Wednesday, December 30, 2015

Autumn Sonata, Seoul- Part 3.1 (Namsan Tower dan Yoogane)

Assalamualaikum



sambung balik,

Lepas solat semua, waktu dah pukul 3 lebih. Rasanya dah sedang elok untuk ke Namsan Tower.

Haa...ni pun salah satu spot wajib jugak la kalau pegi Seoul
Aku kenal Namsan Tower ni lepas tengok drama Korea Boys Over Flower,
Kitaorang memilih untuk naik cable car sebab naik bas macam leceh je. (anggapan kitaorang le)
sekali, lebih kurang je leceh dia. ceh!!
cara nak pergi dari Myeondong Station boleh tengok dekat website. Agak hazab jugakla jalan yang dilalui.
Masa smpai kat satu tempat tu, Tanya la satu couple Korean tu, soalan aku senang je "Namsan Tower?' aku tunjuk arah keatas. Yang laki dok blurr2, yang perempuan gelak berdekah2. Hello..Nampak weolls buat lawak ke? Malas nak layan, jalan je terus keatas. Jalan yang benar rupanya.
 

Ikutnje arah macam website tu, jumpa la cable car station ni. Masa ni around 4.30 or 5 rasanya. Aku baca sunset around 5.30-6.00 petang. So, timing dah cun
Sampai je, terus beratur beli tiket. Ya Ampun ramainya manusia, aku rasa beratur nak naik cable car tu je lebih dari setengah jam

stesen cable car

gambar dari stesen cable car. Jauh rupanya menapak dari myeondong tu

Naik cable car dalam 10-15 minit je. Cable car dia bukan macam Langkawi, jenis lambak je selagi muat. Takut jugak sebab aku pernah pergi talk pasal mechanism cable car ni huhu..Pasrah je la
Sampai dekat atas, kena jalan sikit je.

Kedatangan akan disambut dengan Love Locks. Aku dengar Namsan Tower ni tempat ala2 symbol cinta gitu. Amende yg romantic sangat kt sini aku pun tatau.

Aku cume berharap pagar-pagar ni tak roboh macam dekat paris ye hehe. Maklomla, ada jugak yang bubuh Solex kat sini. Utuh betul cinta uolls. Kalau tak berkekalan, tak tau dah nak cakap apa.


aku ngan Ean bercadang nak bukak gerai jual padlock kat sini
Rajin pulak aku dok membelek nama-nama diorang
tak cukup kat pagar, Pokok2 ni pun ada
Kalau #foreveralone, jauhi diri anda dari kerusi ni. Tengok couple mat salleh tu, cara duduk yang betul
katanya direkabentuk slanting supaya couple akan menghampiri satu sama lain, awww

Masa ni, memang ramai gila la manusia kat sini, pergi layan susnset pun macam tak best sebab batang monopod berceracakan. aku tengok balik gambar, Nampak orang dengan monopod je. Takde makna la nak layan blues ke apa ke. Aku dengar sini la lokasi pasangan-pasangan bercinta sambut hari ke-100 (kepercayaan Korean gamaknya). Patut le nampak ramai couple bawak flowers bouquet.
Aku rasa kalau singles kat korea ni mesti lagi miserable haha.. kelihatan mereka sangat mengagungkan chenta. Tengok la couple diorang, pakai baju sama, buh padlock kat namsan tower,sambut hari ke 100, 1000 dll.
eh, banyak pulak bebel

lepas tu kami bercadang nak naik observation deck, alang-alang dah sampai kan. bajet pun ada lagi sebab tertinggal cruise semalam. Nak naik deck pun ramai jugak. Lama jugak le weolls beratur.
view dari observation tower ni boleh tahan jugak la, mungkin sebab waktu malam. Gambar kat atas kebanyakkannya hampeh. Tak layak diupload. Nak turun dari sini cabaran jugak la sebab beratur depan satu group BBNU dari mainland. Pergh..puas jugak le beristighfar dalam hati.
  
N tower di malam hari
view dari observation tower
gambar waktu malam aku mmg laha sikit
maaf jika menjadikan Eureka sebagai benchmark, maklomle ni tower ketiga di dunia je yg aku pernah naik

 
Sempat jugak la kami beli souvenir sikit kat atas tu. Harga agak ok dan berkualiti. Sambung balik la menapak ke myeondong untuk mengisi perut dan tawaf lagi seround haha. Untuk dinner malam ni, kami nak rasa Yoogane. Aku pernah baca yang Yoogane ni tak menggunakan broth/pes dari sumber daging, sebab tu muslim boleh makan kat sini. Tanda Halal memang takde la. Tapi, kita hanya boleh makan yang seafood je.
Ada jugak orang komen kat i.g aku yang yoogane ni ada pork. Err..aku tak perasan lak.
  
lalu dekat cartoon lane yang comey. Boleh jugak la acah2 berenti ambik gambo, padahal semput sebenarnya
lawa sungguh..I like benda artsy-artsy begini kerana aku nak lukis ayam pun x lepas
apabila temengah2 mengambik gambar

sampai Yoogane, tak tau la yang mana satu sebab ada 2-3 Yoogane kat sini. Nampak sepasang rakyat Malaysia tengah makan dan bertambah konfiden.

Oder la seafood apa tah sebab tu je yang boleh dimakan

set untuk 3, last2 tak habih jugak


budak ni masak dengan muka masam. sukati ko la dik


 
sedap rupanya benda ni. sama je cm Nasik goreng kampong kat Malaysia cuma maybe kelainan dekat sos pedas diorang tu

So, tamatlah hari ketiga di bumi Seoul.

Bersambung..



dzuli

Tuesday, December 15, 2015

Autumn Sonata, Seoul - Dalkom Guesthouse

 
Assalamualaikum.

harini nak share info pasal Dalkom Guesthouse, satu GH yang kami stay masa kat Seoul haritu. Aku agak berpuas hati sebenarnya dgn GH ni. Lagipun tengok ada banyak lak gambar GH ni, aku ni sebenarnya tak berapa rajin ambik gambar-gambar tempat aku stay, melainkan kalau cun ataupun lain sikit dari yang lain.

Jumpe dalam booking.com, tengok rating pun macam menarik. Tak puas hati lagi, semak pulak review dalam TA dan akhirnya bukak Trivago untuk cari cheapest deal. #Gigih
Dapatla deal through Expedia dengan harga RM 505 untuk 2 malam, 3 orang. Ada dua cawangan Dalkom ni, satu dekat Chungmuro dan satu lagi dekat Dongdaemun.

yang aku perasan, aku book 2 GH kat seoul ni, lepas je secure booking terus pihakk GH hantar emel yang ada map, tanya bila sampai, perlu tak airport transfer dll. Aku agak kagum sikit la bab-bab ni, selama aku dok booking through agoda ke, booking.com ke apa ke, tak pernah pulak ada emel dari pihak hotel tu sendiri

Lokasi GH ni agak tersorok belakang-belakang kawasan kilang-kilang kecik, tapi bila dah sampai jalan besar, ok je. Banyak Coffee House around ni, Café Benne, Hollys Coffee, Paris Baguette, Toms and Toms pun ada. 7E pun dekat. Tapi kalau balik malam, lalu belakang kilang tu macam scary sikit la, sunyi dan banyak ajusshi tengah minum soju. Tapi selama kami stay, aku rasa ok je neighbourhood tu
 

location map pihak GH bagi

Keluar je dari exit 8 chungmuro station tu, jalan straight kedepan. Nanti akan nampak signboard diorang. Jangan risau

Masa aku sampai, disambut oleh staff dia nama Jamie, dia pun terangkanlah sikit house rule. Ada password untuk masuk ikut main door tu, coffee and tea all day, kena basuh pinggan dan cawan sendiri lepas makan. Towel pulak boleh ambik sendiri kat bawah. Harus diingat towel kecik macam face towel tu huhu. Kawan aku kata "tutup atas, bawah nmpak, tutup bawah, atas nampak" huhu. Bawak la towel sendiri.

Wifi sangat A. laju dan setiap floor ada

 

bersih, ada map, pamphlet
bilik. takde gambar penuh
kecik sikit le

untuk tiga orang, dia just bagi katil yang boleh tarik-tarik tu je, so, bila tarik mmg takde space langsung haha..nak pergi toilet pun kena pijak katil member aku. Toiletteries ada sabun je, bilik air besar gila. Hair dyer, peti ais, TV pun ada.
 
kat bawah, ada water dispenser 3in 1 coffee dan Tea boleh minum setiap masa. yang lain2 ada masa pagi je
simple breakfast disediakan. Ada roti, cereal, coffee
breakfast dari pukul 8-11 pagi je
ada tempat lepak-lepak. Vending machine pun ada

GH ni ada dorm untuk perempuan je. Takde mixed dorm mahupun dorm lelaki. Jamie kata diorang tak nak galakkan lelaki stay sini haha. Feminist much? tapi untuk keselesaan kaum wanita kot. Masa aku checkout, Nampak ada mat salleh lelaki check in kat sini, private room agaknya.

Staff jugak boleh tolong book kan teksi untuk korang. Tambang KRW 70000 per taxi.

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan GH ni. Walaupun jauh sikit dari hype area, tapi aku rasa ok je.



dzuli

Wednesday, December 9, 2015

Autumn sonata, Seoul - Part 3 (Namsaegol Hanok Village,Nandaemun, Myeondong dan Eid Restaurant)

Assalamualaikum

hari ketiga dibumi Seoul, Korea.
Harini kami tukar guesthouse. Selalunya, bila travel aku ngan Ean akan ambik satu hotel yang best sikit semalam dua. Rejuvenate katanya. Untuk trip ini pun tidak terkecuali. Untuk malam ketiga dan keempat kami memilih Dalkom Gusthouse, Chungmuro pula. Faktor pemilihan berdasarkan lokasi, harga dan kecomelan. Untuk Dalkom ni nanti aku buat entry khas  (kalau rajin).
Pagi-pagi buta dah check out Dongdaemun inn dan naik tren ke Chungmuro station. Rasanya selang 2 station je dari station Dongdaemun Culture & History park tu.
sampai ke station Chungmuro, keluar Exit 8. Macam biasa, 3 orang semua geografi dapat C masa tingkatan 3 dulu, so sesat la sikit. Padahal sepatutnya, keluar exit 8 tu straight je.

Sebab masih awal, budak Dalkom ni suruh tinggal je beg. Lepas ambik kunci, tinggal beg dan briefing sikit pasal peraturan rumah, kami ke destinasi pertama untuk hari ini iaitu Namsaegol Hanok Village. Ya, Hanok village lagi.
Mula-mula takde plan pun nak pergi namsaegol ni, tapi sebab dekat Bukchon semalam takleh masuk dan menghayati interior rumah Hanok dan jarak Namsaegol yang hanya sepelaung dari Dalkom GH tadi, kami pun pergi la usha2 sikit.

Masuk free dan dibukak dari pukul 9.00 pagi sampai 5 petang rasanya.

sementara tunggu bukak, ada burung merpati

Wishing well la pulak

tempayan tempat buat kicap la gochujang la (agaknya)

ni, sapa suka tengok periodic drama mesti tau. ala2 bilik bacaan

kampong ditengah bandar

sini lebih traditional dan asli berbanding Bukchon

gate dia pendek.. (feeling tinggi lampai la konon)
Ada satu perkara aku tengok kat sini,  masa aku datang ni sangat ramai pelancong dari China, maybe diorang punya musim cuti ke apa ke aku tak sure pulak. Ada la tulis no entry dekat rumah-rumah ni. Setakat duduk ambik gambar boleh. Tiba-tiba ada ank cina tu naik atas dan berlari-lari atas rumah ni, parents dia pulak macam takde effort pun nak larang anak diorang. Datang ajuhshhi penjaga sini kot, tengking budak tu dalam bahasa Korea. Kuat gila, aku pun cuak dengar. Memang senyap sunyi, semua diam
Aku sengih2 je, dalam hati "rasain lorh" haha

Aku pulak jadi takut tengok ajusshi tu, masa aku jalan-jalan lagi, jumpa dia dia senyum je kat kitaorang. Kesimpulannya, behave la, budak2 memang la tak faham tapi kita sebagai mak bapak budak kena la jaga sikit anak2 kita kat tempat orang.



Dah habis jalan-jalan kat namsaegol ni, kami nak pergi Nandaemun Market atau tempat kegemaran rakyat Malaysia hehe. Jumpa la ajuhma jual kuih ikan, Beli, tapi sedap lagi kuih bunga brader kerek kat Insadong semalam.

bahulu ikan. Tak berapa sedap, kurang chewy
rupa-rupanya Nandaemun market tutup hari Ahad, tapi ada la jualan kat luar-luar ni. Boleh la..
Sempat la sambar T-Shirt, Kkultarae dari ajuhsshi Afdlin Shauki (viral di FB suatu masa dulu). Ada jugak penjual boleh cakap melayu sikit-sikit. Ha, nampak kan? betapa kuatnya influence pelancong Malaysia/Indonesia kat Korea nih.

banyak kedai tutup

termakan jugak weolls dengan kerenah brader ni. terus beli 4 kotak sorang. Beli 10, free 2

baju-baju, souvenir, beg, kuih muih pun ada

Hajat nak beli brooch untuk mak aku pun tak sampai sebab tutup kan, lagipun tujuan kitaorang ke Nandaemun ni memang saja untuk tengok-tengok je.
Nampak lagi budak KTO, terus tanya diorang camne nak pergi Myeondong. Ha...Myeondong ni lagi satu kawasan yang sangat happening kat Seoul ni. So, sebagai first timer, harusla terjah
Budak tu kata boleh jalan je. Akak2 yang bendul dan berkekuatan kaki macam Captain America ni pon menapak le ke Myeondong itu.
sebenarnya boleh je naik tren dari Nandaemun dan turun kat Myeondong station, tapi menapak pun tak salah. Hilang lemak aku 500g sementara nak sampai.

Sampai je Myeondong, terus la jadi darat sekejap. Memang happening tapi masih la cantik dan modern. Paling monopoli ialah kedai skincare dan beauty product la.Semua pun tau yang Korean ni sangat obsess dengan kecantikan. Selain tu banyak jugak butik baju bajan dan coffee shop. Aku ada baca yang coffee korea ni sebenarnya macam down with water or banyak air la. Tapi kalau kedai tu cute, dessert dia sedap ada aku kisah haha. Kedai-kedai kat sini penuh gambar artis k-pop jadi model/duta or whatever.


Jea kata mamat kat dinding baju merah tu kumpulan EXO

coffee shop ada, souvenir shop ada, hotel ada
Lawa kan kedai2 kat sini
ada pulak perbarisan dari Union Pay, strategi iklan ni.
 
Lepas jalan-jalan, memang tak beli apa-apapun kecuali cilok sample facial mask haha, aku ajak diorang ngeteh kat mana-mana coffee shop area Myeondong ni. Eh, dah sampai sini mesti experience the coffee culture kan. Walaupun aku tau Ean lebih suka nak menghayati Myeondong puas-puan tapi aku dan Kak Yang telah meracun dia haha. Kami pilih Hollys Coffee. Sapa suka tengok k-drama mesti familiar dengan jenama ni. Lagi satu location hollys coffee ni memang strategic. Naik level 2-3 boleh la nampak pemandangan myeondong dari atas. Harga dia agak reasonable la berbanding LN semalam. Coffee and Belgian waffle dalam KRW 12000 macamtu. 
 
Belgian waffle agak sedap. Coffee rasa coffee la..biasa je.
Lepas makan ni, kami jalan sikit sikit lagi dan bercadang untuk lunch di Eid Restaurant. Jauh sikit la, dekat Itaewon sana. Aku rasa 2-3 kali tukar train nak ke itaewon ni. demi lunch kan.
Sampai itaewon, hazab nak mencari restaurant tu pulak. dah ambik map, Tanya bang polis dan masih la sesat. Kat sini bukit bukau dia mengancam jugak. Habis la tercerna Belgian waffle aku sementara nak sampai kt Eid tu.
Nak cari Eid ni senang je sebenarnya, cari masjid dan jalan kedepan lagi, Nampak Muree jalan depan lagi dan nampakla signboard merah menyala.
Disambut oleh budak melayu. Menu pulak diterangkan oleh Abang kacak bernama Saad. Sebelum ni aku memandang rendah je kekacakkan Saad ni, tetiba bila bersua muka, pergh..kacak hokey.
Macam pelakon korea nama Yoo Seung Ho.

Menu makanan ada 4 je, tunjuk dalam tablet je pun. yang authentic hanyalah bulgogi dan ssamgyetang. Yang lagi dua tu fusion. Jajangbap dengan apatah.
Opkoss la kami memilih yang authentic. Aku ngan Ean oder bulgogi, Kak Yang oder ssamgyetang.
Sedap rupanya ssamgyetang tu...rugi tak oder. Very fresh sebab soup.
Borak2 dengan budak melayu tu, sempat la dia promote tudung Eid la, guesthouse Eid la.

Kecik je reastaurant ni, nasib baik masa kami sampai orang takde
interior
ssamgyetang and bulgogi. sangat sedap. Banchan pun sedap
Hensem kan....tak rugi menapak jejauh hahaha

omija tea. Seasonal fruit di korea. banyak khasiat katanya. FOC
 
tengah makan2 datang la si Saad ni beramah tamah, tetiba la bagi kami rasa omija tea, siap tunjuk lagi omija tu camne. Sembang2 la sikit-sikit pasal tempat nih. Pandai ko kan saad, ko tau hati gadis2 Malaya ni mudah terpukau dengan Korean yang kacak. Nasib baik aku tak tergoda sangat.Yang dua orang tu aku nampak dah mencair umpama aiskrim dibawah terik mentari dah gayanya haha (ampun uolls).

kemain hepi wajah dapat bergambar ngan saad :-P

"sudah, mari balik", aku mengheret dua minah tu keluar dari Eid (drama je ni)
on the way balik, Nampak masjid yang tersergam indah, so berenti solat dulu. Masa dalam masjid ni dah masuk waktu asar, so kawan2 aku ni nak jamak kan, diorang solat la sendiri. Tetiba seorang akak Korean muslim ajak diorang berjemaah sekali. Maafla, aku pun x sure camne nak berjemaah dan jamak. Last2 Ean solat sendiri. Habis solat Kak Yang kena tazkirah tentang kelebihan solat Jemaah hehe.

masjid Itaewon. Alhamdulillah menjejak kaki kat sini.
The beuty of islam, masjid jugak jadi pusat bersosial. macam2 bangsa ada.
oh, di Itaewon ni memang tak macam korea sangat. Aku baca mostly yang stay kat sini ialah expats. Kalau tengok kedai2 pun memang banyak restaurant dan kedai runcit dari middle east. Halal food memang banyak kat sini. Orang pakai tudung pun banyak.

Masa nak balik, aku tak ingat kat stesen mana ada sorang Bangladeshi kot tegur aku masa atas travelator.  Dia tanya " korean saram?" or (are you Korean?) aku cakap la bukan then dia tanya lagi "muslim saram?" aku cakap la yes. pastu dia kata dia pun muslim jugak. Aku senyum je la..
budak dua orang tu tanya aku mamat tu nak apa, lepas aku cerita diorang kata "eh, apa tanya2 plak" then aku cakap "amboi korang, kalau saad menghela ok, mamat bangla nak beramah tamah pun x leh hahaha" 
*cerita selingan*


bersambung..


dzuli