Friday, November 20, 2015

autumn sonata, seoul - part 1 (departure, arrival, dongdaemun)


Assalamualaikum

harini aku dah start bukak buku korea, lepas sebulan lebih dah trip tu berlalu.

macam biasa, tiket diperam setahun. yang si Ean dok asyik counting days je, tak sabar2 nak menjejak kaki mkat negara idaman diorang ni. Macam biasa, akak la mastermind buat itinerary dan carik hotel. Akak jugak yang print subway map (nasib baik teringat). Harapkan apps, hampeh semua pun tak reti guna. itineray dan tips diberikan oleh supplier aku, Zara haha. dan bantuan otai2 korea seperti bibie, DJ,azra

Flight kami dari KLIA2 pukul 8.00 pagi, 2 October. Seperti biasa, team #foreveralone terpaksa bermalam di epot. Takdak sapa sudi nak menghantar pegi epot pagi2 buta (kuis2 tanah). Aku naik last train dari Putrajaya sentral, sampai KLIA2 around pukul 12 lebih. Cari port dan membuta. Cam biasa, aku x boleh sangat tido di khalayak ramai. So, pergi merewang, lepak Texas Chicken and baca novel.

Tepat 8.00 a.m, flight berlepas. Yang best, aku dapat seat sorang. boleh tido tanpa gangguan.

Harapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya aku dapat flight yang package dengan pasar borong. Bising gila. Sebab siang kot, semua pumn aktif. Sebelah aku korean family, Macam-macam hal ,bagi tumpah maggi la, pastu jeritan macam hape. Muka stewardess tu pun semacam je aku tengok.

Kat belah hujung sana ada satu group manusia buat flight macam rumah sendiri. Kumpul ramai2 dan bergelak ketawa tak hengat. Aku ni jarang long haul, tak tau la kalau ni memang situasi biasa kan. Tapi masa aku naik pegi melben last year, tenang dan aman sekali. So, kalau ada duit lebih, book la quiet zone okeh (aku cipskate)

Last2 tak dapat tido jugak.


oder makanan sebab lapar. Nasi goreng je yang ada. Bantai la, sedap gak

Around 3.30 p.m kami pun mendarat di Incheon Aiport. Darat sekejap sebab kena naik tren bagai nak sampai immi check. Sekejap je semua dah setel. Tengok ada maskot korean tourism bagai kat departure hall. Korea take their tourism very seriously. Airport dia rasa sangat welcoming. Lalu2 depan tu dapat la wet tissue sebungkus. Terus aku suruh kawan aku beli card T money kat 7e. Aku tak beli pun sebab mrs smile dah bagi pinjam. Jimat le KRW3000


Dari malaysia kak Yang (travel partner baru). Beliau ialah kakak Ean (travel partner lama). merangkap jiran zaman kecik2 dulu. kembali bertemu selepas 20 tahun terpisah hehe.
Kembali ke topik asal, Kak Yang dah book Olleh egg portable wifi. Kalau tak salah KRW5500/day. Tapi deposit mahal sikit. Almost RM 700 kalau tak salah (ke RM 200, tak ingat lak). Pickup je dekat kiosk dia dekat2 gate 1 tu.
Maka, tercapai hajat nak merasai kelajuan internet di Korea. Aku pernah baca yang Korea ni mempunyai internet terlaju di dunia.

kecik je, risau kalau hilang
Dah dapat wifi, cari airport shuttle pulak. Aku kena naik Bus no 6001 stop dekat Toyoko Inn. Semua benda aku tanya je kat information counter dalam airport tuh. Harga ticket bus ialah KRW14000

beli ticket
Ticket bus pun lawa, bayak discount coupon kat belakang tu

Naik bus sampai tertido-tido. Jauh benor incheon ngan seoul. dekat 2 jam jugak la sebab stuck peak hour traffic. Tanya pakcik bas kat mana Toyoko Inn, so bila sampai dia inform kami. Announcement kejap ada kejap takda.
Dah sampai Toyoko Inn, terpinga-pinga cari GH walaupun dah donlod map, dasar buta map belaka haha. Dalam map tu tulis belakang 7E, kat area tu ada 2 7E, tanya budak 7E punmm taktau. Akhirnya jumpa jugak lepas cross jalan 2 kali.
GH untuk 2 malam pertama ialah Dongdaemun Inn. Reason amik ni sebab murah gila dan dekat dengan subway station. RM 210 untuk 2 malam. Bahagi 3, RM 70/sorang
Tapiii...very oldskool, sempit jugak tapi masih ok. Takde brekfes.

Sampai nak check in, xde pulak orangnya. Dia tinggal no fon, tapi kami ni dok merapu call nombor2 lain kat business card tu...Ala2 nak putus asa, call no yang dia tinggal tu. Tak lama lepas tu dia pun datang. John namanya.
 
betul2 sebelah 7E kecik ni, jalan 2-3 langkah dah subway station Dongdaemun History and Cultural park
very 80'an

Lepas check in, mandi dan solat. Kitaorang pun keluar cari makan. Dah dekat Dongdaemun, harusla makan ikan bakar kan.
Donlod direction dari blog John, tanya grup wassap masih la melilau carik. Tapi kami tak berputus asa. Akhirnya jumpe, tapi tak tau kedai mana satu. Jalan sampai hujung alley tu. siap jumpe kedai jual Dog Soup huhu.

Jumpe la kedai yang selalu direkemen dalam blog tuh. Tutup ok!!
Jalan lagi ada Ajuhma dok panggil2. Kedai dia nampak ok. Kami mesyuarat jap tepi jalan. Tiba-tiba ada suara garau " jumpe ke ikan bakar?" kitaorang like "haaahhh!!!" melayu!!!
borak2 jap ngan couple tu, dan decide untuk pergi kedai ajuhma tadi. Google " do you sell pork" translate korean, tunjuk kat ajuhma tu and dia kata tak. So, masuk dengan yakin bersama-sama couple tadi

banyak kedai dah tutup, lewat sangat ke tahm
 
Kitaorang semuanya noobies, so ambik je ikan yang ajuhma tu suggest. Ajuhma ni peramah jugak le, nasib baik kekangan bahasa. Masa makan dok borak ngan couple tu. Datang honeymoon rupanya and diorang stay kat Hongdae.
 
ikan yang kanan seekor, yang kiri dua. Aku suka ikan kiri
ada nasik, banchan yang terdiri dari pelbagai jenis kimchi dan seaweed soup kot.

Total cost makan kat sini kalau tak salah KRW 23000. Aku tak ingat dah. Lepas makan, hati pun gembira.

ni ha kedainya.
 
On the way balik GH, jalan-jalan dulu kat area ni. Level excited masing-masing dah 200% agaknya. Semua pun nak ambik gambar. Masa lalu depan Doota, aku teringat pernah baca blog JM, dalam ni ada kedai souvenir murah. So, kami pun masuk. Masakla hari pertama dah beli souvenir kan. Aku just beli benda2 untuk opis dan sudu garfu korea tu je. Diorang memang beli habis, katanya dah malas fikir untuk souvenir nanti. Pekerja dia semua boleh cakap melayu. Tapi aku rasa more kepada bahasa melayu Indonesia. Kedai ni level 6, Doota mall.
 
kedai kecik je
 
Dah memborong, jalan-jalan lagi.
 
depan Dongdaemun design plaza

Minglion, Doota (shopping centre) ada kat sini

Tetiba aku teringat bibie pernah upload gambar dekat LED flower. Gigih google. "LED tulips dongdaemun". Pusing-pusing area DDP tu dan jumpe. Lagi la sakan memasing bergambo. Bukan tulips ye, tapi rose. Dongdaemun Design Plaza (DDP) ni memang very futuristic rekabentuk dia. Terkesima la jugak. Kagum kemain.

Macam kapal alien je.
lawa jugak, meriah dengan lampu-lampu.
lampu dia tukar-tukar. ala2 berkelipan la

Nak pergi LED rose ni kena masuk kat celah building tu dan naik ramp. nanti terus Nampak benda ni. Ada pagar, so takleh la masuk. Masuk dalam DDP ni aku pun x sure boleh ke tidak and ada apa sebenarnya dalam tu. Aku nampak macam exhibition hall camtu lah.  Ada termasuk sekali pun sebab exit subway.



lawa. Ini melambangkan kegigihan menanam bunga ni sekuntum2

test Xiomi Yi Ean, Low light condition dia ok jugak

Dah puas selfie, wefie dan lain-lain. Kami pun balik GH. Singgah 7E beli makanan untuk breakfast esok. Walaupun tak sampai half day untuk hari 1st ni, agak puas hati la sebab dapat pergi tempat yang ada dalam itinerary.

Banana milk- minuman wajib, Coffee yang sedap, beli roti dan Jem.

Bersambung untuk hari kedua yang banyak cabaran.



dzuli

11 comments:

  1. Aku tak penah naik bas dari epot tu, tp mcm dgr katanya 10k je, awat dah naik rege ke.. Tapi subway pun br naik rege, seteress!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la..aku pun pernah baca 10K...naik bus airport sebab stop dia sangat dekat dengan hotel aku..
      wau..korea pun naik harga. lepas ni ada modal la menteri kita hahaha

      Delete
    2. bas epot tu ade dua jenis
      satu yg 10k won ( normal airport bus, seat 2-2) , satu lagik yg 15k won (yg ni deluxe seat 2-1)
      bus 6015 ke myeongdong 10k won saje .. bus 6001 15k won ke myeongdong
      *tu dia akak kawasan dah nyampuk*

      Delete
    3. akak kawasan, tempat beli tiket kat kaunter yg sama ke?..aah, bas aku naik tu seat 2+1..

      Delete
    4. ha'ah tempat beli tiket sama jer ... cuma tambang bas tu je berbeza2, ikut nombor bus

      Delete
  2. aku belum terbuka hati lagi nak meng-k-pop ...
    kau cerita best-best ..
    hati aku terbuka ..
    aku folo itinerari..
    ngeee..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. igt i sorg je yg belum terbuka hati nak g korea.. hahah.. kita geng!!

      Delete
    2. doc, dulu saya pun cenggitu..letak seoul dalam wishlist no 400.. tapi kerana pengaruh rakan sebaya...and not bad la walaupun kami hanya pergi tempat2 mainstream.

      Delete
  3. ikan bakar dongdaemun..banchan tu tak berapa nak lalu makan...saya cuma mkn ikan saja..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dgn saya, makan ikan ngan nasik je..sup tu pun x leh masukmmmmm

      Delete
  4. Bijak bestari kan cari DDP tulips hahaha. Sibaik jumpa. Aku tengok yang Azra baru upload, lagi lawa ah diorang tanam kat area baru. Harus nak gi terjah lagi ni.

    ReplyDelete