Thursday, November 26, 2015

Autumn sonata, Seoul - Part 2.1 ( Gyeongbokgung Palace, Insadong, Vegetarian Restaurant)


Assalamualaikum

Lepas jalan-jalan kat Gwanghwamun tadi, kami jalan sikit untuk ke Gyeongbokgung Palace ni. Kalau tak salah ada 3 main Palace dekat Seoul ni, tapi kitaorang pilih satu jelah.

Tempat ni memang dekat sangat dengan Gwanghwamun square tu.
Kebetulan masa sampai ada Changing Guard Ceremony. Memang kira bernasib baik la jugak, ada time-time tertentu untuk upacara ni

Ramai dah menunggu
abang2 guard
macho je muka masing2

Harga tiket KRW3000/person. Kami tak ambik pun Secret Garden tour sebab takut tak sempat.

Tiket masuk
Masuk dalam dan jalan-jalan sendiri je. Tak besar sangat pun tempat ni. Tapi cuaca menyebelahi kami, memang syok jugak melayan tempat ni. Senibina dia lebih kurang dengan Jongmyo Shrine tadi cuma lebih colorful.

Perasaan dia? macam berada dalam set periodic drama korea.
Ramai sungguh orang, maybe sebab hari sabtu kot.
sini boleh gambar2.
depan istana mesti ada pavilion.
main building Gyeongbokgung Palace



intai dalam sikit. Ada throne.
Jalan-jalan lagi..

lawa nih, tengah tasik
lepak2 kat bangku, rehatkan kaki
jalan2 Nampak budak2 pakai Hanbok. Ajak gambar, sporting diorang ni
remaja pakai hanbok pun ada.
 
Katanya sapa pakai Hanbok boleh masuk dalam ni free. Tak tau la betul ke tak. Ramai gak macam teenagers dok jalan2 pakai hanbok. Cute je tengok.

Dah habis lepak dalam ni, kami nak ke Insadong pulak. Nak makan, nak pergi Bokchon dan nak layan suasana Insadong yang katanya very hipster tu.

 Perut memang super lapar la masa ni, on the way nak ke Insadong, Nampak pakcik van jual waffle dengan kuih apa tah. Try la beli, KRW 2000 rasanya, ada 6 bijik. Dalam dia iti kacang merah. Sangat sedap. Teringat2 lagi huhu. Aku tengok waffle yang diorang jual bentuk love dan letak whipped cream dan honey. Lain sikitlah dari kat Malaysia.

Macam bahulu, ada inti dan lebih chewy
Follow je map nak ke Insadong ni, masa dekat Gwanghwamun, kami masuk booth KTO untuk ambik map. Dapat la pulak ala2 goodies bag yang banyak sample cosmetic product, voucher dan map.
Insadong ni dekat je ngan Gyeongbokgung ni, boleh jalan kaki. Suka tengok building kat sini, sangat hipster. Eros Museum pun ada, aku ajak pegi diorang taknak hahahaha.


cute, kalau banyak masa memang konpem aku ngeteh kat sini
double cute. Maafla gambar senget, malas nak straighten haha
Ramainya umat.
street performance pun ada
ada street performance, jualan kraftangan dll. I like.
tak masuk pun, lalu je. Ajuhma, tepi!! ni je satu gambar sempat ambik huhu
Terus mesej kakak kawasan Bibie Karim kat mana nak makan. Dia suggest veggie Restaurant. Siap screenshot direction lagi. Thanks Kakak!!

Senang je jumpa kedai tu. 
masuk dalam, duduk dan oder. Aku ni bukan penggemar sayur, so semua makanan aku pandang sepi. Perut memang lapar gila nih.
Last-last aku oder spicy something2. Ala2 veggie meat yang digoreng dengan sos pedas. Kawan aku oder set bibimbap. Kami jugak oder sepinggan fried dumplings.

hasilnya, cannot go. 2-3 suap and aku givap. Tak leh masuk huhu. Kawan2 aku makan sampai licin pinggan. Nasib baik la dumplings tu sedap.

aku punya food yang bawah belah kiri. yang lain ialah semua ahli set bibimbap.

macam sup soya bean pun ada. side dish berlambak2
ni ha kedainya.
Total makan dalam KRW 32000 camtu. Bibimbap set hanya KRW 9000.

Kesilapan kami ialah tak solat siap-siap kat sini dan akibatnya akan diceritakan next episode hehe

bersambung...

dzuli

Monday, November 23, 2015

autumn sonata, seoul - part 2 ( Jongmyo shrine, gwanghwamun square)


Assalammualaikum

Hari kedua di seoul. semangat membara semuanya. Pagi-pagi dah bagun, solat da bersiap. Breakfast sikit sebelum keluar. Desinasi pertama harini ialah Jongmyo shrine. Aku tak perasan sangat tempat ni, lepas tengok video "25 things to do in Seoul", aku letak dalam itinerary. Lepas tu, masa Ean check in dlm FB, keluar la sebijik gambar Lee Min Ho dekat tempat ini (iklan tourism korea yg sangat cool, sinematografi lawa gila), lagi la semagat membara nak pergi.

sebab tren depan GH je, lenggang2 kangkung la, naik tren dan stop dekat stesen (tak ingat stesen mana)
dah keluar dari stesen, proses mencari tempat tu. guna google map boleh pulak dia x leh recognize walking distance, pusing2 jugak dan tanya orang. Jumpa la  akhirnya. Rupanya tempat ni hanya boleh masuk without tour guide pada hari sabtu sahaja. Kira kitaorang bertuah la jugak sebab tak pernah baca pun info ni. Bayar entrance fee KRW 1000 je. Bukak pukul 9.00 pagi.


tickets for 3

Pukul 9, terus je masuk dalam.
sedikit info: Jongmyo is the oldest and most authentic of the Confucian royal shrines to have been preserved. Dedicated to the forefathers of the Joseon dynasty (1392–1910), the shrine has existed in its present form since the 16th century and houses tablets bearing the teachings of members of the former royal family. Ritual ceremonies linking music, song and dance still take place there, perpetuating a tradition that goes back to the 14th century.-website unesco

pakaian dan alat2 masa upacara keagamaan
dedaunan yang belum bertukar colour
Gate
 


Yang menarik ada video tayangan camne upacara keagamaan tu dijalankan masa zaman kesultanan (sultan ke) zaman dulu2 dalam bentuk animasi. Kira aku yang tua ni pun tertarik, apa lagi budak2 kan. Zaman tu diorang mengamalkan ajaran Confucius.

Sampai la dekat tempat yang iklan tourism korea tu. NO ENTRY okey.
camne Lee Min Ho boleh masuk? ini tidak adil, pulangkan duit kami!!! gitu meroyan
Tapi menyedari diri bukan warga Korea ataupun artis, maka pasrah jelah

ni la tempat LMH posing T_T
Pavillion tempat acara keagamaan
ni macam main building la

Baca dekat information board tu katanya raja akan masuk belah kanan, rakyat masuk belah kiri dan spirit akan masuk melalui pintu depan. Spirit apakah?
gitulah kepercayaan diorang, baca jelah buat tambah pengetahuan.

sebenarnya dalam ni agak cantik la, macam tak percaya je tempat ni tengah2 bandar. Camne la diorang preserve tempat2 camni eh.

sini dah tukar kaler, excited sikit la
boleh pulak pakai baju sama kaler. Janji pun idak


Dah setel semua tu, kami gerak ke lokasi kedua yang dalam itinerary kami iaitu gwanghwamun square. Tujuan asal nak ke gyeongbokgung palace. Naik tren dan turun je dekat gwanghwamun station. Kebetulan ada acara apa tah sempena kemerdekaaan (kemerdekaan ke?) korea. banyak cultural events, ada perarakan dan ada something macam gerai2 jualan. layan je la

merasai kehebatan korea public transport. Hazab kalau stesen yg takde escalator.

perarakan apatah, ada nyanyi2

admiral yi sun shin
 
The great King Sejong
susah gak nak bergambar kat sini, ramai

dekat belakang patung King Sejong tu ada macam muzium la untuk mengenali dua orang Hero Korea ni dengan lebih dekat. Masuk la, layan sikit. Kak Yang ni suka tengok periodic drama, memang dia kenal le King Sejong ni. Siap boleh terangkan kat aku lagi. King Sejong ni la yang memperkenalkan huruf2 korea, matawang dll.

very interactive



 
ada ahjumas dok menari2 jugak

bersambung...



dzuli

Friday, November 20, 2015

autumn sonata, seoul - part 1 (departure, arrival, dongdaemun)


Assalamualaikum

harini aku dah start bukak buku korea, lepas sebulan lebih dah trip tu berlalu.

macam biasa, tiket diperam setahun. yang si Ean dok asyik counting days je, tak sabar2 nak menjejak kaki mkat negara idaman diorang ni. Macam biasa, akak la mastermind buat itinerary dan carik hotel. Akak jugak yang print subway map (nasib baik teringat). Harapkan apps, hampeh semua pun tak reti guna. itineray dan tips diberikan oleh supplier aku, Zara haha. dan bantuan otai2 korea seperti bibie, DJ,azra

Flight kami dari KLIA2 pukul 8.00 pagi, 2 October. Seperti biasa, team #foreveralone terpaksa bermalam di epot. Takdak sapa sudi nak menghantar pegi epot pagi2 buta (kuis2 tanah). Aku naik last train dari Putrajaya sentral, sampai KLIA2 around pukul 12 lebih. Cari port dan membuta. Cam biasa, aku x boleh sangat tido di khalayak ramai. So, pergi merewang, lepak Texas Chicken and baca novel.

Tepat 8.00 a.m, flight berlepas. Yang best, aku dapat seat sorang. boleh tido tanpa gangguan.

Harapkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya aku dapat flight yang package dengan pasar borong. Bising gila. Sebab siang kot, semua pumn aktif. Sebelah aku korean family, Macam-macam hal ,bagi tumpah maggi la, pastu jeritan macam hape. Muka stewardess tu pun semacam je aku tengok.

Kat belah hujung sana ada satu group manusia buat flight macam rumah sendiri. Kumpul ramai2 dan bergelak ketawa tak hengat. Aku ni jarang long haul, tak tau la kalau ni memang situasi biasa kan. Tapi masa aku naik pegi melben last year, tenang dan aman sekali. So, kalau ada duit lebih, book la quiet zone okeh (aku cipskate)

Last2 tak dapat tido jugak.


oder makanan sebab lapar. Nasi goreng je yang ada. Bantai la, sedap gak

Around 3.30 p.m kami pun mendarat di Incheon Aiport. Darat sekejap sebab kena naik tren bagai nak sampai immi check. Sekejap je semua dah setel. Tengok ada maskot korean tourism bagai kat departure hall. Korea take their tourism very seriously. Airport dia rasa sangat welcoming. Lalu2 depan tu dapat la wet tissue sebungkus. Terus aku suruh kawan aku beli card T money kat 7e. Aku tak beli pun sebab mrs smile dah bagi pinjam. Jimat le KRW3000


Dari malaysia kak Yang (travel partner baru). Beliau ialah kakak Ean (travel partner lama). merangkap jiran zaman kecik2 dulu. kembali bertemu selepas 20 tahun terpisah hehe.
Kembali ke topik asal, Kak Yang dah book Olleh egg portable wifi. Kalau tak salah KRW5500/day. Tapi deposit mahal sikit. Almost RM 700 kalau tak salah (ke RM 200, tak ingat lak). Pickup je dekat kiosk dia dekat2 gate 1 tu.
Maka, tercapai hajat nak merasai kelajuan internet di Korea. Aku pernah baca yang Korea ni mempunyai internet terlaju di dunia.

kecik je, risau kalau hilang
Dah dapat wifi, cari airport shuttle pulak. Aku kena naik Bus no 6001 stop dekat Toyoko Inn. Semua benda aku tanya je kat information counter dalam airport tuh. Harga ticket bus ialah KRW14000

beli ticket
Ticket bus pun lawa, bayak discount coupon kat belakang tu

Naik bus sampai tertido-tido. Jauh benor incheon ngan seoul. dekat 2 jam jugak la sebab stuck peak hour traffic. Tanya pakcik bas kat mana Toyoko Inn, so bila sampai dia inform kami. Announcement kejap ada kejap takda.
Dah sampai Toyoko Inn, terpinga-pinga cari GH walaupun dah donlod map, dasar buta map belaka haha. Dalam map tu tulis belakang 7E, kat area tu ada 2 7E, tanya budak 7E punmm taktau. Akhirnya jumpa jugak lepas cross jalan 2 kali.
GH untuk 2 malam pertama ialah Dongdaemun Inn. Reason amik ni sebab murah gila dan dekat dengan subway station. RM 210 untuk 2 malam. Bahagi 3, RM 70/sorang
Tapiii...very oldskool, sempit jugak tapi masih ok. Takde brekfes.

Sampai nak check in, xde pulak orangnya. Dia tinggal no fon, tapi kami ni dok merapu call nombor2 lain kat business card tu...Ala2 nak putus asa, call no yang dia tinggal tu. Tak lama lepas tu dia pun datang. John namanya.
 
betul2 sebelah 7E kecik ni, jalan 2-3 langkah dah subway station Dongdaemun History and Cultural park
very 80'an

Lepas check in, mandi dan solat. Kitaorang pun keluar cari makan. Dah dekat Dongdaemun, harusla makan ikan bakar kan.
Donlod direction dari blog John, tanya grup wassap masih la melilau carik. Tapi kami tak berputus asa. Akhirnya jumpe, tapi tak tau kedai mana satu. Jalan sampai hujung alley tu. siap jumpe kedai jual Dog Soup huhu.

Jumpe la kedai yang selalu direkemen dalam blog tuh. Tutup ok!!
Jalan lagi ada Ajuhma dok panggil2. Kedai dia nampak ok. Kami mesyuarat jap tepi jalan. Tiba-tiba ada suara garau " jumpe ke ikan bakar?" kitaorang like "haaahhh!!!" melayu!!!
borak2 jap ngan couple tu, dan decide untuk pergi kedai ajuhma tadi. Google " do you sell pork" translate korean, tunjuk kat ajuhma tu and dia kata tak. So, masuk dengan yakin bersama-sama couple tadi

banyak kedai dah tutup, lewat sangat ke tahm
 
Kitaorang semuanya noobies, so ambik je ikan yang ajuhma tu suggest. Ajuhma ni peramah jugak le, nasib baik kekangan bahasa. Masa makan dok borak ngan couple tu. Datang honeymoon rupanya and diorang stay kat Hongdae.
 
ikan yang kanan seekor, yang kiri dua. Aku suka ikan kiri
ada nasik, banchan yang terdiri dari pelbagai jenis kimchi dan seaweed soup kot.

Total cost makan kat sini kalau tak salah KRW 23000. Aku tak ingat dah. Lepas makan, hati pun gembira.

ni ha kedainya.
 
On the way balik GH, jalan-jalan dulu kat area ni. Level excited masing-masing dah 200% agaknya. Semua pun nak ambik gambar. Masa lalu depan Doota, aku teringat pernah baca blog JM, dalam ni ada kedai souvenir murah. So, kami pun masuk. Masakla hari pertama dah beli souvenir kan. Aku just beli benda2 untuk opis dan sudu garfu korea tu je. Diorang memang beli habis, katanya dah malas fikir untuk souvenir nanti. Pekerja dia semua boleh cakap melayu. Tapi aku rasa more kepada bahasa melayu Indonesia. Kedai ni level 6, Doota mall.
 
kedai kecik je
 
Dah memborong, jalan-jalan lagi.
 
depan Dongdaemun design plaza

Minglion, Doota (shopping centre) ada kat sini

Tetiba aku teringat bibie pernah upload gambar dekat LED flower. Gigih google. "LED tulips dongdaemun". Pusing-pusing area DDP tu dan jumpe. Lagi la sakan memasing bergambo. Bukan tulips ye, tapi rose. Dongdaemun Design Plaza (DDP) ni memang very futuristic rekabentuk dia. Terkesima la jugak. Kagum kemain.

Macam kapal alien je.
lawa jugak, meriah dengan lampu-lampu.
lampu dia tukar-tukar. ala2 berkelipan la

Nak pergi LED rose ni kena masuk kat celah building tu dan naik ramp. nanti terus Nampak benda ni. Ada pagar, so takleh la masuk. Masuk dalam DDP ni aku pun x sure boleh ke tidak and ada apa sebenarnya dalam tu. Aku nampak macam exhibition hall camtu lah.  Ada termasuk sekali pun sebab exit subway.



lawa. Ini melambangkan kegigihan menanam bunga ni sekuntum2

test Xiomi Yi Ean, Low light condition dia ok jugak

Dah puas selfie, wefie dan lain-lain. Kami pun balik GH. Singgah 7E beli makanan untuk breakfast esok. Walaupun tak sampai half day untuk hari 1st ni, agak puas hati la sebab dapat pergi tempat yang ada dalam itinerary.

Banana milk- minuman wajib, Coffee yang sedap, beli roti dan Jem.

Bersambung untuk hari kedua yang banyak cabaran.



dzuli