Monday, April 27, 2015

Bali 2015- Part III ( Manik Abian Agriculture & Tanah Lot)

Assalamualaikum,

Sambung balik cerita Bali
Lama sikit interval sebab sangatlah busy dua tiga menjak ni.
sangatla malas pun betul jugak

Selepas lunch dekat Mount batur, hujan lebat pun dah mula turun,
tapi, kami masih gigih mintak Zainal berhentikan kami dekat Ladang Kopi Luwak,
mana sah datang bali (1st time) kalau tak pergi ladang kopi luwak kan.

Driver kami bawak dekat satu Ladang nama Manik Abian Agriculture. Ada banyak ladang kopi macam ni area kintamani dan ubud. Rasanya depend kepada driver/tourist guide masing2 untuk bawak yang mana satu.

Hujan masih lagi lebat, budak-budak ladang ni siap jemput weolls dengan payung lagi.
Tapi, sebab hujan ni, tak dapat la nak tengok musang luwak tu. Just sempat tengok pembuatan kopi luwak,minum welcome drinks dan beli souvenir je sikit. welcome drinks ialah flavored coffee and tea. Ada coconut coffee,vanilla coffee, ginger tea dll.
bagi aku Coffee bali ni rasa dia light sikit berbanding coffee kampung biasa. Kopi luwak aku tak try pun. takde keberanian lepas tengok tahik musang haha


Biji kopi dari tahi musang yang dah bibersihkan. Not so gross looking kan?
makcik ni tengah goring biji kopi
Tempat minum kopi. kalau tak hujan, konpem kitaorang dah duduk kat anjung ni

bawah ni ladang kopi dan musang luwak ada kat dalam ni
kitaorang duduk sini sebab ada bumbung
Welcome drinks percuma. Kalau nak try luwak/peaberry coffee baru kena bayar
souvenir shop. Ada la beli-beli sikit walaupun kurang murah.(jatuh cinta kat vanilla coffee sebenarnya)

Budak-budak jaga kedai ni memang friendly, sempat la sembang-sembang sikit dengan diorang. Diaorang cerita, gaji ciput je kerja tempat macam ni. Kalau nak kumpul duit pergi Malaysia, 30 tahun baru cukup. Insaf kejap aku dengar.

Lepas tu kami bergerak ke lokasi yang menjadi highlight di Bali iaitu Tanah Lot untuk sunset.
sebelum tu berehenti solat dekat masjid on the way ke Tanah lot tu.

masjid standard di Indonesia. tempat wuduk wanita pun open je

Sampai je kat Tanah Lot
wah!!
Wauuu!!!
cantiknyaaa, subhanallah. Hakisan dekat batu-batu ni pun ada mengingatkan aku dekat Loch Acc George & GOR  Melben sana. So, tayah gaduh-gaduh nak pegi Melben, boleh datang ke Bali dulu (dekat dan murah sikit hehe)


ada temple
serius macam dekat Lord Arc George. Tapi kami tak turun
tudiaa Pura Luhur. Ramai manusia





Kalau nak naik kat situ, kena renjis2 dulu dengan pekerja pura. Kami tak naik

ombak kuat. sampai basah2 baju budak2 yang main dekat tepi


Aku rasa Tanah lot ni memang wajib pergi kalau dah ke Bali. Lantak la very touristy ke apa ke, memang puas hati. Tapi sebab haritu hujan, sunset memang ala kadar la.

Kami bergerak meninggalkan Tanah Lot lepas hari dah gelap dan terus balik ke Kuta. Sebelum tu berhenti dinner dekat Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro ( tiba-tiba sampai malioboro, Jogjakarta pulak)
Sedap jugak la tapi quite pricey. Makan 4 orang harga dalam IDR 500K. Salah kami sebab ambik ayam 1/2 ekor/ person sebab waiter tu kata ayam kecik. 1/2 ekor tu untuk seorang makan. Aku rasa, kalau 3 orang ambik  1/2 ekor pun dah cukup.


Minuman wajib- teh sosro

aku tak ingat la nama2 menu. Ikan tu sedap


so, tamatlah hari pertama di Bali. Balik hotel sempat la pulak oder SPA room service macam orang kaya-kaya haha..
Takde maknanya, full body massage baru IDR200K. Ok sesangat dah tu

bersambung...

dzuli

Tuesday, April 7, 2015

Bali 2015, Part II ( Tegalalang Rice terrace & Mount Batur)


Assalamualaikum

Bersambung balik untuk aktiviti hari pertama di Bali ni. Lepas Puseh Batuan temple tu, kami terus ke Tegalalang Rice Terrace ni. Walaupun hati aku lebih kuat nak ke Jatiluwih, tapi mengenangkan masa yang sangat suntuk, aku terima je lah tempat ni dan aku puas hati.
Tegalalang ni tak la besar mana, tapi mengenangkan ni 1st time aku tengok rice terrace dan aku sangat terkesima. Memang cantik.

Mula-mula kitaorang jalan-jalan je dan just layan view dari lookpoint yang ada, tetiba Nampak ada orang dok jalan-jalan hujung sana. Kitaorang fikir mesti ada cara nak naik atas tu.
Usha-usha, tiba-tiba ada sorang pakcik datang offer untuk bawak kami naik atas. Bayaran seikhlasnya dia kata. So, kami pun rasa oklah kan. why not.
Ni satu pendapat peribadi aku la kan, aku rasa mmg common kalau kat Indo ni ada orang offer service macam ni, bawak kita tour with some payment. Aku rasa ok je, niat kan sedekah, InsyaAllah dapat pahala. bukan ratus-ratus pun nak kena bagi.

Jalan dia agak licin la sebab hujan. so aku yang tak berapa fit dan adventurous ni memang struggle sikit la haha. Ean dengan Zu tu tayah cakap la, diorang tu dah pernah naik Kinabalu sampai puncak, setakat tempat-tempat macam ni memang celah gigi diorang je. Tapi aku berjayaa!!! (tanpa sebarang accident)
 oh, nak naik tegalalang ni kena bayar IDR 5000 untuk 2 checkpoint. Tujuan maintenance jambatan dengan tangga kot. IDR 10k tu bukan per person, tapi per group.

sini view dari parking area


turun sikit
Pakcik baju biru tu la tour guide tak rasmi.
sikit lagi nak sampai puncak
Puncak tegalalang Berjaya ditawan!!!!

ni gambar sebelum naik sebenarnya. jangan naik ramai-ramai jambatan tu. buluh je
memaksa pakcik tu ambik gambar kami dalam pelbagai posing.

Masa nak balik tu, kami terserempak dengan sekumpulan orang Malaysia. Very budak-budak kolej la kan dengan dressing mereka dan in group lebih kurang 10-15 orang. Diorang tegur-tegur la jugak. Tapi sebab semua focus nak menuruni bukit yang licin, tak sempatla nak beramah tamah.

Nak naik atas, kami lalu jalan lain, tangga-tangganya ya ampun..45 degrees dengan 450k anak tangga (exaggerate). Siap ada stop point lagi. Kami siap berhenti and minum air mineral yang ada dijual. Offer dekat pacik tu, dia taknak air. Dia kata sehari 10 kali dia naik turun tempat ni, hah!!
Memang terhangap-hangap nak sampai atas termasuk dengan pendaki-penadaki kinabalu tu.
Tapi seriously, kepuasannya ialah berganda. Kalau taknak naik atas, memang stop kat sini around 10-15 minit dah cukup.  

konon nak ambik gambar tangga, tangga nampak sikit je.

lepas bermandi peluh, kami taksabar sabar nak masuk kereta layan air cond. Dah masuk kereta, semua senyap. Letih haha.

Kami dibawa pula ke mount Batur. Ni ialah gunung berapi aktif. Viewnya awesome. tapi utuk menddapatkan view awesome tu kena la makan dekat restaurant-restaurant yang ada. Pasrah jelah, dah la lapar. Nak masuk kat atas ni kena bayar IDR 4000/person dan dia bagi wristband sebagai tanda kita dah bayar. Turun je kereta, kami dikerumuni peniaga-peniaga jual t-shirt bagai. Normal la kalau dekat kawasan tourist kan.

Supir aku bawak ke satu restoren (tak ingat nama). Kat sini ada buffet lunch harga dalam IDR 120K/person. Mula-mula taknak buffet, tengok makanan ala carte dia pun takdelah murah mana. last-last kami ambik jelah buffet tu. Seriously buffet dia tak mengecewakan. sangat sedap.
tambah-tambah ada satay lilit dan goreng pisang yang sangat sedap. Kami dok hangkut 2 benda tu je 2-3 round.

menikmati lunch dengan view macam ni, perghh


Lunch kami. satay tu sedapp. Air tak termasuk dalam harga buffet. Tapi ada free coffee and tea.
lauk pauk yang ada. Nasi je ada 3 jenis.
Round pertama. Malu-malu je ambik makanan haha
Kalau dapat port ni lagi best, tapi kami 4 orang nanti susah nak menyembang



Masa kami lunch ni, supir tak ikut makan sekali. Dia just drop je. Aku ingat dia pergi park kereta je lepas tu datang balik. Tapi takde, dia cakap dia dah makan.
Masa ni cuaca dah mula nak hujan..


bersambung



dzuli

Wednesday, April 1, 2015

Bali 2015- part I (Arrival & Ubud)


Assalamualaikum
salam 1GST hehe.
sebagai rakyat marhaen kelas bawahan (kelas pertengahan yang ada rumah 2 juta dengan kereta merc kan?) opkoss la aku tak berapa nak setuju dengan perlaksanaan GST ni. Sepatutnya barang samada lebih murah/sama harga, ni dijadikan alasan pulak untuk menaikkan harga. Takpelah, pelan2 kayuh, aku berharap semua pihak akan memberikan kerjasama dan hasilnya Negara akan menjadi lebih baik. Kesianla kat orang-orang susah di luar sana nun, GST ni takde pengecualian, gaji ko sebulan RM 200 pun kena jugak.
*turun pentas*

Kita mulakan episode pertama Bali 2015 ni.
Oleh sebab flight kami petang, pagi tu la baru aku tergopoh gapah mengemas barang, scan passport, tulis alamat hotel (in case) dan kemas rumah sikit-sikit. 2 hari sebelum tu rumah aku dilanda musibah yakni elektrik rosak, aku tido hotel kot 2 malam sampai la seorang pakcik Kumar datang troubleshoot dan rumah pun kembali pulih. Alhamdulillah.

Around 2.30 aku dah sampai airport, awal gila sebab adik aku @ supir aku ada meeting pukul 2.30, merempit jugak la hantar aku pergi putrajaya sentral. Around 3.30 p.m Ean pun sampai, kami makan dulu dekat Texas Chicken dan pukul 4.00 macamtu Mun dan Zu pun sampai.
Sesi pengagihan tugas ceti pun bermula. Kitaorang collect siap-siap duit supir dan duit makan. nanti senang sikit.


Pukul 4.30, masuk departure hall, solat Asar apasemua dan around 5.30 kami dah dibenarkan untuk board dlm flight. Flight agak kosong, so bolelah conquer 2 seat sorang hehe.

four of us

Masa dalam flight, ada announcement yang arrival card tak diedarkan, so kitaorang rilex jelah sebab ingat mesti ada dekat airport nanti.

Around 9.30 cmtu flight pun selamat mendarat di ngurah rai airport. Ngurah Rai ni cantik dan besar. Masa nak isi arrival card, tengok takde arrival card dekat tempat yang disediakan, Tanya la kaunter visa ke apantah, diorang suh beratur ke kat immigresen, aku ngan lain-lain yang takde card tu beratur jelah sekali smpai dekat turn orang depan kami, immi tu cakap kena isi card dulu then kitaorang cakap la card takde. Tak lama lepas tu baru la terhegeh2 datang bagi card siap cakap "itulah, kenapa naik air asia, lain kali naik Garuda." motip sangat.Nasib baik ganteng, kurang la sikit rasa nak marah.



gedebuk gedebak dalam sejam jugak nak settlekan clearance imigresen. Staff dia agak baik dan peramah la. Around 10.30 cam tu baru keluar dan Nampak la seorang cowok memegang card nama aku. Driver kitaorang zainal namanya, muda jugak la. Terus mintak dia hantar kitaorang sampai Hotel. On the way to hotel tu tanya2 la jugak Zainal ni dekat mana restoran makanan halal sebab semua dah lapar kan. Nasib baik la depan hotel tu ada Restoran Nasi Pedas Ibu Andika yang famous tu. Boleh jalan kaki je dari hotel. Sebab masa tu dah pukul 11 lebih, kami letak beg dan terus pergi makan.
Bagi aku yang tak berapa suka makanan pedas ni, aku rasa so-so je. Bolelah mengisi kekosongan perut. Ripit tidak sekali-kali

nasi pedas, lauk macam ni IDR 22K

Balik makan nasi pedas, Nampak gerai jual martabak manis. Oleh kerana ni must try item maka kami pun dengan tamak beli 2 jenis iaitu martabak keju+pisang+cheese dan martabak kacang+coklat kot.
Ya Ampun sedapnyaa...tapi..tak habis dalam sekeping dua sebab banyak sangat. Ni bukan martabak manis Indoloro yang famous tu, ni gerai biasa je. Pakciknya peramah banget, puas menyembang sementara nak tunggu masak. Harganya dalam IDR 25K untuk pisang cheese tu dan 15k/20K untuk kacang.

martabak manis terang Bulan

Dah kenyang, kami pun mandi, iron baju dan tido sebab esok akan bermula awal.


.................

Bangun pagi, around 6 a.m macamtu sebab subuhnya awal, nanti subuh gajah pulak. Siap-siap dan turun bawah untuk breakfast. Breakfast kitaorang bayar asing sebab masa nak book hotel takut la jugak breakfast sini non halal. Lepas tanya budak hotel tu, breakfast sini halal so kami bayar la dalam IDR 30k/person.

8.30 pagi, zainal pun sampai. Terus kami pergi ke Ubud. Aku rasa itinerary aku standard je untuk sesiapa yang first time ke Bali dan gunakan pakej tours/supir.


Pemandangan sepanjang ke Ubud. Cantik jugak binaanya

Mula-mula kami dibawa ke Kilang Batik
ok, biasa-biasa je...jom cargas
Batik dekat sini lawa, tapi agak mahal la




Kemudian ke Silversmith
kedai dia lawa, bergambar je lah mampu
nak beli tak mampu
jom cargas..








dan, ke Puseh Batuan Temple
ha..ni menarik sikit. Etrance fee ialah gree tapi kena bagi sumbangan seikhlasnya.
Nak masuk, macam biasalah, kena pakai kain yang disediakan. Kain dia labuh sikit.
Ada adab-adab tau untuk masuk ke kuil macam jangan bising, jangan pakai pakaian menjolok mata dan wanita period dilarang masuk ( macam masjid pulak).
kebetulan masa kami datang ni, Bali akan menyambut hari nyepi pada 21 March (nasib baik tak dtang time tu). Hari nyepi disambut sempena Tahun Baru Caka. Semua aktiviti tak boleh dijalankan, lampu kena tutup, kedai pun tutup. Kalau langgar undang-undang, polis adat akan saman. 

Ayu betul berkain batik labuh, bersinglet dan ber tshirt.
Ukiran batu yang marveles

ada banyak balai-balai lengkap dengan pentas
gila kemas trim rumput
Makcik-makcik staff temple ni kot


ada satu balai dekat seberang jalan temple ni. Maybe untuk upacara keagamaan kot

Zainal ni takde la turun sekali dengan kitaorang macam tourist guide lain maybe sebab dia supir je kot, so aku tak tau apabenda sejarah tempat ni hehe. Info board pun takde. So, just enjoy the view je lah.

okey, bergerak ke lokasi seterusnya yang sangat breathtaking.


dzuli