Friday, February 20, 2015

playing tourist- Petronas twin towers tour



Assalamualaikum...

*tiup-tiup habuk*
Malas nak update blog haha..
Busy sikit sekarang dengan projek masuk bertubi-tubi, projek aku dah hantar dokumen tender bulan 7 tahun lepas pun tak setel-setel lagi. Sakit pulak hati kite. Bila hati kite sakit, semua benda pun jadi malas.

Last 2 weeks, Pakcik aku dekat gombak meninggal dunia. Memanglah ada sakit sikit, tapi aku ingat makin baik. Moga roh beliau dicucuri rahmat.

Oh, cuti panjang CNY, aku hanya mereput dirumah. Tak kuasalah nak redah jem. Klang Valley heaven gila, boleh baring atas jalan. Sudahlah 4 plug point rumah aku rosak pulak, Puas jugak cari wireman. Aku ni ketua rumahtangga, semua pun kena settlekan sendiri. Housemate pulak jarang ada kat rumah. Bertabah jelah...sikit je dugaan tu. InsyaAllah penyelesaian coming soon hehe.

Around last month, kawan aku Farhana cakap nak datang lepak KL (rindu aku lettew), so memanglah takde plan yang menarik. Biasanya kami megeteh dan cafe hunting menambah lemak. Farhana takpe la tambah lemak, aku ni dah terlebih lemak.
Tetiba aku dapat idea, teringat pulak blog abam RAW pasal petronas twin tower tour. Eh, not bad jugak kan. Farhana setuju je. Kalau aku ajak dia pergi pusat kitar semula pun dia setuju jugak agaknya..hehe
Last aku datang KLCC around 2008 kot, hambik ko dah 6 tahun tak pegi sana walaupun KLCC tu boleh nampak dari tingkap opis aku.

Aku rasa KLCC ni kebanggaan rakyat Malaysia ka. Masih ingat lagi dulu dok tengok dia puya construction process dalam NatGeo/Discovery Channel. Each tower dibuat oleh kontraktor dan diuruskan oleh PM yang berbeza. Dalam rancangan tu tunjuk jugak kenapa Dr. M nak bina KLCC supaya Malaysia terkenal di mata dunia dan rekabetuk yang menggambarkan keharmonian Islam.
wah..
*berdiri tegak dan pasang lagu Negaraku*

Pagi-pagi lagi aku ngan farhana park kereta kat TBS dan ambik LRT ke KLCC. Sampai KLCC around 10.00 a.m kot, terus pergi beli tiket dekat concourse level twin tower. Harga tiket with MyKad ialah RM25 sahaja. Without MyKad RM89 (rasain haha). Tapi kalau tukar dollar kan, around 25 dollar, aku rasa mat salleh still rasa murah lagi kot. Tour ni ada time tertentu dan dibahagikan ikut group. aku rasa selang 15 minit. 
Dan...hanya aku dan Farhana je rakyat Malaysia okey dalam group aku tu. Maybe sebab kami datang hari jumaat kot.

Tiket
Sementara tunggu giliran, snap la apa yang patut- replika KLCC

Tour ni termasuk dengan 2 tempat iaitu skybridge dan Skydeck level 86, Sebenarnya aku pernah naik skybridge ni zaman muda-muda dulu under Universiti punya lawatan. Dulu, skybridge ni free je dan dibuka hanya pada hari rabu, skydeck pulak memang tak bukak lagi masa tu. Lepas baca blog RAW baru aku tau dia dah bukak hari-hari.
So, sebab aku dah pernah datang, aku tak heran sangat pun hehe.

Mintak tolong akak korean -tapi- tinggal- dekat- KL untuk ambikkan gambar
dari skybridge nampak simpang ni je. Ada lambang petronas meh?
nampak rakyat malaysia? nan hado

Nampak jugak solar panel dan KLCC Park
Menara Jagung kataye


Selepas tu, kami terus dibawak naik ke skydeck. Kecik je skydeck ni, pusing-pusing 10 menet pun boleh habis

Haaa...inilah harapan Dr.M 
nampak tower 2..(jakun kejap)

gambar tiru macam abam RAW
nampak segala bangunan ikonik kuala lupur



Mencari opis aku diselerakkan bangunan-bangunan

So, berbaloi tak RM 25? bagi aku berbaloi je. Kalau kita sanggup bayar mahal-mahal naik tower-tower dekat negara orang sana. Kenapa tak boleh naik yang dekat Malaysia ni kan. Skip minum dekat kafe hipster/ skip tengok wayang 2 kali dah boleh bayar tiket naik twin tower ni hehe.
View memanglah tak seindah mana (oops) tapi memang memberikan pengalaman berbeza. Gitew

Oh, Tour ni mengambil masa dalam 40 minit macam tu.

Lepas turun, perut pun lapar. Tapi kami nak pergi Galeri Petronas dulu tengok apa-apa yang menarik dekat situ. On the way ke Galeri Petronas, jumpa la pulak kiosk Wafflemeister ni. So, try la sebab teringin. Nak tau sejarah dan review, boleh pergi blog abang Supermeng Malaya.

Harga 2 ni ialah RM 27++. Waffle termahal dalam sejarah hidup

Lepas makan, pergi usha Galeri Petronas, rugi betul masa ni pameran street art dah habis. Masa aku datang ni pameran ape ntah namanya. Lukisan dan hasil seni dari eropah yang menggunakan lemak, minyak,kertas dipotong, kadbod dll. Ada jugak disturbing images (siap ada warning dekat depan)
Pameran arca dari artis tempatan pun ada,
Admission is free macam biasa.





Kasut dari tanah liat


Aku ada jugak beli keychain. Suka pulak kumpul keychain sekarang. Start dengan kawan-kawan bagi, Aku jadikan habit, pergi mana-mana aku akan beli keychain yang lawa sikit untuk diri sendiri.
Keychain tokyo skytree tu kawan bagi dan menjadi inspirasi nak ke jepang

Monday, February 16, 2015

Selamat Ulangtahun sayang


Assalamualaikum

Harini genapla umur budak kat bawah 1 tahun
yo boy, its your birthday, we gonna party like it's your birthday.
hah!!

Macam sekejap je masa berlalu, aku rasa macam baru je lagi aku balik tengok dia tido dalam baby crib, sekarang dah tido atas katil
Kemajuan setakat ni hanyalah gigi 6 batang, baru boleh jalan sambil pegang2 almari ke, kusyen ke, apa ke, dah pandai mengajuk orang dan dan pandai demand handphone!!

Semoga menjadi anak yang soleh dan Berjaya di dunia akhirat.

Don't grow up too fast, mak ngah tak puas lagi nak uli kamu tau...





beli motor, tapi orang kena tolakkan :-l
hah, percubaan menjadi kanak-kanak myanmmar sebab kena rash kat muka
Posing kemain seksi, tapi tengah minum susu botol pulak. turn off!!




dzuli

Thursday, February 5, 2015

aroi thai Boat Noodles, Cyberjaya

 
Assalamualaikum.
Haritu Farhana ada datang KL
selain aktiviti play tourist, kami juga buat aktiviti makan-makan.
Sebab orang tengah gembar-gembur pasal boat noodles ni, maka haruslah kita mencuba.
sebab aku malas nak pergi Publika/SS15 dihari jumaat, kitaorang decide untuk try yang paling dekat iaitu di Cyberjaya. Lokasi dia dekat Shaftsbury Square, sebelah 99 Mart.
 
Masa tu around 3.30 p.m, orang pun tak ramai.
Konsep dia makanan portion kecik-kecik. (lebih kurang sekali suap je)
semua makanan dan minuman RM 1.90
Ada mee, nasi, desserts, side dish
kitaorang tak de try nasik pun, just order soup noodles, tomyam noodles, pulut manga, chicken wing, dan farhana ada order som tam
 
Aku rasa yang dekat cyberjaya ni biasa-biasa je. Sedap sangat tu tidaklah, tapi takdela sampai tahap tak boleh makan. Tom yam ok, soup ok, chicken wing sedap jugak, pulut mangga tak berapa ok.
Thai Iced Tea dia sedap.
 
So, sesiapa nak mencuba, ok je..harga pun ok
 

Menu
makanan
eh, ada gambar member aku tengah makan pulak




dzuli

Wednesday, February 4, 2015

Ipoh 2014- Ipoh heritage trail & Ipoh street art

Assalamualaikum
 
Ini ialah entry last untuk edisi Ipoh 2014. InsyaAllah aku telah tanamkan tekad untuk kembali ke Ipoh at least setahun sekali haha.. Maklumla, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh cinta..*teeetttttttt*
 
Ada satu lagi tarikan yang semakin mainstream pada masa kini iaitu street art. Ala, mural je sebenarnya, tapi ada tema tersendiri. Mula-mula benda ni wujud kat penang, sekarang Ipoh juga mengikut jejak langkah. Bukan calang-calang jugak pelukis mural ni, beberapa mural kat Ipoh ni dengan kerjasana Ipoh Old Town ( yes, that kopitiam) dan DBI membawakan Ernest Zacharevic untuk melukis 7 mural di Ipoh. Beliau juga ada buat beberapa mural yang femes nun di Penang sana.
 
Berbekalkan sekeping peta, sebatang payung, seorang warga Ipoh sejak tahun 2006/2007 kami pun mela menjelajah mencari street art tersebut.
 
1) Old Uncle with coffee cup.
Park je kereta depan Padang Ipoh/Ipoh tourist Centre/Old Town cantik dekan Jalan Tun Sambathan.
 
 
nak angle yang elok susah la, kereta selalu park depan dia

Dekat sebelah mural tu biasanya ada directori ni. Snap gambar sebagai rujukan
 
2) Paper Plane
 
Hanya beberapa meter dari old uncle tadi. Yang ni kena dongak ke atas. Nak cari street art ni mata kena bukak besar-besar dan gunakan segala sense..haha
 
 
 
Jalan sikit kedepan, jumpa pulak benda ni, Ipoh Heritage Trail dan Birch Memorial.
Tugu ini dibina sempena memperingat JWW Birch. Di sekeliling tugu ni ada gambar 44 orang pemimpin teragung di dunia.
 
tu la payung sebagai prop utk selfie, wefie, posing maut dll.
menara jam tu la tugu nya.
 
Jalan-jalan lagi, tersampai pulak dekat Flea Market area Plan B Ipoh. Maka terpaksa la masuk menyinggah dan makan ais kepal dulu. Kalau tak salah Flea Market ni weekend je. Nak senang jumpa, cari je kafe Burps & Giggles ataupun Plan B Ipoh.

Ada live band
Sini la tempatnya, dipanggil sekeping square
Ada jual macam-macam
Boleh try ais kepal dekat sini
ni mural by local people je rasanya.
Post Box
Love Lock

3) Girl (3D)
Jalan-jalan lagi jumpa yang ni pulak. Lokasi dekat Jalan Bandar Timah
 

4) Kopi 'O' (bungkus ikat tepi)
My personal favorite.
Lokasi dekat Jalan Tun Sambathan (Ipoh, bukan KL)


5) Hummingbird
Jalan Panglima
 
 
 
Jalan-jalan lagi, jumpe la benda-benda lain yang menarik
 
Pepayungan, payung ean nak enterframe
Concubine Lane, woot woot
Ini dilukis sempena restoran kat sebelah ni, 3D uolls. Cheers!!!
 

6) Evolution
Lokasi dekat jalan Bijeh Timah
Biasa la, kereta tu orang punya, bukan sebahagian dari elemen 3D



7) Trishaw (3D)
Area jalan Bijeh Timah jugak, dekat lorong-lorong sempit. Rajinla jenguk lorong-lorong yang korang jumpa. Kalau pergi weekend, Nampak orang ramai berkumpul, situlah dia haha.

 
 
So, lengkaplah pencarian 7 street art by Ernest Zacharevic.
Ada beberapa lagi by local artis ataupun sapa-sapa ntah, tapi aku tak jumpe sebab terlalu focus dekat 7 ni dan panas gila. Gigih jugak la menapak dekat 2 jam cari benda-benda ni.
 
Bangunan lama yang cantik)
ni dekat kafe Chokodok reggae,

 

Info-info pasal 7 street art tu ada yang aku amik dari blog ni kenwooi .(thanks) Aku kurang ingat nama jalan dan nama street art tu.
 
Lepas misi terlaksana, kami pun pulang ke KL dengan hati yang girang.
 
So, dengan ini tamatlah episode Ipoh 2014.