Thursday, November 26, 2015

Autumn sonata, Seoul - Part 2.1 ( Gyeongbokgung Palace, Insadong, Vegetarian Restaurant)


Assalamualaikum

Lepas jalan-jalan kat Gwanghwamun tadi, kami jalan sikit untuk ke Gyeongbokgung Palace ni. Kalau tak salah ada 3 main Palace dekat Seoul ni, tapi kitaorang pilih satu jelah.

Tempat ni memang dekat sangat dengan Gwanghwamun square tu.
Kebetulan masa sampai ada Changing Guard Ceremony. Memang kira bernasib baik la jugak, ada time-time tertentu untuk upacara ni

Ramai dah menunggu
abang2 guard
macho je muka masing2

Harga tiket KRW3000/person. Kami tak ambik pun Secret Garden tour sebab takut tak sempat.

Tiket masuk
Masuk dalam dan jalan-jalan sendiri je. Tak besar sangat pun tempat ni. Tapi cuaca menyebelahi kami, memang syok jugak melayan tempat ni. Senibina dia lebih kurang dengan Jongmyo Shrine tadi cuma lebih colorful.

Perasaan dia? macam berada dalam set periodic drama korea.
Ramai sungguh orang, maybe sebab hari sabtu kot.
sini boleh gambar2.
depan istana mesti ada pavilion.
main building Gyeongbokgung Palace



intai dalam sikit. Ada throne.
Jalan-jalan lagi..

lawa nih, tengah tasik
lepak2 kat bangku, rehatkan kaki
jalan2 Nampak budak2 pakai Hanbok. Ajak gambar, sporting diorang ni
remaja pakai hanbok pun ada.
 
Katanya sapa pakai Hanbok boleh masuk dalam ni free. Tak tau la betul ke tak. Ramai gak macam teenagers dok jalan2 pakai hanbok. Cute je tengok.

Dah habis lepak dalam ni, kami nak ke Insadong pulak. Nak makan, nak pergi Bokchon dan nak layan suasana Insadong yang katanya very hipster tu.

 Perut memang super lapar la masa ni, on the way nak ke Insadong, Nampak pakcik van jual waffle dengan kuih apa tah. Try la beli, KRW 2000 rasanya, ada 6 bijik. Dalam dia iti kacang merah. Sangat sedap. Teringat2 lagi huhu. Aku tengok waffle yang diorang jual bentuk love dan letak whipped cream dan honey. Lain sikitlah dari kat Malaysia.

Macam bahulu, ada inti dan lebih chewy
Follow je map nak ke Insadong ni, masa dekat Gwanghwamun, kami masuk booth KTO untuk ambik map. Dapat la pulak ala2 goodies bag yang banyak sample cosmetic product, voucher dan map.
Insadong ni dekat je ngan Gyeongbokgung ni, boleh jalan kaki. Suka tengok building kat sini, sangat hipster. Eros Museum pun ada, aku ajak pegi diorang taknak hahahaha.


cute, kalau banyak masa memang konpem aku ngeteh kat sini
double cute. Maafla gambar senget, malas nak straighten haha
Ramainya umat.
street performance pun ada
ada street performance, jualan kraftangan dll. I like.
tak masuk pun, lalu je. Ajuhma, tepi!! ni je satu gambar sempat ambik huhu
Terus mesej kakak kawasan Bibie Karim kat mana nak makan. Dia suggest veggie Restaurant. Siap screenshot direction lagi. Thanks Kakak!!

Senang je jumpa kedai tu. 
masuk dalam, duduk dan oder. Aku ni bukan penggemar sayur, so semua makanan aku pandang sepi. Perut memang lapar gila nih.
Last-last aku oder spicy something2. Ala2 veggie meat yang digoreng dengan sos pedas. Kawan aku oder set bibimbap. Kami jugak oder sepinggan fried dumplings.

hasilnya, cannot go. 2-3 suap and aku givap. Tak leh masuk huhu. Kawan2 aku makan sampai licin pinggan. Nasib baik la dumplings tu sedap.

aku punya food yang bawah belah kiri. yang lain ialah semua ahli set bibimbap.

macam sup soya bean pun ada. side dish berlambak2
ni ha kedainya.
Total makan dalam KRW 32000 camtu. Bibimbap set hanya KRW 9000.

Kesilapan kami ialah tak solat siap-siap kat sini dan akibatnya akan diceritakan next episode hehe

bersambung...

dzuli

13 comments:

  1. Ai is pun pesen tak makan sayur..
    Ai is paham perasaan Yu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..five
      kalau sayur campur2 ayam ke boleh la jugak nak makan

      Delete
  2. Replies
    1. fried dumplings. inti macam tauhu, suun, sayur

      Delete
  3. eh dkt keeeee gyeongbukgung pi insadong??apesal aku rasa cm jauhhhh je...kena naik teksi...hehehe

    makanan tu nampak sedapppp...tp bila tau sayur, erk kenot go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku jalan kaki je wei huhuu...dekat tak la dekat sangat, tapi bolelah nak jalan

      kan.. ni la makanan yg aku rasa out sikit sepanjang kat seoul ni

      Delete
  4. susah x nak cari tempat solat kat sana ? ke main solat je celah mana2 ?

    ReplyDelete
  5. comel kan hanbok.. kalo murah mmg rembat dah.. hehe.. kat sini xde sewa pakai hanbok ke.. boleh posing2 gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area insadong ada tempat pakai hanbok. area KTO

      Delete
  6. Set bibimbap dia memang meriah. Mak aku siap belek menu berkali2 kot lah dia charge lebih sebab banchans melambak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, terkejut kitaorang bila menu smpai, penuh meja...
      tapi semua pun aku xleh telan haha

      Delete