Monday, November 9, 2015

Thailand, Chiangmai & Chiangrai- Part Finale (doi suthep tour, wat chedi Luang dan Bo Sang Umbrella Village)


Assalamualaikum

dah ke part last untuk entry Thailand ni. Sebenarnya kami ada 3 days je full untuk trip ni. Ye lah flight KUL-DMK petang, DMK-KUL pagi buta. Tu lah masalahnya bila tiket murah kan. Tapi apabila menyedari kekurangan duit dalam poket sendiri, pasrah je lah.

Untuk last day ni kami ambik Doi Suthep Tour. Ni la akibat tak research sebelum pergi travel. Main bantai je lah. Sebanarnya banyak attraction luar chiangmai ni. Kalau pencinta binatang, ada tempat Gajah, Tiger Village apa ntah (boleh peluk2 harimau). Lepas tu boleh jugak ambik daytrip pergi Pai (kawasan Tanah tinggi ala-ala Cameron). Nak pergi Golden Triangle pun boleh, sempadan Thailand, Laos dan Myanmmar.

Actually masa kami datang ni sebelum raya haji. Ean cakap kat aku "orang panggilan Haji, kita panggilan temple" T_T. Doi suthep tour ni kami book through hotel. Harga dalam THB 500. Half day tour.  Doi suthep ni ialah temple la ye. (Wat Phra Tat Doi Suthep).

The temple is often referred to as "Doi Suthep" although this is actually the name of the mountain where it's located. It is a sacred site to many Thai people. The temple is 15 kilometres (9.3 mi) from the city of Chiang Mai. From the temple, impressive views of Chiang Mai can be seen.-Wikipedia

Pagi tu, tengah breakfast aku nampak tour guide semalam (Banana) datang GH tu, ingatkan dia nak jemput orang lain. Sekali dia panggil nama kitaorang. Maka berjodoh lagi la tour dengan company tu.
Untuk hari ni, katanya tour bus full. Kena pickup orang dari 7 GH sekitar Chiangmai.

air mineral kat hotel. Chang ni jenama beer yang femes kat Thailand


Sampai lagi dekat Lanna Thai GH. Aku cakap kat Ean "eh, mamat semalam la beb"
sekali dia naik bus kitaorang.
sampai tu jelah ceritanya..

Memang ramai betul harini, penuh bas. Ada couple dari china, couple dari London, couple dari spain, couple dari mana ntah, 2 perempuan dari Germany dan akhir sekali abang kacak dari U.S
couple dari China tu memang PDA tak boleh blah.. couple lain rilex2 aje. Yang sweet couple London tu, (kuis2 tanah #foreveralone)
Ada satu part tu si tour guide tanya la couple2 ni dah berapa lama diorang together. Ada yang 5 tahun, 3 tahun, 9 tahun pun ada. Banana cakap kalau Thais ni, jumpe 3 hari je dah boleh terus kawin.

okey, 1st stop kitaorang ialah Meow Tribe village. Tribe village lagi. haha
yang ni lain sikitlah dari semalam. Lebih besar, maju sikit. Ada sekolah, museum, kedai pun banyak.
kalau plan nak join tour ni, takyah la beli souvenir dekat Night Bazaar. Souvenir dekat sini lebih murah dan banyak pilihan. tapi sebab kitaorang dah shopping semalam. Hari ni just tengok-tengok je lah. Dekat sini ada beberapa peniaga muslim jugak. Oh, couple china tu tak join untuk village ni, dia mintak tour guide drop diorang dekat Bhu Bing Palace kat bawah tu. Apa attraction situ aku pun taktau

mamat baju merah tu la, serius hensem. dari USA katanya, tapi aku sure outfit ko semua beli kat night bazaar kan

cantik-cantik jugak kraftangan diorang #dasarwanita
beli souvenir kat kawan2 chaghe ni. Cute

aku tengok couple dari London yang cute tu belikan awek dia gelang dekat makcik2 yang jalan2 tuh.
so sweet 2.0.

Lepas jalan-jalan kat sini, barulah kami pergi ke Doi Suthep Temple tu. Masa naik van, kelihatan Michael dah join minah Germany tu. so, diorang duduk kat tempat couple china tadi. Bila couple china tu naik baik van, diorang dah kena duduk asing hahaha...tak bolehla uolls nak bermanja2 dalam van.
Temple ni atas bukit, boleh naik tangga, boleh jugak naik lift. Tour guide kami dah belikan tiket lift, so tayah la membanting tulang naik tangga. Sebelum naik, Tour guide dah pesan kat minah2 salleh tu agar "menutup aurat". Aku respek sikit la minah2 salleh ni, diorang ni memang dah prepare shawl bagai. Takde la issue2 tak respek culture orang lain. Lelaki takpe pakai short pants. Banana cakap nanti kosentrasi monk terganggu kalau nampak perempuan seksi hehe.

adab-adab dalam kuil

ni pendapat peribadi aku la kan, respek je la adab2 diorang. Ada beza respek dengan ikut agama diorang. Itu aje. Aku perati ada bunch of tourist dari China kot, pakaian punya la seksi, baju eyelet crop top (nampak pusat bagai), skirt pendek. Bagi aku tu memang la tak patut.Padahal aku fikir pulak China kan biasanya Buddhist, temple ni Buddhist, should be diorang lebih faham adab-adab kat temple ni.
By the way, area sembahyang kami tak masuk pun. Jalan-jalan luar je. Pergi la lookout point yang nak tengok Chiangmai city tu, sekali tempat tu tutup sebab renovation..dem!!!


satu yang aku suka, ukiran diorang...tu yang rajin menjengah temple
kena tanggal kasut. Kalau tak salah macam banyak je prayer hall
pagoda emas. ntah le emas betul ke kaler je

dekat loceng ni satu hal. Ada tulis "Don't touch", then satu group tourist China jugak dok main-main, ketuk2 benda ni. Apa la masalah korang ni ?

Untuk turun, kitaorang guna tangga. Boleh je nak guna lift tadi, tapi takpe la. Tepi tangga ni ada dua ekor naga. Naga ni dalam bahasa Thailand dipanggil "naga" jugak.
ada jugak budak-budak pakai pakaian tradisional. Cute je. Kawan aku nak bergambar, tapi aku rasa macam kena duit je, takkan la free kan? tapi lepas tu Nampak ramai je dok bergambar dengan budak-budak ni huhuu.

takde la tinggi mana pun.
cute je.
dekat bawah. kat sini la drop off/pickup point, beli tiket dan ada banyak gerai2 jualan

lepas tu kami pun terus dihantar balik ke GH/hotel masing-masing. Hari ni takde borak-borak pun dgn jemaah yg lain sebab takde kesempatan.

Sampai GH pun bukan boleh masuk dah bilik sebab kami dah check out tadi. So, teruskan dengan acara mencari makan dan solat. Harini kami makan kat Le Spice lagi haha. Satu sebab ialah lebih mengenyangkan dan banyak pilihan. Walaupun macam kedai indian food, ada je menu2 makanan thailand.

Macam biasa la, kawan aku yang sorang ni, kalau tengah lapar, dia punya oder memang tak padan dengan badan, Untuk lunch ni kami dah tak oder Indian food. Aku oder nasi goreng+ pulut mangga. Ean oder nasi putih+grilled beef salad dengan Black pepper beef kot. Portion memang besar. Grilled beef salad ni memang antara signature dishes kat chiangmai. So, kat sini la boleh try yang halal version. Pulut mangga dia memang terbaik. Antara yang paling sedap la pernah aku makan. Ean yang tak berapa suka pulut mangga pun cakap sedap. Aku rasa total lunch ni dalam mTHB 400-500 jugak le. Splurge sebelum balik.

nasi goreng so-so aje. black pepper beef tu sedap gak
pulut mangga sedap. Tapi mangga sikit. THB 60


Lepas makan, kami solat jap dekat masjid Ban Haw ni.
Lepas solat...krik krik krik krik

Last sekali kami buat decision nak pergi Wat Chedi Luang. Jalan kaki sikit dekat area Night Bazaar untuk ambik songteaw. Aku tak ingat mula-mula uncle tu caj berapa.
nak tau sejarah baca sini
area sini macam kompleks temple pun ada. Banyak la temple2 dan benda2 berkaitan buddhist area ni.

wat Chedi Luang 
dalam ni tempat sembahyang diorang
Buddhist manuscript library and museum
aku tengok ada patung buddha gak dalam ni
ntah la apabenda ni

masa nak balik, tiba-tiba makcik@co driver songteaw tu offer untuk bawak kami ke kawasan perindustrian sankaphaeng  dengan bayara THB 300 termasuk dengan wat chedi luang tadi. Sebenarya Ean teringin nak pergi Bo Sang Umbrella Village. Pakcik tu offer untuk bawak kami ke tempat kulit dan silver. Kitaorang cakap tak cukup masa. Koser la nak tengok silver2 semua tu. Bukan nak beli pun

gambar dari google yang membuatkan Ean tergoda nak datang sini

Jauh jugak sankaphaeng ni. Aku dah nak terlelap atas songteaw. Tak tau kenapa, aku suka naik menda alah ni. Chaghe gak haha. Boleh usha2 pemandangan. Ambik gambar pun senang
Bila sampai, errr...tidak seperti dalam internet ya kawan-kawan
agak usang, suram,muram dan duram
aku bayangkan ada la aktiviti kaler2 payung ke, nan hado (ke aku tak perasan)
Payung ni dibuat dari daun mulberry (sa Paper)

payung macam dah seasoned. Diorang tak colour balik
frame payung
Pun sama, kaler dah seasoned. Tak cantik
souvenir shop. Agak murah, dalam THB 250-500 mengikut saiz. Memang tak beli le

Masa on the way balik, uncle tu masih tak putus asa, dia singgahkan jugak kami kat kedai kulit tu. Demi menjaga hati, aku pusing2 jugak la dalam tu. Mahal ooh,

kebanyakkan song teaw kaler merah. Ada attraction places ditampal. Diorg boleh bawak pergi tempat2 tu
aku perasan kat Thailand, ramai pakai vespa camni.
the famous wayar letrik berselirat
 
Sampai GH baru pukul 5.00 macam tu..
sekali lagi, krik krik...flight kami pukul 11.00 malam. ada 6 jam lagi.
So, aku ajak Ean mengopi buat kali terakhir. Ingat nak layan kedai kopi depan GH tu, sekali dah tutup pulak.
Aku sarankan, kalau datang chiangmai plan la elok2. Sayang, tempat ni best, tapi lack of preparation membuatkan aku miss tempat2 yang lebih menarik.
Jalan-jalan cari kedai kopi lain, jumpe steel bridges ni. Nak hilangkan kempunan tak dapat pergi Bridge River Kwai, Kanchanaburi, sini pun boleh la.

ada jugak orang memancing

last-last apa yang kami buat ialah pergi semula ke Tha Phae Gate just untuk minum haha..
tu dah memang mati kutu tahap mega. Sebelum tu mintak tolong tokey GH bookan teksi untuk ke airport malam nanti.
Sebab Ean taknak minum kopi, petang ni kami layan juices pulak dekat satu kedai nama Fruiturday. menu2 dia menarik gak. Pulut mangga pun ada tapi versi hipster sikit. Perut rasa masih kenyang, so kami minum air je. Lepak2 layan wifi

cute kedai, sebelah Rich Coffee House semalam
watermelon Juice. THB 45/50 (tak ingat dah)

Around pukul 7 lebih camtu, kami balik GH semula. Lepak2 tunggu teksi. Rupanya dekat je Chiangmai Airport ni dengan pusat bandar. Tak sampai setengah jam rasanya. So, kami check in bag, solat dan rileks2 aje. Utuk Chiangmai-DMK kami memilih untuk naik Nok Air. Nok maksudnya burung dlm bahasa thailand. Jangan ikut maksud dlm bahasa melayu. Tambang dalam THB 100. Mula-mula nak beli Thai Lion Air, tapi setelah membaca bad review, takpelah bayar lebih sikit.
Naik flight terus belayar, letih sungguh.Tetiba aku dengar sayup2 suara Ean
"halal?, muslim,? halal" dalam hati aku "amende plak ni"

rupa2nya pramugari tanya dia nak Chiken ke chocolate. Tapi slang pramugari tu ean tak faham. Lepas tu apa lagi kitaorang, tengah2 malam dok kikikiki gelak.
dapat light snack iaitu auntie anne's pretzel ko. Tapi bukan soft pretzel tu. Perut dah lapo. bantai jela

sedap jugak chocolate pretzel tuh
 
sampai DMK dah pukul 12 lebih. Ingat ok le, flight kami jadual pukul 8.30 a.m. tiba2 around pukul 2-3 a.m camtu dapat emel,sms,call cakap flight delay ke pukul 11.30 p.m
gila!!!! dekat 12 jam aku nak kena lepak airport nih. Tapi pasrah je lah. Ambik port baek dan tido. Tapi aku ni memang jenis susah sikit. Puas aku merayau2. Sempat layan Amazon Coffee secawan.
Around subuh, pergi solat dan lepak dalam surau. Borak2 dengan student UPM yang praktikal kat Bangkok. Untuk la korang. akak dulu praktikal kat Kuantan je dik.

Hot Chocolate. THB 50 rasanya

Kemudian, sessi mencari makan. Ada satu je tempat halal, tu pun ada kebab je. Bantai la. Dah perut lapar, oder kebab dengan Hong Kong waffle. Budak2 tadi pun makan kat sini. Sempat tengok drama minah salleh mintak coffee extra shot, tapi budak tu tak faham. Minah tu dok kalut "I already pay for it bla bla". Hello minah salleh, punya la belambak coffee shop kat DMK airport ni yang ko minum kopi kat kedai jual kebab ni dah kenapa. Budak tu bukan barista. Silap betul kitaorang tak keluar pergi chatucak market. Maklomla dah letih dan stress. semua pun jadi huru-hara

doner kebab. Tak sesedap yang dekat Grand Central Plaza
Gini Hongkong waffle. Panas sedap, sejuk tak berapa

cabaran kedua, masa nak check in bag. Apakejadahnya ntah orang depan aku ni macam2 hal. dah la yang jaga kauter tu pun lembap semacam. Nak pasang tag pun terhegeh2. Pastu mamat depan aku ni boleh plak nak check in kan untuk bini dia, lepas tu bini ntahmana2, kena panggil pulak. Lepas tu dia transit ke apa tah, si minah jaga kaunter tu kejap2 pergi bboth Lion kat belakang. 2-3 kali jugak la. Memang menyirap aku, padahal depan aku 2 orang je kot. 2-2 pun ada problem. sampai turn kami, tak sampai 10 menet dah settle.. Grrrr

Akhirnya, masuk departure hall, sebagai meraikan kesabaran kitaorang. Kami velanja diri sendiri secawan starbucks. Ingatkan dah takde coffee shop lain, sekali jalan depan sikit ada 3-4 jenis jugak la..ciss... Lagi satu WiFi DMK ni tersangat la leceh. Kena login dengan emel la apa la lepas tu bagi 2 jam je. Aku dah 12 Jam kot. Puas la clear cache log in balik. Hmm..

Ice caramel macchiato
 
Cabaran terakhir, flight delay lagi sejamm...Adoi...dengan tak mandi 24 jam, ngatuk semua cukup. malindo ni hampeh sikit, kalau A.A lambat cmni ada gak diorang bagi lunch ke apa ke, ni nan hado. Last2 naik dan membuta. Sampai KL dah pukul 5 lebih. Nak makan ngan ean pun tak sempat sebab supir aku kena balik awal, ada dinner katanya.

So, tamatlah story chiangmai ni. Agak menguji kesabaran la trip kali ni. Tapi apa pun trip ni memang memberikan pengalaman baru untuk kitaorang. Kalau orang Tanya "nak pergi lagi ke Chiangmai?"
dengan laju aku jawab "NAK"

 summary, expenses dan sedikit tips akan ditulis dalam next entry (kalau rajin, maruku tak goreng lagi ni, esok dah raya)
 
dzuli

13 comments:

  1. i nnt pun cam x sempat je gi chatuchak.. mayb pergi Talad Rod Fai Srinakarin Train Night Market dgn Bobae market 4th bridge je kot.. sbb chatuchak bukak ahad je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahtucak bukak sabtu ahad katanya.. tu semua kat bangkok ke?

      Delete
    2. oo.. yeke.. tp kalau x salah kitorang sampai kat Bangkok hari isnin..

      aha semua market tu kat bangkok...

      Delete
  2. ehehhe bab shopping best amat ni.. boleh tahan gak eh benda2 yg boleh buat souvenirs kat sana..
    ehehhe cepat2 update laaaagi entry lain.. itew dok tunggu korea ni nak tngk daun2 cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, best jugak la barang2 souvenir dia. tapi x beli banyak pun, duit takbanyak hehe...
      err..entry korea tu ntah la bila nak buat hehe

      Delete
  3. Kalau you cakap nak pergi untuk 2nd times, maknanya best la tempat tue. Macam recommended jek! So maknanya kena plan gi Chiangmai la jugak nie gamaknya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. i rasa best. IDK sbb 1st time pergi Thailand or mmg i suka chiangmai. I rasa mcm semua kat sini best. the town, the people and coffee culture especially hehe...

      Delete
  4. hahahah kuis2 tanah forever alone aku gelak sakan okeh....hahahaha hadoi kalo aku terkuis2 smbil terkulat2 gak laa...hahahaha!

    wei logik la org pakai seksi2 gitu wpun tak tmpt suci diorg, kita pun ada yg selamba masuk masjid tak tutup full aurat kan...siap jambul2 keluar lagi kalo dtg wedding tuh...hohoho pasrah je la, tak kira agama mana pun, kalo tak hormat tmpt suci tu mmg payah la kan...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kuis2 tanah ngan kawan aku..seb baik travel 2 org, kalau sorang, lagi kuat kuisan tu..
      aah kan, betul gak tu..patut la masjid putrajaya bagi jubah kat orang nak masuk, candi bagi kain tutup kaki bagai.
      tapi kalau ko tgk pompuan tu punya pakaian, ko akan rasa common sense dia letak kat lutut...opps.. :-D

      Delete
  5. kiranya berbaloi jugak ko datang sini...banyak attraction yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka culture2, temple2 mmg best, nature dia pun best
      tapi sblm pegi research bnyk2 untuk elakkan krik2 moments cm aku hehehe

      Delete
  6. long neck tribe nan ado??!

    alohhh....
    * kuis kuis tanah jugak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, salah ambik pakej. ingatkan tribe village je ialah "long neck"
      long neck jauh sikit ke pedalaman, kena ambik tour khas rasanya

      Delete