Tuesday, November 10, 2015

Thailand, Chiangmai & Chiangrai - Rumusan

Assalamualaikum

Harini terlebih rajin (read: terlebih bosan)
so, aku buat la sedikit perbentangan bajet, ringkasan itinerary dan sedikit tips2, kot2 boleh membantu sesiapa yang nak pergi chiangmai
ni just personal opinion la, aku tau kebangkitan tour agent yang mencanak2 naik semenjak dua menjak ni, ada yang bayar duit pastu kemas beg and jalan. tayah susah2 pikir. Tapi aku suka planning untuk trip. walaupun kadang2 apa yang kita plan tu ada hiccups/tak menjadi kenyataan tapi aku rasa tu ialah beauty of travelling. Aku ni takdela travel banyak mana pun tapi kalau boleh aku ak setiap trip aku tu ada something memorable. Sejak aku pandai/belajar buat itinerary (Zara ialah orang yang paling banyak ajar aku buat itin selain dari baca2 blog), memang aku akan buat elok2.
kecuali...
TRIP NI, Itinerary aku tulis pakai pen atas kertas yang aku koyak dari mana ntah
takde budget estimation, takde tulis source makanan halal, takde plan nak pergi mana
memang totally bantai. Akhirnya duit mengalir laju dan sedikit rasa tak puas hati (rasa nak ripit)

budget

Flight ticket
KUL-DMK-KUL (malindo air) = RM 220/person (luggage and snack included)
DMK- Chiangrai (air asia) = RM 80/person
Chiangmai-DMK (Nok air) = RM 100++/person (luggage and snack included)
* semua ni sebab change of plan saat akhir, so budget untuk transport bertambah RM 200 dari asal)
kami memilih naik flight instead of train atau bas sebab jimat masa. Train 11 jam perjalanan dan sleeper harga THB 1600++ (lagi mahal dari flight)

Guesthouse
Rinlada House= RM 75/night
The Grace House= THB 1950 untuk 2 malam (lebih kurang RM 200)
*kedua-dua GH ni highly reccomended, lokasi best, bersih dan owner baik. Harga pun ok

Ground cost 
masa ni tukaran wang ialah THB 12.03 untuk RM 1. Aku tukar 7000THB

Doi Inthanon Tour = THB 1200/person

Doi suthep tour=THB 500
* kalau taknak ambik tour, bole je naik songteaw tapi sendiri tanggung le, bukit bukau belit2 hehe

Green Bus Chiangrai-Chiangmai= THB 169

Wat Rong Khun= THB 50 aje  return (bus& songteaw), xde entrace fee

songteaw utuk Chedi luang and bo Sang umbrella village =THB 300

Taxi,songteaw dan tuktuk merupakan benda yang paling menghabihkan duit kami, sebab apa? kembali ke main point, tak study betul2 hehe...ada tempat dekat pun kena tuktuk sampai THB 80

Ni antara expenses yang aku ingat:
Taxi DMK- Grand central Plaza =THB 200
Grand central plaza-DMK =THB 150 (pakai meter)
songtew sebab sesat kat chiangrai= THB 30
Taxi airport chiangrai ke GH =THB 200
Songteaw stesen bus chiangmai-GH= THB 200
tuktuk ke Tha Phae gate = THB 80 (160 return)
taxi dari GH-airport chiangrai =THB 200


Halal Food
Chiangrai- Aku rasa tak banyak halal food kat town centre, yang paling senang pergi je masjid tu. Ada la 2-3 kedai. Tak mahal mana, ok je
Chiangmai - Dekat masjid jugak, agak banyak pilihan, Le Spice area Kalare Night Bazaar, ada beberapa lagi dekat bandar. Jauh sikit. Le spice mahal sikit tapi sedap. Kitaorang bawak granola bar dari malaysia hehe

Coffee culture
banyak gila pilihan, yelah kawasan pengeluar coffee kan.Harga pun ok
Dari yang mainstream (Coffee Club, starbucks ddl) sehingga yang hipster.
boleh check a few website yang tulis pasal hispter coffee shop at chiangmai/chiangrai)

Kalau nak yakin lagi bahawa Chiangmai ni best, boleh start usha2 Buzzfeed travel, matador network dll. Memang banyak artikel suggest Chiangmai sebagai top destination for backpacking. Maybe sebab location yang hampir dengan border Laos, cantik dan pilihan yang banyak untuk explore.


sekian,

tutup buku




dzuli

8 comments:

  1. I'm the one who taught you to do itinerary? No wayy! I'm not an expert either. Macam I cakap, I don't have ample time and space like other people do. Sebab tue, I kena make sure I could get to all the places that I wanted to go within that period. Sebab kita kan tight up with our work commitment and stuff. Kalau I ada banyak masa macam orang lain, tak hingin gak buat itinerary nie. Lantak je la. Explore selagi mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..I pulak suka buat itin sebab tak suka gelabah2 kat sana nanti dan mebi akan miss tempat2 best. yela, mcm u ckp sbb x cukup masa. Lagi satu, kalau ada itin boleh jimatkan budget sikit.

      Delete
  2. Replies
    1. haha..betul !!! *jeling kakamyra*

      Delete
    2. Doc, dia ni memang antu kopi! Gi mana2 asyik nak minum kopi jek. Tak leh tinggal. Pas tue kopi ala2 bangsawan je dia minum. Hahaha.

      Delete
    3. mana ada haha...kopi tabik pun I minum tau..

      Delete
  3. kopi luwak mau?
    aku ada..

    serius..
    email kat aku
    izat_ttdi@yahoo.com


    aku pun ..
    memang akan buat plan , itinerari sendiri..
    volunteer lagi nak buat.
    puas hati den..
    bila semua menjadi biasanya..
    masa dulu-dulu.. bodo-bodo.. mula-mula travel..
    siap ambik tour dari air asia go lagi!
    * lempang pipi sendiri *

    ReplyDelete
    Replies
    1. baikla...jap lagi saya emel,...sebenarnya masa pergi bali haritupun x minum luwak hahaha
      kan doc, masa mula2 travel dulu, 3hari 2 malam pun belanja dekat 1k, main tabooooor je duit

      Delete