Wednesday, December 2, 2015

Autumn sonata, Seoul - Part 2.2 (bukchon Hanok Village & Hangang River Cruise)


Assalamualaikum


Masih lagi di Seoul, day 2. Selepas makan dekat Insadong, tanpa melengahkan masa, kami terus ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village ni ala2 kampong Morten, Melaka la. Living museum. Ada penghuni tetap rumah-rumah kat sini. Yang menjadikan ia unik sebab rumah kat sini bercirikan senibina korea (hanok). Kita takleh la bising-bising atau buat macam rumah sendiri.
Mula-mula ambik map dekat budak KTO kat Insadong. Dalam map tu ada la dia letak famous photospots. Ada 8 or 9 kalau tak salah. Salah satu ialah lokasi filem Personal Taste lakonan Lee Min Ho. Masih la dengan influence Lee Min Ho tu haha, pagi-pagi tadi pegi JongMyo pun sebab Lee Min Ho.
Untuk ke sini, jalan je dari Insadong tu. Tapi, agak hazab la sebab steep slope ala-ala bersudut 60 darjah.

Warm up kaki dah marilah menjelajah
Ape benda tah graffiti cam ni, ni dekat retaining wall
Ada souvenir shop. lalu depan je. Eh, aku Nampak Cath Kidston, ori ke knock off tah
kalau Nampak chimney tinggi ni, anda berada di jalan yang benar.
aku rasa senibina hanok ni tertumpu dekat bumbung, pintu and dinding (ye ye je)
rumah sapa no 32 ni
ada satu living museum jugak. Tak masuk pun, sini katanya ada lookout point
aku rasa ni salah satu photospot yang ada
dekat2 je rumah, boleh masak sambil sembang tukar2 resepi
ada kafe2 jugak untuk menikmati pemandangan
postbox pun cute

jalan punya jalan, kaki pun dah rasa sengal2 dah. Rumah Lee Min Ho memang tak jumpe la. Ramai jugak orang haritu.
Tiba-tiba aku nampak café kat bawah ni. Terus la aku ajak diorang ngeteh. Memang letih gila dah time ni. Tengok time pun macam awal lagi. Mula-mula ingat nak tapau je, tapi bila recce kat dalam, hanok concept uolls, menggeletis terus nak masuk dalam melepak.
Tapi ada experience kurang best la. Masa order dia tulis dalam menu "fruit juices" aku Tanya la fruit ape, dia kata grapefruit. so aku cakap, "its ok, I change to Ice Lemon Tea" kami pun oder la patbingsoo jugak. Masa dia hantar, aku nampak ada grapefruit juice tu, kitaorang cakap la kitaorang x oder. Lepastu dia kata polisi kedai ni tak leh share food or drinks. Gitu ko!!
Total minuman ni = harga lunch tadi. Masalahnya ialah grapefruit juice tu tak sedap langsung, masam+pahit. Tau jelah rasa grapefruit macammana.  Kalau ko cakap polisi ko awal2 tadi bolelah kami oder patbingsoo 2 mangkuk. Hampeh sungguh.

LN café. Luden apadia tah maksudnya.

patbingsoo mmg sedap. tak cukup semangkuk.
Rasa bersalah pulak kat kawan2 sebab menggatai nak minum kat café Hanok concept haha.

Lepas minum terus la bergegas ke stesen tren yang berdekatan sebab kami nak naik Han River Cruise sambil menyaksikan Banpo Bridge Light Show. Refer website ni  Hangang River Cruise.
so, kami pun bercadang nak naik cruise dekat Ttukseom.


art gallery yang cute
amende ni nak?

Aku rasa perjalanan dari insadong je ttukseom ni jauh yakmat. Tukar tren 2-3 kali. Dan akhirnya, smpai je kat situ, turun dari tren di Ttukseomnyuwonji Station.
sampai kat bawah, ada concert2 ajuhma nyanyi lagu trot la, orang naik beskal la. Tak nmpak pulak tempat jual tiket ke apa. Masa ni dah pukul 6.00. Kawan2 aku tak solat lagi, so diorang pegi solat dan aku cari tempat beli tiket. Puas la aku pusing sorang2. nak roger diorang pun wifi egg ada sebijik je. Aku Nampak macam ada jetty untuk boat, tapi macam jauh sikit, kalau aku p sana, cmne diorang nak cari aku nanti. Masa dah 6.15 macamtuh. Last2 aku givap dan tunggu je kat situ. Diorang siap solat dah lebih 6.30 p.m
so, rasanya dah lepas cruise tu. Tengok pulak cmne nak pergi yang dekat taman apa tah, refer blog bibie. Aku tengok macam tedious gila, tak berbaloi pulak just nak menegok air pancut keluar dari jambatan huhu.
so, kitaorang decide untuk skip je. Aku ngan kak Yang ok je, Ean nampak frust sikit haha. Aku cakap kat Ean, "beb, ni jambatan putrajaya lagi lawa" gituu bandingkan dengan jambatan putrajaya.
Tapi, sepanjang aku melepak tu, memang tak nampak sebarang kapal cruise pun. Info tu outdated ke or kami salah tempat.

masa tunggu diorang, sempat la snap dua tiga keping
aku rasa dekat salah satu antara dua jetty ni kot
ada orang berkemah bagai
layan sunset dengan hati hiba haha..
tiba2 teringat melben CBD dari seberang Yarra River.
mende gambar gegar2 ni
ada satu observation tower, layan dari atas tu lah
ada walkway dari sini ke stesen ttukseom tu. sini la kawan aku solat

 
Balik tu, memang dah lapar gila. Tak tau nak makan mana dah, aku cadangkan Lotteria. Tapi nak mencari lotteria tulah. Aku tak sure kenapa googlemaps x berapa nak ok dekat korea ni. Memanjang la takde show walking distance. Pasal Lotteria ni aku roger kakamyra dengan google. Jumpa la ada satu outlet dekat dengan dongdaemun history and cultural park tu. Lega rasanya dapat makanan lepas seharian bertungkus lumus. Aku baca, kita just boleh oder shrimp burger dengan squid burger je.
kalau tanya "halal ke sis?" , memang takde halal Jakim. Tapi aku refer blog halalfood korea, ada diorang suggest shrimp burger lotteria ni.
 
sedap rupanya, walaupun aku kurang minat udang.
 
Balik bilik tu, boleh la kami beramai2 makan panadol extent dan buh salonpas kat kaki masing2 sebelum tido. Makcik2 sangat perangai. 
Walaupun ada agenda tak jadi, tetap rasa puas hati.
 
 
bersambung
 


dzuli

6 comments:

  1. lawa rupenye sunset kat ttukseom ni

    ReplyDelete
  2. aku pun bedal berger shrimp masa kat busan. yg klakar tny kat budak2 kaunter..berger ikan tade ke..blurrr manjang...fish pun x paham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorg google translate, pastu cakap korea, walaupun bunyi kelaut je hehe

      Delete
  3. panadol dan salonpas.. besfriend haaha..

    ReplyDelete
  4. bercinta gak nak jalan2 kat Bukchon tu.. jauh menapak tapi berbaloi la kan.. tengok orang pun ramai pegi ehehe..

    ReplyDelete