Sunday, January 31, 2016

Autumn Sonata, Seoul- Part Finale (Balik KL)


Assalamualaikum
akhirnya, last part. Hari terakhir dibumi K-pop
Pagi-pagi lepas breakfast, aku ngan Ean keluar. Aku pernah baca yang Arirang bukak 24 jam, so aku nak cari T-shirt Dadam. Memandangkan Ummi (nina) kirim tak menggunakan air liur, maka aku kena la cari. Tshirt kat Nandaemun ngan Myeondong tak lawa.

breakfast di GH

Ean pulak nak tengok Cheongyechon Stream 
rupa-rupanya kami salah port haha..
Kitaorang pergi yang area Dongdaemun  (dekat dengan Doota Mall, Jw Marriot semua tuh)
patut la tak lawa. Tu la akibat tak study betul2
sampai sekarang dia jadi inside joke kitaorg " orang pegi Cheongyechon, kita pergi parit)
Memang la situ pun part of Cheongyechon, tapi tak la secantik yang area Gwanghwamun Square tuh.

Gate apa tah. 
patut le takde tourist hehe
bergambar dekat sini dan didekati Ajuhma pendakwah. Nasib baik dia taktau cakap B.I, so senang la weolls tinggalkan dia masa dia tengah terhegeh2 bukak whatsapp
macam Sg. Kelang tepi opis aku je, tapi versi air jernih dan bersih

Doota pulak rupanya hanya bukak pukul 10.00 pagi dan tutup pukul 5.00 pagi. Salah info lagi.
So, pagi tu kami hanya menikmati saat-saat (bukan menikmati Saad) terakhir di bumi Seoul ni.
tapi, lepas tu kami pergi lagi sekali ke nandaemun. Usha last2 minute. sempat jugak la sambar apa yang patut.

Around pukul 10.00 cmtu kami balik semula Guesthouse sebab check out pukul 11.00 p.m. Karang kesian pulak Kak Yang nak hangkut anak-anak gajah kami turun bawah. Kitaorang jugak ada mintak jamie (budak GH) booking taxi ke airport untuk kami. Harga KRW 70,000. Mahal jugak, tapi takpelah. Padahal stesen airport shuttle depan GH je haha.

pernah bergambar kat STAR/PUTRA/KTM? kat negara orang sebok je nak bergambar
hatta di train station sekalipun hehe
Jatuh cinta sama kuih manjoo ini. KRW 3000 utk 15 bijik.
2 kali beli. sekali kat manjoo hana, sekali dekat deli manjoo

Check out pukul 11.00 pagi, tapi teksi kami book pukul 12.00, so sejam jugak la melagho depan GH. Layan internet, makan manjoo, minum coffee.
sedih muka kawan aku ni..

Dah pukul 12.00, teksi pun sampai. Saja je awal sikit sebab pernah baca pengalaman kak kiah tertinggal flight. Lagipun ingat masa 1st day haritu, makan 2 jam jugak dari Incheon ke Seoul.
Tapi hari ni, traffik lancar. Dalam 45 minit dah sampai Incheon Airport.
Check in bag, walaupun lebih dari 20kg tapi pramugari jaga kaunter tu bagi lepas je. Rezeki kitaorang. Masuk departure hall setelah melalui queue immi sepanjang 2 marhalah. Ean ngan Kak yang terus pegi solat da aku jalan-jalan dekat museum yg ada dlm tu, Pastu lepak kat area yg ada sofa tu..Pergh..akak bagi 5 bintang utk Incheon Airport

Ada museum dalam Incheon ni. Satu lagi cara promote tourism
sebagai bekas peminat k-drama, aku perasan Paris Baguette ni sebab dulu duta dia ialah mamat hero secret garden tu ( tak ingat nama). So, sempat la jugak pergi try masuk. Beli iced latte, banana milk dan instant coffee lagi. Serius ice latte dia sedap. so smooth and creamy. *tendang iced latte starbucks*

banana milk (bukan binggarae)+ coffee bawak balik untuk Najah (baiknya kakak inii)

akhirnya, tepat jam 4.30 p.m, flight kami pun meninggalkan bumi Korea membawa pelbagai memori. kebanyakkannya yang baik2 jelah.

bye soul. InsyaAllah kalau ada rezeki, berjumpa lagi lah kot

selain memori, aku jugak bawak balik ntahape skincare yang tak pernah hingin aku beli kalau kat Mesia hah, ni la dia impulse purchase+promosi hebat salesgirl korea

semua masker2 tu free. sampai sekarang tak terguna lagi.
sudu korea- i loike hehe
seaweed korea-najah krim, ngengade. Jaya grocer pun ada

satu lagi perangai aku, suka sangat test street food kat tempat orang. Pastu masuk convi shop diorang ngetest coffee la apa la.

taiyaki kat myeondong. Aku x suka sangat sebab kulit dia dari puff pastry
ini aku sukaa....dalam dia inti custard
antara benda2 hasil tuaian kat 7E. Pekat Likat. 

so, tamatlah cerita Korea ini. InsyaAllah ada rezeki bolelah aku pergi Jeju ke, Busan ke pulak kan. Walaupun singkat, rasanya dah habis cover gist Seoul ni. Makanan pun macam-macam sempat rasa.
Travel partner biasa, so takde masalah sangat la hehe.
itu jelah yg aku nak cerita. Mungkin perkongsian ini boleh jadi pedoman kat mereka2 yg baru 1st time nak pegi Seoul mcm kami ni.


wassalam.


dzuli

2 comments:

  1. jeju jom! sambil siku ean sekali

    ReplyDelete
  2. Apa la nasib aku.. dah abis entry ko ni baru nak jengah sini...nantikan soalan-soalan dariku. ahaks.

    ReplyDelete