Wednesday, January 13, 2016

Autumn Sonata, Seoul- Part 4 (Nami Island, Petite France & Garden of morning calm)

Assalamualaikum

Hari keempat di Seoul. Harini kira last day untuk berjimba-jimba sebab esok dah nak balik.
sangat short kan trip ini. Tapi short and sweet gitew

Pagi-pagi buta sesudah subuh, sampai tak dan breakfast la kiranya, kami terus bergerak ke stesen Cheongnyangni. Kitaorang plan nak naik ITX (ke KTX?) pergi nami nanti. Sebab tak beli awal-awal, dapat la yang jenis open seat biasa tu. Nasib baik la jugak ada seat kosong. Jauh jugak tau dari Cheongnyangni ke Gapyeong tu. Dekat sejam jugak la.

sambil tunggu tren, breakfes banana milk je.

Sampai Gapyeong station, kami bercadang nak amik bus Gapyeong city tour ke apa nama dia. Tambang tak ingat, rasanya around KRW5000 kot. Bus ni akan bawak ke tempat2 menarik sekitar gapyeong ni. Contohnya Nami Wharf, Petite France dan Garden of morning calm. Schedule dia around sejam sekali. So, kena bajet time elok-elok untuk mengelakkan menjadi penunggu bas hehe.

Gapyeong station. Sunyi sikit ala-ala stesen Abdullah Hukum. Tak tau la kalau time ni pagi sangat

Tak lama tunggu, bas pun sampai. Terus le kami naik untuk ke nami Wharf. Perjalanan dalam setengah jam rasanya.
Sampai je, terus beli tiket/entry visa dengan harga KRW 8000. Sebab awal lagi, boat pun x la penuh sangat. selesa la nak bergambar bagai.

tiket dan bot
Nami wharf 

Naik boat dalam 15-20 menet macamtu...dan sampai.
sampai je terus la mencicit ambik gambar tak berenti-renti. First time yang pertama kan.
daun-daun ada yang dah start tukar kaler. Kemain la jakun+ teruja






Puas bergambar, perut rasa lapar. Jalan-jalan la cari cafe. Rugi betul tak jumpa kedai jual hotteok tuh. Padahal itula mende paling teringin aku nak rasa. Jumpa satu cafe dan menu dia ada churros je. Boleyla..lapar bangat ni.
Lepas makan churros baru le jumpa kedai jual hotteok tu..ceh!!


lepas tu sambung balik la jalan-jalan. Nami island ni takde la besar mana, boleh jalan-jalan je. memang banyak la benda-benda yang promote winter sonata tu. cafe, souvenir shop, snowman apa tah, lokasi 1st kiss diorang, statue hero ngan heroin tu pun ada.Bagi aku nami island ni dah cukup cantik dah, benda2 winter sonata tu perasa tambahan je, lagipun drama tu dah lebih dari 10 tahun lepas dah kot hehe



statue ni bukan promote breastfeed di tempat awam hehe. tapi pasal melambangkan sungai apa tah. ada cerita dia
kasi can le tepek gambar sendiri sekeping
ni la kawasan paling famous sebab drama winter sonata tu. tapi daun tak tukar kaler lagi
benda-benda ni ala-ala hiasan je
autumn's colors

lepas dah habis pusing, kami nak pergi lunch pulak. Ada satu cafe halal kat sini. Kitaorang tak try pun nasik goncang tuh. Kawan aku 2 orang tu tak merengek pun mintak nasik goncang hehe. so kami makan je kat sati cafe halal kat sini. Nama restoran dah tak ingat. Sedap jugak la makanan dia.

cafe halal tu sebelah ni. Ada surau yang selesa jugak kat sini
aku try braised beef stew. sedap gak. tapi banyak sangat enoki mushroom. tak suka

Ean try jajangmyeon dan Kak Yang try bibimbap apa tah. sedap!!. lepas makan kami solat siap-siap dan terus pergi ke depan untuk tunggu boat.

sampai je kat nami wharf, terus cari stesen bas untuk Gapyeong city tour tu
dan naik untuk ke petit france. Tiket masa beli pagi tadi kena la simpan ye.
rasa macam jauh je nak ke petite france tu. tertido2 la jugak

sampai je, terus beli tiket masuk berharga KRW 8000
verdict: macam colmar tropicale bukit tinggi tu je hehe. femes sebab ada beberapa high rating korean drama pernah shooting kat sini. 



antara drama yg pernah shooting kat sini. semua aku layan. tapi yang terbaik mestilah Beethoven Virus (sebelum Jang Geun seuk tukar jantina..opps haha) . My love from another star pun best gila.
replika rumah orang perancis
layan jela jalan-jalan. aku dah ngantuk kat sini


ada jugak cafe dan souvenir shop

tak lama sangat pun lepak sini sebab kecik je tempat ni. Sorry, tapi aku rasa tempat ni boring sikit.
lepas tu kami terus ke lokasi terakhir di Gapyeong iaitu Garden of Morning Calm. terpengaruh sebab tengok gambar dalam internet.
Rupanya, kami datang agak awal season, tapi agak lawa dan calm le tempat ni. sesuai dengan nama. Bayaran masuk dalam KRW 5000 rasanya.
Ada beberapa garden, kitaorang pilih-pilih je sebab hari dah petang. Maklumla musim autumn ni cepat gelap.

banyak bunga-bungaan
100 years juniper. lawa tempat ni. macam dalam mimpi

miniature garden
macam tempat buat show je

pusing-pusing sikit, dan keluar untuk amik bas ke gapyeong station semula. Masa nak balik tiket ITX paling awal ialah pukul 8.00 malam. So, kami pun naik tren biasa yang bertukar dua tiga kali. Masa nak beli tiket, kami terpinga-pinga depan mesin tuh sebab taktau nak pilih menu bahasa inggeris, sorang budak sekolah menegah datang tolong walaupun communicate macam ayam itik. Kat korea ni, 2-3 kali aku encounter benda cmni, orang-orang dia rajin tolong tourist2 dalam kesusahan ni.

untuk dinner malam tu, sekali lagi aku roger kakak kawasan bibie karim untuk tanya lokasi Chungmu Kimbap. Benda-benda ni aku belajar dari blog DJ le.
sebenarnya, aku tak makan benda-benda sushi ni. Sekali try chungmu kimbap ni, sedap uolls. Kedai dia biasa je. Memang jual kimbap+sambal sotong+ kimchi radish+soup. harga KRW 7000/set.
10 bijik kimbap dan jenuh nak abiskan. kitaorang tak reti oder, apa ajuhma tu cakap kitaorang angguk je. Kedai ni mmg ada menu ni je, takleh la nak oder nasik goreng kampung bagai.
sotong dia memang pedas gila. aku rendam dalam soup yang diorang bagi tuh.



lepas makan, kami menikmati malam terakhir di Seoul dengan tawaf seround lagi area Myeondong. Sempat jugak la aku rembat makeup dan skincare untuk souvenir buat family aku.
Syahdu jugak la rasa sebab masa berlalu begitu pantas, cewahh


bersambung


dzuli

2 comments:

  1. Petite france mng boring...pi skli cukup ah...tp klo nami nkpi 10x pun tkpe...hehe...chungmu kimbap tu sedap kan...rindu plk nk mknnn....

    ReplyDelete
  2. Petite france mng boring...pi skli cukup ah...tp klo nami nkpi 10x pun tkpe...hehe...chungmu kimbap tu sedap kan...rindu plk nk mknnn....

    ReplyDelete