 orang tapi ahli tour ada 7 je. Aku, Ean, couple dari England, 2 auntie from NZ ngan pakcik dari spain, tak boleh cakap b.i (me habla no inglish).
Tour guide kami suruh panggil dia Banana. Nama betul dia aku tak ingat.
Tour ni mengambil masa sehari (8.00 pagi- 6.00 petang). Sebelum memulakan perjalanan, van berhenti dulu kat petrol station. Kebetulan dekat petrol station tu ada 7E dengan farmasi. Aku pun terus la pergi farmasi beli ubat, Nak beli ubat pun satu hal, pharmacist tak faham b.i. terpaksa la aku gosok2 perut. Lepas pergi 7E beli vitamin water& 100+. begitu sekali persediaan. Amazon coffee memanggil2 pun aku pandang sepi je sebab takut kopi jadi catalyst kan.

ubat ni capsule- aku belasah je, darurat huhuuu

Dalam perjalanan tu, si Banana ni rajin bercerita pasal Thailand. Dia ni orang Bangkok, tapi tak suka stay kat Bangkok, so pindah le Chiangmai. Chiangmai ni big province, small city. Hujung tahun ada musim bunga gitu. Dia pun ajar la kitaorang sikit2 bahasa Thailand. Katanya loghat chiangmai & Bangkok lain sikit. Contoh "sawadikap", kalau chiangmai "sawadichauu~~~" lembut sikit haa.

1st stop kitaorang ialah Sirithan Waterfall. Ada platform je untuk tengok waterfall nih. Aku rasa kalau datang sendiri boleh je nak turun2 sampai bawah. Kalau tak salah  Sirirathan ni nama Raja Thailand.


sengetkan kepala sikit
Kena menapak sikit. sikit je..

Lokasi kedua ialah Karen Tribe Village. Masa tengok dalam web, kusangkakan inila kampong yang Long Neck tribe tu, excited jugak la nak tengok. Aku tau pasal long neck tu dari kecik2 sebab Abah bawak pergi Museum Negara, pameran "kecantikan something-something"
sekali, anggapanku salah, ini bukan Long Neck tribe village, itu kena join tour lain.

Tour guide aku cakap dulu2 hill tribe Thailand ni tanam opium (candu) so, lepas candu dah haram, Raja Thailand bagi funding supaya mereka tukar tanaman kepada coffee, sayur, dll..itu yang namanya "Royal Project Thailand" tu.

Banana ni cerita jugak yang dulu dia ada kawan orang hilltribe, hisap candu sama2, minum wiski sama2. tapi sekarang mamat tu jadi pensyarah Universiti Chiangmai.


walaupun rumah dari tikar, ada piring astro
Rice terrace belakang rumah

Kat sini banyak anjing, memang le harmless tapi haram. Kuasa la aku nak samak nanti. Makcik NZ tu la yang tolong halaukan untuk kami. Dia tanya " do you afraid of dogs?". Jawab je lah tak takut, tapi kami tak leh pegang ( I don't want to touch a dog, ok) Mana la aku tau anjing tu basah ke kering.

Tengah jalan-jalan, perut rasa tak best. tetiba "bluekk" aku muntah kat sini. Malunya muka I. Semua orang  like " are you ok?" "do you need a water?". Rasa macam nak lari nyorok belakang rumah huhu..
nasib baik ada toilet dan tak kena baju.

Kat sini ada jugak industry kecil menenun kain. Serius lawa kalau nak buat shawl (bukan pakai kat kepala) . Tak la mahal sangat, dalam THB 250. Makin besar makin mahal la. Tak mahal pun, aku mampu tengok je lah.

perempuan dan kain berpisah tiada-aku lah tu
Kakak2 tengah tenun kain sambil makan pisang

Dekat sini pun ada jual coffee. Local coffee yang diproses kat sini. Ramai jugak ahli tour beli. Sekali lagi aku tengok jelah

tu, anjing nakal
Sambil nbuat kopi, sambil pintal benang

Lokasi ketiga ialah Wachirathan Waterfall. Selain dari menikmati keindahan waterfall ni, kat sini jugak tempat menikmati lunch. Yang sini lebih hebat dari Sirithan tadi, plus banyak kemudahan macam tempat rekreasi la. Aku rasa ada port boleh mandi. Kalau nak turun bawah pun boleh, cuma licin sikit. Aku tak turun pun, pakai selipar je.




Lepas tu kami pun dipanggil untuk lunch. Masa book, dah inform dah kitaorang nak halal food/veggie. Dalam emel, dave( org yg jawab emel) kata diorang hanya boleh prepare vegetarian.
Tour guide cakap, dia rasa ayam kat sini Halal sebab dia Nampak logo halal kat plastic. Aku tak berani pulak nak makan.

Untuk kami diorang sediakan tomyam veggie, sayur goreng dengan telur dadar. Tengok tomyam akak dah serender. Perut pun tak selesa lagi, last2 makan granola bar dengan  buah je.
Masa lunch ni la baru borak-borak dengan ahli group yang lain. Couple from U.K (grace & Dan) dah travel together beberapa bulan. Diorang kata ni la moment paling happy bagi diorang. Makcik dari NZ tu baru beberapa minggu start dari Bangkok. Diorang pernah datang Malaysia tapi kat Sabah je. diorang semua cakap Chiangmai lagi best dari Bangkok sebab kurang serabut. Diorang dok cerita pasal style lintas jalan kat asian country ni, umpama mimntak nyawa kalau nak melintas. well guys, kami asian people guna "power of hand" hokeyyy

veggie lunch, makan je la dgn yaqinn

Dah kenyang lunch, tour guide cakap semua boleh tido sebab untuk sampai ke next stop around 40 minit lagi.

Dan, akhirnya kami sampai ke Highlights Doi Inthanon National Park ni ialah King and Queen Pagoda.
Pagoda je?
Pagoda bukan sebarang pagoda, ini pagoda kegunaan King and Queen Thailand, dedicated to the king and queens 60th birthday anniversaries. berada pada.........(tak ingat) dari aras laut. Sejuk, nyaman sekali

Kabus tebal menyelubungi
gambar queen of Thailand
view dari bawah king pagoda
king pagoda kaler brown
Kabus masih tebal. Ini kabus, bukan jerebu
Ada escalator, tayah susah2 panjat
dekat atas sana.
Masa dekat sini sekali lagi kepala dah start pening. Escalator quuen pagoda pulak rosak, memang tak kuasa la aku memanjat. Padahal tak la tinggi mana. Kawan aku naik atas, dia cakap lagi cantik, siap ada kolam bagai.

escalator ke queen pagoda rosak,
yang warna purple tu Queen Pagoda
gambar dari google images. haaaaaaaa~~~~~
Aku usha dari bawah je
kebanyakkan toilet kat sini sediakan selipar kat luar cmni. bagus kan?

Naik balik tour van, aku memang dah pening. Nak bukak mata pun susah. Tour guide cakap kalau tak larat tayah turun. Untuk next spot ada lah nak kena jalan sikit. Seterusnya kami dibawa ke "the highest spot in Thailand" Ada military camp dekat2 sini. Yang menarik dekat sini ialah mossy forest. walaupun tak besar mana, tapi ok la. at least dah sampai dekat puncak tertinggi Thailand. Puncak kinabalu pun belum sampai lagi.
dekat sini ada satu benda, Banana cakap something like GPS ke apa ntah, Ada jugak orang campak duit kat situ untuk goodluck. Tapi kepercayaan orang lain kan, tengok je la.


ada kuil jugak.
baru lepas hujan, licin sikit
mossy yang tak berapa nak mossy la.

last sekali kami dibawa ke Doi Intahnon Royal Project.
This is located at Ban Luang, Chom Thong district, on the way to Doi Inthanon peak. The research station is operated under the Royal Project. The facilities are for research and development of pilot projects for cash crops, which include coffee, cold-climate fruits, and cut flowers. The research station also provides services and information regarding the application of advanced technology to help alleviate poverty, natural resource conservation etc. In addition, information on production and marketing of the products is also available. Tourists can visit the stations charming garden of temperate-climate flowers and a cut-flower nursery- Copy and paste dari Bangkok post

sampai sini, aku dah melepek. Padahal tempat ni cantik. Aku just lepak kat gazebo tu je.
kesian pulak Ean, aku dah merasai pengalaman travelmate sakit. memang dengan kita pun akan mood kelaut.
sempat la snap gambar sikit2 bagi tak ralat sangat.




black swan @ natalie portman
mesti ada coffee shop punya. pun tak try *melepek atas kerusi*



Lepas melawat royal project ni, kami pun pulang semula ke chiangmai. Sebab jemaah tak ramai, so kejap je la drop diorang kat hotel masing-masing. Rasanya dalam 5.30 kami dah sampai hotel.
Solat jap, fresh up sikit2 dan keluar mencari makan pulak. malam tu jugak la baru nak cari souvenir bagai. Hujan lebat malam tu. Tapi gigih jugak. Malam ni kami surrender thai food, nasib baik masa jalan2 semalam nampak Le Spice Restaurant (dekat2 je dgn kalare night bazaar tu), depan pub semua tu.

aku oder paratha ngan teh O (memang minuman mangsa cherry). Aku bayangkan paratha tu macam roti canai kita lah. Bukan ye, dry sikit.  tandoori chicken dia agak lazat. Ean oder Nan dgn tandoori gak. Fries tu ean gak oder.

Dah kenyang, pusing2 la cari souvenir. Serious la best lagi yang dekat Chiangrai. Last2 semmpat jugak la beli Tshirt, baju damdam, souvenir untuk kawan2 sikit. Aku sempat jugak massage kaki. THB 200 je. makcik urut tu kata kaki aku besar. Eh makcik ni, dah takkan la kaki aku kecik lak, tak stabil le aku nanti. motiip???? hahaha
Ean tak urut2 pun, dia dok tawaf satu bazaar. Kat bazar sii pun ada jugak performance macamm orang nyanyi2, buat lawak etc. Food pun banyak. yang halal aku nampak kedai roti pisang je. Kalau tak sempat booking tour online, banyak je tour company dalam ni. Lagi murah pun ada.

ni makcik ni. tapi sedap betul dia urut.
   
Tamatlah malam terakhir di Chiangmai ni. Balik bilik dan tido


dzuli

12 comments:

  1. Doi Inthanon mmg ada dlm wishlist aku sebab nak masuk kat mossy forest tu..tapi tgk gambar ko,err mmg tak berapa nak mossy ekk? macam tak best pula aku tgk tempat ne hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...takde la mossy mana, mebi ada tempat lain ke aku tak sure pulak. Aku baca blog minah salleh mana tah, diorang explore sendiri. So, lagi best sebab boleh mandi air terjun bagai kan.
      pendapat aku, tempat ni ok je, cuma belum taraf "wow" kot hehehe

      Delete
  2. dah kenapa ko muntah?? mat saleh ensem tak dapat merawat loya ko ke..kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah le..sususlan cerry berry tu le kot...mat saleh hensem tak join lagi kat sini. esok baru ada

      Delete
  3. Asian peoples only used the 'power of hands'? Well that's true!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab driver kita nmpk lintasan pejalan kaki pun x reti nak stop hehehe

      Delete
  4. cantik garden tu dengan kabus lagi..

    ReplyDelete
  5. i is suka lagi.. ada makanan ahahha.. =D
    and yes sukalah.. kat mana eh yang ada tengok gajah banyak2 kalo kat thailand?
    so far CT belom trbukak pintu ati nak pegi thailand.. lagi2 la bab bom2 tu.. lemah smangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya gajah ni ada banyak tempat kalau kat Thailand. Hatyai ada, Phuket ada, chiangmai pun ada...Saya mmg dah lama nak jejak Thailand..itu yg gigih reroute tuh

      Delete
  6. ha ah..
    bagus ubat tu untuk ceret beret..
    simpan untuk masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa..yeke..dah buang. sekarang beli charcoal pill aje bawak travel

      Delete