Thursday, August 27, 2015

Padang & bukittinggi, Indonesia- Part 2 (Perjalanan ke Bukittinggi)

Assalamualaikum

sambung balik, apasal la malas sangat sekarang ni. sekali dengan kerja hakiki pun aku malas (matilah mengaku), keluar beli barang dapur pun malas, kawan ajak ngeteh pun malas jugak. Hei, kena berubat agaknya.

Hari kedua di bumi sumatera barat. Hari ni kena ambik supir la kan sebab nak pergi Bukittinggi
Supir yang menjadi pilihan kitaorang ialah Pa Unchu seperti yang dipromote kaw-kaw oleh Scdha Sein hehe. Overall, harga lebih kurang je lepas aku survey 3-4 orang supir.

Tapi untuk hari ni, Pa'Unchu busy sikit, so dia gantikan dengan sepupu dia nama Am. Bolelah, asalkan aku smpai tempat dituju.

Kami bertolak dari Kota Padang around 9.00 a.m, lepas breakfast kat Hotel.Breakfast kat HW hotel ni memang terbaik, banyak choices. Pulut durian pun ada.

Seperti tour-tour biasa yang lai, kammi dibawa ke Air Terjun Lembah Anai. Bagi aku biasa je tempat ni. Katanya kalau basuh muka kat sini, boleh awet muda. Ntah le betul ke tidak.








Selepas Lembah Anai, kami lalu kat pekan Padang Panjang, dikenali jugak dengan nama kota serambi Mekah.





Tujuan asal ke sini ialah nak ke Rumah Gadang Padang Panjang atau dikenali sebagai Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Masa kami sampai ni, orang agak ramai dan ada macam penerangan pasal kebudayaan Minangkabau ni, tapi tak sempat nak dengar. Masuk tempat ni percuma kalau tak silap.


ada la penerangan sikit2 dekat gambar2 tu

Rangkiang (tempat simpan beras/padi)


Aku memang kagum dengan senibina minangkabau
Pandangan sisi

Dekat bahagian bawah rumah ni, ada replika pelamin kaum minang. Nak try baju dia pun boleh dengan bayaran sikit. Kitaorang tak try sebab ramai sangat satu rombongan ni datang conquer. Tak kisah la..tapi syok jugak tengok hehe.

Pelamin anganku musnah..oppss
rasanya ni orang Malaysia. aku tumpang ambik gambar.

Lepas Rumah Gadang ni, kami ke Pandai Sikek, tempat yang famous dengan sulaman. Macam biasa, bajet tak berapa best. so kami melayan view kat kampong ni yang sangat cantik.





on the way ke Bukittinggi, kita aku melalui sebuah pekan yang dipanggil Koto Bharu, (macam kat Kelantan plak) koto is kota dalam bahasa minang. Dekan sini ada sejenis kuih yang sangat glamer dipanggil Bika Talago (bika-kuih, Talago- telaga) sebab kedai ni dekat ngan telaga. Telaga dia bukan macam perigi belakang rumah nenek2 kita dulu, telaga dah macam tasik titiwangsa je aku tengok.

Kuih ni sedap. Ada pisang dan original. Kitaorang makan 3 keping sorang. sekeping IDR3000 je, pekena pulak dengan the sosro + pemandangan indah. Memang syok la.

ni ha telaga

Bika Talago yang lazat




kayu untuk bakar kuih.

supir aku cakap kayu yang diorang guna ni tak mengeluarkan asap berkepul-kepul dan bau.



bersambung..

dzuli